Be My Followers

Showing posts with label myraira story. Show all posts
Showing posts with label myraira story. Show all posts

Friday, August 10, 2018

IM BACK..!



Image result for im back in blog


Holla guys...
Hakak Myra kembali setelah lama tak menulis di blog.  Kemana hilang semangat/ kerajinan aku pon tak tau la.

Lama tak menulis ni kekok pulak rasa(malu2 gitu) ahakass hahaha. NIAT hari ni nak mula menulis di blog balik rindu pulakkk. tapi tak tau la takut2 next entry makan masa berminggu pulak. huhu

ok la baru nak belajar menulis balik ni otak menepu... so ambik masa nak mencair tunggu next entry yooo




































Monday, January 25, 2016

mencium tangan atau meletakan tangan di dahi?


Holla...

Pagi ini akk myra nak cerita sikit..
Bila kita berjumpa dengan orang yang lagi tua dari kita kena cium tangan betul tak?
Tapi apa yang akak lihat sekarang ini adik-adik, dan anak-anak sekarang malahan kadang-kadang abang-abang dan kakak-kakak jugak yang macam dah keliru cium tangan ke sekadar meletakan di dahi. Kadang aku jugak terfikir ni budaya kita ke?? 

Rasanya masa kita kecik-kecik dulu kita di didik mencium tangan kan..malahan cuba kita dengar semula bait-bait lirik lagu raya mamat yang saban tahun di putar kan " kan ku cium tanganmu..bila kita bertemu.." Betul kan..ada tak kita dengar "kan ku letak tangan mu di dahiku.."" Haha tak de kan..jauh bebeno bunyinya.

Nak salahkan generasi yang baru pun tak boleh jugak. Mungkin mereka terpengaruh dengan sinetron dari negara seberang bukan mencium tangan tapi meletakan tangan di dahi..kalau korang tak percaya boleh tengok sinetron dari negara seberang tu..perhati betul-betul masa mereka bersalaman.

Jadi tugas kita bagi yang nampak boleh la menegur supaya budaya kurang sopan ni tak terus berleluasa.

Nampak macam remeh tapi bagi aku besar..walaupun kadang-kadang aku faham ada makcik-makcik/pakcik-pakcik tu kita nak salam..dia cepat-cepat tarik tangan macam kita nak jilat tangan die haha sabar je la. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak mencium tangan kan. Tak semua macam tu cuma segelintir.

Bukan nak menunjukan akak ni bagus dan sedar usia akak pon baru 25 tahun nak menegur..tapi rasanya wajib bersuara kerana budaya bersalaman mencium tangan ini makin terhakis. Tapi yang wujud sekarang budaya meletakan tangan di dahi.

Sekian hujah pagi ini panjang lebar..
Sekadar ingatan
Myra

Wednesday, May 6, 2015

Resepi Donut Ringkas..

Carian gambar dari telefon sendiri...


Hola...
Selamat pagi..
Salam semua. Pembuka bicara untuk pagi ini... ;)


Resepi ringkas dari aku cara nak buat donut..memang tak bagus mana pon ada orang buat lagi sedap tapi bagi yang nak try jugak boleh la aku kongsikan.

Bahan-bahan::

- Setengah paket mauripan 
- 3sudu besar susu pekat
- 3sudu susu tepung 
- 2sudu besar majerin 
- sedikit garam 
- air
- tepung gamdum


Cara-caranya ::


- masukan air ke dalam mangkuk(kalau nak cepat guna air yang suam)  *tapi jangan panas sangat.
- masukan mauripan. (Bagi kembang sekejap)
- kemudian masukan susu pekat, susu tepung, majerin,garam. Bagi rata semua bahan tu.
- masuk kan tepung sikit demi sedikit. Jagan masuk sekali banyak nanti kerasa apa pon tak boleh. *tepung jangan kerasa sangat nanti tak kembang* 
- dah siap rehat kan doh tu beberapa minit bila dah kembang. Uli balik dan rehat kan lagi. 
- bila dah kembang lagi terus bulatkan dan goreng. Terpulang la nk letak apa atas die tu. Coklat or gula
And done..!


Monday, March 30, 2015

Kisah di sebalik cerita..


Holla..

