Be My Followers

Friday, July 5, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia..



Jumaat sedih sebab tak dapat makan wantan mee huaaaaaa ='(  (takpe-takpe mesti sempat makan lagi.  (ayat sedap kan hati )hahaha sebenarnya memang dah nak pegi tapi makin nak pukul 12 makin malas pulak rasa jadi last sekali kak fyda tanya aku "nak pegi ke?" kalau dia dah cakap macam tu aku pun dah malas la heee sebenarnya aku memang dah malas dari awal tapi teringat nak makan wantan mee tu yang bersemangat jugak.  Tak jadi pergi jusco kita orang pegi tempat paling dekat.  mane lagi?? MYDIN la kak fyda nak beli sesuatu dan aku pun nak makan tauhu bakar(gambar tak sempat ambik dah abis kene bedal)  :p kita orang pegi kejap je dah tu cepat-cepat balik ofis (boringnye cite jumaat aku ni ek?)

Ok lupakan cerita boring tu korang jangan lupa tengok "SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA" akhir  malam ni aku memang minat gila-gile cita ni kalau jumaat je mesti rebut remote tv dengan ayah aku tepat 8.40pm aku dah duduk depan tv kalau lambat ayah aku dah depan tv memang tak dapat la  nak tengok part-part yang SWEET dalam cite ni (gedik pulak) hukhukhuk 

Aku suka lakonan izzue islam & tiz zaqyah dalam cerita ni sangat sesuaiii








#sumber gambar : google

Jumaat ini..




Hari ini jumaat datang lagi dan ini adalah jumaat terakhir sebelum memasuki bulan ramadan...yehhhhh!! aku suka..sebabnya?? tah kalo korang perasan la kan bulan puasa dia macam ada satu persaan or persekitaran yang lain..(garu kepala jap) huhuhu tah aku pon tak tau macam mana nak cakap tapi itu lah yang aku rasa :p
samalah masa  1st hari raya wahhh sayu hati ..wowwww..!!(aku dah mengarut) heee puasa baru nak mula dh fikir raya hikhikhik

Sebab minggu ni minggu terakhir sebelum puasa aku rasa makan wantan mee..(lama tak makan ni weyyy)
maklum le orang busy (wekkkkkk :p) hahhahahaha 
hari ini mungkin nak p makan..kalo tak nanti meleleh pulak aye liur aku tgok wantan mee masa bulan pose

nak tau aku jadi p ke tak ni??? tungguuu... heee


"Apabila jatuhnya bulu mata, org ckp seseorg rindukan kita. Tapi bila jatuhnya daun dlm syurga, maka 

sampailah ajal kita. Bersediakan kita?"

#RENUNG-RENUNGKANDANSELAMATBERAMAL :)






Wednesday, July 3, 2013

Jangan Sombong..!!

Tuesday, July 2, 2013

Selamat Malam Kekasih...

Selamat malam kekasih-kekasih ku semua...hahhahaha(perasan)
jap lagi pukul 10 moh le kita tengok Drama selamat malam kekasih..



Sinopsis :

 Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan 
sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagai kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya. Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.

Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?

Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupaka  soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban. Misyal pula lebih muda daripadanya Takkan si usaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu? Kemanakah arah yang ingin Maya tuju? Sangupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahi memberontak lalu mengikut kata hati pula? 



Monday, July 1, 2013

Wanita...


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”


Sumber : http://hafizamri.com/hadis-hadis-mengenai-perempuan/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...