Be My Followers

Friday, June 18, 2021

2021 - MCO 3.0 #MASAKAPETUUUU...


HOLLA ...

Dah berapa minggu kita diarah dok rumah sis megharapkan kes makin berkurang tapi hari ni makin bertambah nampaknye...kecewa la penat berkurung ni masuk pasaraya pon tak, nak beli pape kirim kat laki kami ja..sis tabah je walaupon bayak barang yang sis suruh beli lain yang dibeli. huhu 
justeru itu mari la dok umah jangan merayau-rayau. Cepat sikit dapat beli barang sendiri

Lama tak muncul...ada yang gindu dak?? 
memalam gini muncul pulak mood menulis blog setelah sekian lama sis sibok dengan macam-macam hal. WFH ni baru ada masa malam. Kalau tak waktu gini dah selamat dibuai mimpi indah. Siang dah penat kerja malam masa untuk anak pulak + macam-macam kerja rumah nak kena buat. letih. 

Hari ni sis nak share makanan yang sis dah cuba masak selama dok rumh beberapa minggu ni. Mengasah bakat gituuu|(bebakat kerrr) boleh la meghilangkan bosan dan ketepuan otak masa ni. kalau tak pandai masak masa ni boleh belajar. Kau google aje le bukan susah. Tak jadi emmm habuan tong sampah la gamaknye. Cuba lagi sampai berjaya.. jangan putus asa hokeyyy.

Ni sis share menu yang sis dh cuba...

PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM TUA 

CHEESE TART

ROTI JALA (jala bayak koyak ni) hehe

SAMBAL JAWA

KEK PANDAN (naik helok didalam bila keluar kuciwa hati)

LOPES (resepi ibu mertua ku) gulung paki daun pisang bagai ni berjaya jugak la membuatnya.

semoga menjadi inspirasi memasak untuk korang.. Bukan semua yang sis masak menjadi ye,tapi apa salahnya mencuba.

Ingat ye dok rumah.
Keluar bila perlu je.
semoga COVID cepat nyah dari muka bumi ni.




Thursday, July 30, 2020

Hari Arafah - Waktu Mustajab Doa

Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186)
Semoga ALLAH SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Sesunguhnya kita banyak melakukan dosa. Aamiinn.
Sumber: Prof Dr. Muhaya

Himpunan Doa Hari Arafah
  1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
  4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
7 Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  1. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  2. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
  3. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  4. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  5. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  6. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).
  7. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.
  8. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  9. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.
  10. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  11. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  12. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  13. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  14. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.
  15. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  16. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  17. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  18. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  19. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.
  20. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  21. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  22. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  23. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.
  24. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.

sumber : 
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ni,Hari ni sis puasa bersama suami. Sebenarnya aku pon lupa pasal puasa ni helok keluarkan ayam nak bawak bekal pagi ni haha (teruknye jadi manusia) ツ hari-hari penting nak dapat pahala banyak tak ingat huhu. Nasib la laki ceq dok ingatkan "esok puasa banyak pahala dapat tau.." aku smbil pegang ayam. "oo..baru nak masak bekal esok " hahahaha sumbat terus masuk balik dalam peti ais. 
semperna hari ni banyak yang nak doa,semoga doa kita semua dimakbukan. Aminnn....

Monday, July 29, 2019

Thank You Kak Fyda...

Image result for thank you friend

Holla uolls..
hakak kembali setelah membuat entry terakhir hehe 
kisah disebalik entry itu akibat kegatalan tangan membuat hakak tak boleh nak hupdate blog langsung huhu 
meminta bantuan hakak Fyda itu biasa(sape lagi nak cari hakak Myra kn tak ada kawan) 😋 haha 
Tengok tengah hari ni je hakak kebuluran tak makan(sesi luahan rasa pulakkkkk) 

ok tak payah meluah sangat mari tunaikan pemintaan hakak fyda.hari memuji dia sebab berjaya mendapatkan blog aku balik..happy gile... sayang pulak blog dah lama kot dari remaja sampai anak satu dan dari kurus ke gemok comel gituuu...

TQ hakak fyda......!!!!ko memang terbaik dari ladang,, kau la paling bijak dan yang paling terbaik dalam dunia ni(sila baca dengan ikhlasnye) kalau kau tak de sape lagi nak tolong hakak Myra 

entry ini khas untuk hakak fyda (kalau tak cukup pujian tu nanti aku up entry lain) hahaha
 dan sedikit sesi luahan. 
ok uolls hakak nak cari makan lapaqq ni
nanti sambaung lagi naaaa 
 

Wednesday, June 12, 2019

Apa Dah Jadi...???!!!

Image result for oh no

HOLLA..