Selamat memulakan tugas. Kalo yang kerja mengangkat telefon tu angkat sila angkat jangan malas(dituju kepada diri sendiri) haha

Cerita sabtu yang lepas aku yang boleh di katakan best la jugak walaupun ada yang mungkir bahagia memang jurkkkk2 betul huhu
Tapi tak kisah sebab yang patah tumbuh yang hilang berganti hahahaha  

Tengah hari kami ke kenduri kahwin saudara di penjara sungai udang.. 
Habis kenduri kawin tu mak ayah ada hi tea...yehhhhhhhhhhh....(melompat bintang kami bertiga) hari kebebasan..! Jom merayap :p merayap la kami ke jom heboh.. Sangup la redah hujan sesekali dapat keluar seronok.

Ahad pulak aku pegi bawak cik viva mandi..lamanya tak mandi. Tapi ada satu kejadian yang memuskilkn bila ada yang mengambil gambar tanpa kebenaran #kaudahkenape tapi jangan risau aku pon ada ambil gambar korang la. Fofuler sangat ke kami ni sampai nak kena ambil gambar curi?? Hoho siap dok dekat kerusi sebelah dan suruh kawan dia tolong ambik kan gambar..wahh melampau kau.. Sini aku letak kan bersama gambar kamu berdua yekk bagi korang lakk yang fofuler 

Ni dia orang nye..  Tq la peminat lain kali nak ambil gambar kita orang cakap jangan curi..! 

Xoxo







Wednesday, November 19, 2014

Semalam di rumah..

Holla..
Semalam saya cuti jadi Hari ini kembali bekerja.. Biasa la mood baru mula kerja bermalas-malasan. Di tambah lagi dengan fyda adim ang bercuti hari ini huaaaaa malass....! 
Tapi dalam malas-malas aku ni pagi tadi keluar rumah awal 6.27 patut la golap..hehe

Ok..semalam di rumah macam biasa macam-macam keja aku akan buat kejap je dah petang. Pagi hari hantar kereta ayah di bengkel, lepastu balik rumah kemas-kemas, mak ajak pegi beli lauk tapi lain pulak tempat dia ajak singgah pegi kedai cermin mata. Crmin mata yang lama dah tak nampak. (ada kaitan tak dengan lauk ke??) haha. aku layan kan jugak sementara cuti. Duduk la menangok situ dari kedai tu baru bukak sampai jejak 12 tgh ari..mulanya nak masak perut masak lemak dah tengah hari buta mana nak jumpa lagi balik je terus masak je apa yang ada dalam peti sejuk tu.

Petang sambung lagi jalan mak aku tu macam-macam tempat yang dia nak p rasanya 1hari tak cukup. 
Lepas magrib baru la dapat sambung masak memasak di dapur.. Nak tunaikan permintaan mak nak makan kek pisang..dan nak tunjuk ragi dosa yang baru aku beli kepada fyda adim aku sambung buat roti pulak. Tengok roti aku dalam gambar atas tu letak kismis tapi lepas sapu pelanta atas dia gugur terus. Salah teknik tak apa lain kali cuba lagi ;p.  pagi ni bawak roti tapi kak fyda adim tak sihat so tak ada rezeki dia nak rasa sobsob :,( sedih 
Tapi tak apa lain kali boleh buat lagi. 

Xoxo

Thursday, September 18, 2014

Saya dapat bunga..


Holla..

Selamat pagi yang indah..cewahhhh nampak tak seronok lain macam ni hihi 
Nak tau kenapa? 
Sebabnya saya ada orang bagi bunga dekat saya terharu sangat sobsobsob :) 

korang tertanya-tanyakan mne bunga yang aku dapat...tu yang dalam gambar dekat atas..(gambar je...?) walaupun dapat dalam gambar je tapi tetap rasa berharga hokeyyyy

Tq kak mon..muahmuahmuah...! hahahahaha 


Xoxo



Monday, September 15, 2014

31 ogos 2014..

29/08/2014 - raptai perbarisan kemerdekaan..

Hola isnin..

29/08/2014


Lama dah tak menghapdate cerite di blog ni sampai bersawang hehe dan guru besar sy dah marah tak update blog lagi(siapakah dia??) :p

Ok hari ni nak cerita pasal hari kemerdekaan kita pada 31ogos yang lalu masuk tahun ni dah 2 tahun berturut aku join perbariasan..

