Be My Followers

Monday, February 29, 2016

Cinta Teruna Kimchi..



Berakhir sudah teruna kimchi...

lambat nak mengupdate kisah ini..
pada aku cerita ini lah satu-satunya pelakon yang memang daripada Malaysia belakon jadi mamat korea pelatnye menjadi macam betul-betul baru belajar bahasa Melayu. tanpa adegan bersentuhan tapi boleh sampai masej yang yang disampaikan..ini pendapat aku la ea..

pada yang tak sempat tengok ni ada sinopsis cerita ni

Mengisahkan suratan di sebalik satu pencarian apabila Kang Ye Jun (Nazim Othman), mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia, cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar. Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya. Dia lebih kecewa apabila mengetahui ibunya menyorokkan kisah yang sebenar dan membiarkan dia tertanya-tanya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Hasil pembacaannya, agama Islam yang paling kuat di Asia Tengara adalah Malaysia dan Indonesia, ini mendorong Kang Ye Jun menguasai bahasa Melayu dan Indonesia. Dia mahu mengetahui sikap orang Islam yang sebenarnya. Pada awalnya dia menyalahkan agama kerana itu mungkin di antara penyebab dia tidak bertemu ayahnya dari kecil. Malah dia berasa malu kerana ada yang beranggapan dia adalah anak luar nikah.

Keperitan hidup Kang Ye Jun juga menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan kimchi. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga. Sedang Kang Ye Jun mencari maklumat tentang Islam di Masjid Itaewon, dia mengenali Amin (Johan As’ari) yang merupakan pembantu imam. Pertemuan itu membuka hatinya tentang ketulusan agama Islam. Malah dia juga terpilih untuk menghabiskan pelajaran semesternya di Malaysia.

Di Malaysia, Kang Ye Jun diselia di bawah Suraya (Risteena Munim) yang juga merupakan pensyarahnya. Dalam masa yang sama, Kang Ye Jun sekelas dengan Saidah (Niena Baharun) yang sebenarnya bakal dijodohkan dengan Amin. Suraya bersifat kebaratan namun tenang bersama Kang Ye Jun yang sering memberikan nasihat seperti yang dipelajarinya dari Amin. Manakala Saidah teruja belajar bahasa Korea dengannya. Hubungan erat mereka memerangkapkan mereka dalam segitiga cinta.

Suraya menyukai Kang Ye Jun tetapi Kang Ye Jun menyukai Saidah. Saidah terpaksa melupakan hasratnya kerana menunggu kepulangan Amin. Pada masa yang sama, Kang Ye Jun tetap berazam mencari ayahnya, Haji Yusuf (Rahim Jailani). Berjayakah dia?

 

Sunday, February 28, 2016

Selamat Terbang..

 

 Holla..

salam ahad, semua Selamat berhujung minggu..
masa untuk berehat bersama keluarga..
minggu ni kami bertiga aje..Mak-Ayah-dan Aku...
adik dah tentu jauh dan along pon tak ada pergi bercuti-cuti malaysia. tinggal la aku hukhuk

dan..
 bermula hari ini hingga beberapa bulan akan datang adalah hari bermuram duja bagi aku :/
kenapa?? sebab kawan dah pegi terbang jauh.. 

apa pun semoga pergi dan balik dengan selamat..jangan pegi lama-lama,
cepat-cepat sikit balik hehe #gedikgile :p
jagan lupa beli apa yang saya pesan ok :)

kak fyda adim bersedia untuk menadah teliga :p 
selamatlah mendegar keluhan orang ok

tolak tepi sekejap cerita bermuram durja...fokus pada projek rahsia aku dan si akak Fyda Adim apa itu?? sila tunggguuu...

ok chauuu dulu nak mulakan projek aku yang tertangguh ni bubyeee

Saturday, February 27, 2016

Alahaiii...Hakak Kaunter..









 hollla..

semangat untuk mengupdate blog makin berkobar-kobar..kenapa?? ada dehhh... haha nanti aku cerita di entry akan datang ok..

kisah aku dan kerja aku. iyee aku si akak kaunter. macam-macam kisah kalau nak cerita memang tak cukup 1 entry ni haha ada yang manis pahit kelat dan macam-macam lagi haha masa mula-mula jejak kaki sebagai akak kaunter sampai menitiskan air mata pon ada. yang pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi. walaupun kadang kala kau rasa nak lempang-lempang je muka die sebab kurang ajar sangat@biadap gileee. tapi kena tahan jugak marah tu.senyumm(mampu kerr) haha baru-baru ni aku jumpa lg dengan mereka ni. memelukn bantuan tapi pakai tengking-tengking kita yang yang nak membantu dia.rosak mood aku pagi tu huhu

semua orang cakap kerja akak kaunter ni senang. duduk je..tak bergerak-gerak dari tempat..dan macam-macam lagi. memang la senang kalau tak ada yang berperangai pelik. tapi kalau ada yang pelik tu memang menitis air mata dan hati calar balar hehe. akak kaunter ni berhubung dengan macam-macam orang dan pelbagai emosi. ada yang datang baru lepas gaduh dengan laki/bini, ada yang kene marah dengan bos, ada yang tak berapa nak sihat, yang bajet-bajet berkuasa semua ada :p haha dan mangsa marah dan maki mereka adalah aku huhu sabau je lee. nak kata apa. nasib kau la si kuli oii..kena jugak tahan sape nak bayar duit kereta aku betul tak. kesabaran amat diperlukan di sini.
 