Sudah berkurun tak meghapdate bukak blog pon dah tak pandai APA DAH JADI NI??? tiba-tiba bukak tak boleh maka aku tekan-tekan aje at last blh jugk huhu

Mood menulis lama dah terbenam ke dasar laut cina selatan...payah betul nak tarik kedasar.
sejak kebelakangan ni banyak kekangan sampai tak sempat nak bercerita kat sini.

now hakak myra dh ada anak gembira tapi ada sebaliknya jugk... yang penting syukur nikmat keluarga yang sempurna (ALHAMDULILLAH) 
doa kan hakak Myra rajin menulis balik  ye..

semoga diberi kekuatan untuk berkongsi cerita lagi😃

Tuesday, October 9, 2018

Janji Hari Ni Je...

Image result for janji

Holla..

Sudah Lunch ke belom?? 
hakak myra tekak #mengada hari ni macam-macam yang tak boleh makan
+ minum tapi terrrriginn pulak haha.

Pagi tadi melantak sepingan penuh behoon + nasi goreng + nuget + milo ais hahaha
lengkap makanan pagi makan sampai nak muntah cukup kenyang sampai tengah hari, baru puas hati. kebiasaanya makan pukul 9pagi pukul 10pagi perut dh bunyi lagi. pagi ni padat perut ku. herherher

Image result for maggi tom yam cup

Tengah hari pulak terrrringin pulak nak melantak megi tom yam yang bergentayangan dimata aku mana taknya ada pulak kedai dalam ofis ni tayang megi dekat tepi asal aku jalan megi tu lambai-asal jalan megi tu lambai lagi...(iman hakak tak kuat dikkkk) dah berkalai dia lambai akhirnya ku ngappp kan dia...kalau dekat rumah tak dapat bohhh. mau bernyanyi laki ku di teliga ini. haha 
memang tak baik makan masa mengandung ni tapiiiiii dah nak dekat 9bulan daku tahan bagi la merasa sebelum beranak ni ☺️ pasni nak meghadap pantang lagi ber huhu la gamaknyeee. ramai yag menegur bila nampak aku melantak megi tegah-tengah hari ni tapi keraskan hati buat tak tau je la..rasa nak makan tu dah sampai bertakung ayaq liuqq.  (harap tak apa-apa la dah la baru keluar hospital) kih kih

Image result for nescafe 3 in 1 caramel latte
Dah makan megi kau terigat pulak kawan ofis minum nescafe pulakkkkk... (mula tekak gatal) nak jugakkkkk haha setelah di fikir-fikir maka itu beli lagi dah ku telan dengan nikmatnyeeee hahahaha
baru kacau-kacau sekali Fyda Adim lalu pulak aduh cuak mak nakkk (abis la kena bebel) diekan ala-ala mak-mak tapi nampaknye die pon tergoda dengan nescafe haku kihkih

niat mula nya taknak bagi tau laki ku tapi taku kot sakit perut ke pape maka ku gagah bg tau jugak apa yang dah aku telan tadi (maka tebal la teliga dengar bebelan die) tak kesah la janji aku dah telan gembira perut aku hahaha
untuk sedapkan hati dia aku janji la "janji hari ni jeee" degan suara ala-ala manja gituuuu(wekkk) 😃



Monday, August 20, 2018

28 Weeks - ( Kenapa Baby Kerap Mengeras??)

Image result for bayi mengeras

Holla...

Lama menunggu entry i yang seterusnya ye??..hahaha (seperti dijangkakan) hahahaa
maaf la uolls dengan keadaan begini tahap malas hakak berada pada tahap dewa-dewa. Semua pakat-pakat malas sokmo.

untuk pengatahuan uolls sekarang hakak myra dah msuk 3th trimester. Setelah hampir setahun lebih menuggu akhirnya ALLAH izinkan aku merasa..syukur tak terkata (nanti akan diceritakan satu persatu kisah perjalanan sebelum disahkan mengandung) tunggu yo...doakan semua dimudahkan sampai 9bulan ni.

Kegusaran yang melanda hati hakak myra kali ni adalah sekarang kekerapan baby mengeras dan aku perasan setiap kali berjalan memang die akan mengeras( tak bagi mommy jalan kot) huhu ini anak pertama maka banyak benda nak kena belajar.
jadi i pon meGOOGLE. 

Image result for bayi mengeras

hasil google dan ini jumpaanya. mugkin aku aktif sangat berjalan hahaha 


Image result for bayi kerap mengeras 28 minggu
petua berguna harap membantu... 




Friday, August 10, 2018

IM BACK..!



Image result for im back in blog


Holla guys...
Hakak Myra kembali setelah lama tak menulis di blog.  Kemana hilang semangat/ kerajinan aku pon tak tau la.

Lama tak menulis ni kekok pulak rasa(malu2 gitu) ahakass hahaha. NIAT hari ni nak mula menulis di blog balik rindu pulakkk. tapi tak tau la takut2 next entry makan masa berminggu pulak. huhu

ok la baru nak belajar menulis balik ni otak menepu... so ambik masa nak mencair tunggu next entry yooo




































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...