Tapi tahun ni tak mencapai tahap :( hukhuk dah nak habis kaki melecet pulak..menciiii...!penat pi raptai berjalan tapi hari kejadian tak dapat habiskan.

Pagi sebelum mula berbaris bergambar bergambar dulu yukkk hihi

"Di sini lahirnya sebuah cinta" ;)

Baru mula nak berjalan berdera pulak tersangkut..macam-macam tapi tetap semangat hoho

Walupun malas nak bagun pagi tapi sebab semangat nak berbaris aku sanggup bagun awal pada hari ahad kalo tak jangan harap la..Acane caye tak Myra anak pakcik Mokhtar buat gitu??  hikhik 

Sekian cerita perbarisan 
Xoxo





Tuesday, August 5, 2014

Anak pakcik yang duduk hujung sana dah nak kahwin??



Hola..

Dah masuk raya ke berapa ni aku tak kira pulak tapi masih lagi saudara datang ke rumah untuk beraya.. Best nye kan..? Hehe tapi yang tak best nye along tak de jadi semua aku nak kena buat jurkkk2
Setahun sekali baru nak jumpa samali sedara sendiri pon dah tak kenal tahu-tau dia dah tunang dan dah nak kawin pun dengan jiran sekampung kau huhu dasyat tak hehe

Ok apa kaitan dengan tajuk aku?? ahhh..ni nk story :p

Lepas je saudar mara yang datang tadi balik aku ngn mak mula buat operasi mengemas tengah dok angakat cawan-cawan tiba-tiba aku ada perasaan ingin tahu yang mendalam pasal saudara mak tu

Aku: mak hensem ek abang tu?
Mak:aha..putih boleh tahn la muka die..
Aku:tapi kan orang rasa kalu dengan ank pakcik tu..macam tak sesuai je..(dengki) hehe
Mak:(dengan pandangan sinis paling pandang tepat ke arah aku) tu la jangan cakap orang tak cantik..yang tak cantik tu la jodoh die cepat...
Aku: *krikkk...krikk.* abih orang ni lambat je cantik ke..?
Mak:cantik la...!

Haha kembang aku kejap...kejap je lepas tu kembali sedar diri :p

Moral of the story...

Sayangilah ibu anda seperti dia menyangi anda.walaupun muka kita macam siput sekali pun tetap cantik kat mata seorang ibu.. Sobsobsob huhu

Terima kasih mak...i love u..muahhh2 tak penah ada orang kata kita cantik mak la orang pertama yang cakap gitu..

Xoxo

Friday, July 18, 2014

Di duga lagi..


Hola..
Selamat pagi jumaat..
Lagi seminggu dah nak raya memang tak sabar semuanya kelengkapan nak raya tinggal di peringkat akhir je hampir sempurna..huhu

Tapi pagi ini kita di kejutkan dengan berita kapal terbang MAS MH17  terhempas. ..macam hilang je rasa nak raya aku tahun ni...walau takda kena mengena tapi tah...tiba-tiba rasa sayu...kita diduga lagi..
Semoga kaum keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini..
Macam biasa kita akan dengar macam-macam versi cerita d sebalik terhempasnya kapal terbang ini tapi semuanya belum pasti sebab sebenarnya.
Tapi percayalah segala yang terjadi atas izin nya dan semua yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Xoxo

Friday, July 4, 2014

Rindu anak-anak di taska..


Hola..
Bangun sahur tak? Hehe ;)

pagi-pagi lagi dah timbul mood sedih pilu teringat anak-anak aku di taska..lama tak dengar cerita pasal mereka tapi beberapa hari ni adalah cerita-cerita yang tak berapa enak di dengar.. Salah seorang pelajar dekat situ suruh ummi die call along aku rindu katanya..dan ayat yang menyentuh jiwa dengar "cikgu tak sayang kakak ke?.." "Nape cikgu tinggal kan kakak?" "Cikgu taknak tengok kakak lagi ke..?" Kanak-kanak yang baru berusia 3tahun punya kata-kata sangat menyentuh.  
kesian dan boleh runtun kalbu huhu hari-hari duduk dengan die org masa aku takde keje dulu aku yang mandi kan, tidurkn bagi makan tengok die orang main-main menyanyi macam-macam la..rindu saat itu tapi apa kan daya kan? kita dah jadi orang luar sekarang.haha 