jadi kepada kalian yang memerlukan perkidmatan kami silalah berhemah sikit. macam mana korang ada perasan macam tu jugak kami.budi bahasa budaya kita yekkk.
sekian luahan hati aku si hakak kaunter :p


Thursday, February 25, 2016

PENCURI HATI - AYDA JEBAT (OST ISTERI VS TUNANG)



 PENCURI HATI - AYDA JEBAT (OST ISTERI VS TUNANG)

Jam di dinding terus berdetak
Kakiku juga terus berjalan
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me

Tak kuasa ku menahan rasa
Hatiku makin semakin berdebar
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me yeah

Satu, dua senyum manismu
Tiga, empat mirip matamu
Dengan tawa tawa riangmu
Bikin hatiku jadi rapuh
Si pencuri hatiku
Kau pencuri hatiku

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby please don't hate me

Love me, love me oh
Love me, love me (hey close your eyes)
Love me, love me oh
Love me, love me ah

Love me, love me oh
Love me, love me (love me)
Love me, love me oh
Love me, love me

Love me, love me oh ah ah ah

Tuesday, February 23, 2016

terimaku seadanya..






Berlarutan rindu ini membunuhku
Hingga aku tak daya jadi begini
Mekar lagi bunga yang engkau berikan
Apakah masih ada jawapannya

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Segalanya kembali segar semula
Hingga aku sukar melupakan semua
Berlarutan wajahmu sering dimata
Apakah kau masih seperti dulu

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Ku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar tuhan buka kan semula, hati ini
Moga kita berdua kan mengerti ku idamkan cinta ini,
Segala yang telah terjadi

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan
Aku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar tuhan buka kan semula

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan hati ini

Wednesday, February 3, 2016

bajrangi bhaijaan..





cerita yang buat aku menagis...huhu
di persila kan lah untuk menonton..


Monday, February 1, 2016

Didikan anak...

 



 holla...


 "Bila tak tau menegur dan tak boleh di tegur.."
itu masaalah ibu bapa sekarang  yang membuatkan anak-anak sekarang boleh di katakan "kuang ajar" kalau dulu zaman aku kecik-kecik kalau ada makcik atau pakcik-pakcik yang cakap aku buat yang tak elok perangai memang siap la nanti kena tibai la ngan mak ayah aku. kalau zaman sekarang kita cakap kat mak ayah dia yang anak dia nakal atau perangai tak semengah kita balik yang kena marah dengan mak bapak dia haha mana la tak budak-budak sekarang nak elok peranagi nye..huhu
tuu la beza cara orang dulu dan sekarang..


CARA PENDIDIKAN ANAK YANG KETINGGALAN ZAMAN TAPI SEMUA IBU BAPA PATUT BUAT - SAIFUL NANG

Semalam saya makan di sebuah kedai berhampiran ofis. Saya jarang makan diluar tetapi jika taqwim harian terganggu dari kebiasaan, maka itu akan jadi pilihan untuk makan di luar.

Bersebelahan saya ada sekeluarga bersama 2 anak. Seorang peremuan seorang lelaki. Yang sulong saya anggarkan berumur dalam 7 atau 8 tahun dan yang adiknya masih kecil.

Mereka makan hanya bersebelahan meja sahaja. Selepas anak lelaki yang sulong itu selesai makan maka dia mula bermain. Ini bukan main mainan biasa, ini main sembur-sembur air liur sambil buat effect kapal terbang kejar mengejar dan tembak menembak berlaku dan bila meletup dia guna effect air liur berhamburan keluar.

Kali pertama saya sabar lagi sekadar lap sahaja lengan saya dengan tisu. Saya jeling mak ayah dia perasan saya mengelap air liur yang dihamburkan oleh anaknya. Namun dengan bahagianya mereka teruskan makan tanpa menegur anak mereka. Saya pun dengan extra sikit mengelap lebih lama sikit mungkin lah mereka ni tak faham lagi.

Setelah confirm mereka tak faham, maka saya beralih sedikit di meja yang sama tetapi di sudut lain yang menjauhi keluarga dan anak lelakinya itu.

Namun, jarak penerbangan mainan budak ini rupanya masuk ke kawasan saya melarikan diri juga. Nak juga dia tembak menembak dan ntah apa nasib saya, kapal terbang budak ni akan meletup juga dekat dengan saya. Sekali lagi air liur berhamburan dan saya mula bersuara dengan baik...

"Adikk...masuk makanan abanglah air liur buat macam tu".

Tak semena-mena pasangan bahagia konon itu menoleh ke arah saya dengan muka ketat. Anaknya masih bebas terbang dengan jet-jet pejuangnya. Dah tiba-tiba saya pulak yang kena jegil oleh mak ayahnya.

Hati saya menyirap dan lebih sirap dari air sirap yang mereka sedang hirup. Saya tekadkan dalam hati "Saiful...jangan cari gaduh". Ok, lalu saya lemparkan senyuman kepada mereka berdua.

Punya kekwat...aku dah senyum dia masih lagi stare macam aku pulak yang tembak pesawat anak dia tu.

Apa terjadi selepas itu sudah tidak penting. Tetapi saya nak cerita sikit cara orang sekarang mendidik anak dengan orang dahulu.  Saya ni kolot sikit didik anak tak macam orang generasi terkini.

Ayah saya dulu (Wak Nang) sekarang ni memang nampak macam kawan baik jer kan? Memang nampak kamcing kan? Tahu tak korang, dulu Wak Nang punya misai macam Wak Doyok terpacak tau. Dalam sejarah, ayah jarang rotan anak dia tapi tidak saya kata tak pernah. Tapi dari kecil kami diajar RETI BAHASA.

Pergi bertandang rumah orang, kemudian tuan rumah hidang sahaja makanan dalam talam terus kita nak menyambar kuih terus kena YELLOW CARD. Macam mana cara Yellow card? Bunyinya ringkas sahaja...

"Ehemmmmm....." (berdehem Wak Haji Nang sambil mata menjeling tajam)

Saya terus jadi kecik dan terus duduk dengan baik menunggu arahan seterusnya. Kena tunggu orang paling tua sekali menjamah makanan barulah yang lain ikut. Ini tidak, bukan sekadar main cekuh jer makanan tu tapi siap kejar mengejar jet lagi dan buat letupan air liur memang bukan sekadar berdehem yang dapat...kalau standard Wak Nang itu memang dah kena pelempang Jawa pergi balik dah.

Prinsip Wak Nang masa itu lebih kurang begini

"biar aku cubit dan rotan anak aku depan tetamu atau tuan rumah daripada orang ingat aku tak didik anak aku"

Itu orang dulu. Yellow card berdehem tu korang jangan ingat boleh forgive and forget bro...balik rumah ada hidangan "roti panjang". Ini pantun orang lama. Agak-agak berdehem pun tak faham masuk kali kedua akan keluar verbal reminder yang agak lembut juga tapi sebenarnya SANGAT KERAS...seperti berikut bunyinya...

"Angahhhh...duduk sini, balik nanti ayah bagi roti panjang"

DEMM!! ketika ini memang wajib kecut punya. Memang nakal macammana, terjal macammana sekalipun akan terus landing dan bersila duduk diam. Tapi itu orang-orang dulu lah.

Dalam pendidikan anak-anak saya juga, saya terapkan benda yang sama. Anak saya faham bahasa berdehem. Mereka faham intonasi suara saya marah atau suka. Hatta, saya jeling sahaja mereka tahu apa maksudnya.

Bila mengenang balik kisah budak main air liur di tempat makanan saya tu, hati saya meruap dan rasa KENAPALAH BAPAK DIA TUNGGUL SANGAT??? KENAPA MAK DIA TAK AJAR ANAK DIA ADAB?? DAH BESAR DAH TU ANAK KAU DAH TAHU TENGOK PORNO pun.

Orked, Seri, Lela dan Wafa bertuah kerana bukan sekadar saya sahaja tetapi bila bercampur dengan anak-anak Warga Prihatin kami di sana juga praktikkan cara pendidikan KUNO ini. Yang kiranya orang zaman sekarang rasa itu cara lama yang ketinggalan zaman. Sporting sangat mak bapak sekarang sampai anak umur 8 tahun kena romen dengan abang umur 10 tahun pun steady lagi....alaaaa budak-budak tahu apaaa.

Bila dah mengandung, baru menyalahkan takdir "Ya Allah kenapa aku ditakdirkan menerima ujian ini?"

BULLSHIT.

Itu bukan ujian yang Allah sengaja bagi. Tapi itu BALA yang engkau sendiri tempah.

Saya tak mahu cerita banyak apa yang terjadi dengan pasangan bahagia itu di restoran itu. Tetapi anda tahulah saya ni panas sikit hati bila jumpa orang-orang tak sensibel macam ni.

Saya meninggalkan restoran itu dalam keadaan sebuah kerusi jatuh dan sempat saya "letupkan" 2 jet anak lelaki mereka itu di atas makanan mereka. Saya dapat sabar dengan perangai budak tapi hilang sabar dengan perangan orang tua yang macam tak ada akal dah. Barulah pasangan bahagia ini  nak minta maaf.

Dan saya katakan "Makan lah makanan ni...takde apapun, tadi lagilah 2 kali kapal terbang meletup atas makanan saya".

Sebelum hantar anak umur 3-4 tahun korang belajar matematik tambahan, baiklah korang didik dengan ADAB dahulu. Senang bawa diri bila besar. Yang orang sanjung ialah ketinggian budi pekerti dan adab sopan. Hantar tusyen anak belajar matematik awal-awal nanti CGPA tinggi-tinggi tapi kena maki juga kerana ADAB TU OUT!!

Sekian

SAIFUL NANG

sumber:FB


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...