Walaupun aku akui yang aku bukan pencinta kanak-kanak sangat..tapi lepas duduk dengan dieorang tah rasa macam jatuh cinta pulak terigat-ingat mereka setiap masa. Tu yang mula nak nyanyi "sayang apa khabar dengan mu..di sini ku merindukan kamu.." Hihi gilak sudah cikgu di sini :p

Jadi hanya gambar-gambar yang menjadi teman kalau rindu :( 
Nanti raya cikgu-cikgu datang rumah kamu yekk siap kan la duit raya sekali maklum la cikgu ni bawah umur lagi hahahaha :p


Ini lah budak yang mengeluarkan kata-kata itu huh..





Xoxo






Tuesday, May 13, 2014

Aktiviti di hari Ibu..


Hola..selamat pagi selasa 
Terlambat hapdate cite pasal hari ibu ni..lagi lama cuti lagi pemalas hehe

Ceritanye aku dan along telah bergabung tenaga(cehh) hehe untuk menghasilkan cake hari ibu untuk mak kami yang tercinta iaitu Pn.Alina ;)

Ni pavlova lama dah tak buat so kita test buat balik takut lupa..

Dan ini biskut mak aku yg mintak jadi aku yang menurut perintah semperna hari ibu ikut kan je la tapi memang pengsan tapi lega dapat raikan mak apa yang aku buat ni baru sikit berbanding dengan apa yang dah die korbankan untuk aku selama ni dan kami jugak rasa beruntung sebabnya masih di beri peluang menyambut hari ibu bersama ibu tercinta kami.

So selamat hari ibu kepada semua yang telah dan bakal begelar ibu sesunguhnya begitu besar pengorbanan anda kepada kami.. Terima Kasih.






Saturday, April 19, 2014

Makan tengah hari..


Hola..
Selamat petang masa sangat mencemburui aku hari ni kejap je dah petang tak dapat nak tido lagi huhu
Hari ni memang betul-betul bertugas sebagai bibik dari pagi kemas rumah mop lantai 1rumah cuci bilik air pastu keluar bli barang masak tengah hari uhhh letih tak terkata kalau ikut kan hati dah lama aku tido tapi nak menyahut cabaran hilangkan kuat membuta ni..mampu ker?.. Haha


Siakap kukus dan juga kerang...

Sekarang nak siapkan 


Ini....apakah?? Hehe tunggu......!

Xoxo





Thursday, April 17, 2014

Selamat pagi khamis..


Hola..
Selamat pagi..selamat hari khamis 
Pagi ini semua kelam kabut baju aku komot bukan main. 
Bawak bekal tertinggal dalam kereta harini pulak along aku yang bawak kereta tu..hoho
Memang buat aku serabut otak. Tak tau kenapa minggu ni memang meletihkan mungkin sebab aku sebok berjalan tak de masa rehat minggu ni sabtu ahad nak duduk rumah je jangan ada anasir2 jahat ajak keluar sudah.

Bukan letih apa.. Letih memikirkan untuk orang(tangan di dada mata ke atas) semoga aku diberi kekuatan hadapi semua ni.
Berjimba..jimba jugak tapi dalam hati korang tak tahu. Gerrrrrrrrr



Banyak soalan yang dok keliling kepala aku ni. Macam mana aku nak tolong kalau dia sendiri macam tak nak tolong diri...

Xoxo

Thursday, November 21, 2013

Cik Viva tercucuk skru...

 

Hola selamat petang semua...
semalam memang pengalaman terbaik untuk aku sebabnya
sampai-sampai je tempat kerja terpandang kat tayar ada skru elok terpacak dekat tayar kereta aku..
mula la jantung aku bak..bub..bab..buk adoi aii risau yang amat.. 
nasib baik ada pakcik kat ofis aku ni tolong so aku follow motor dia sampai ke kedai tayar..(huhhhh..) lega3
n yang paling penting "ALHAMDULILLAH" semua selesai dengan mudah..



tyar kereta aku tu memangdah mintak tukar(mne nak cari duit ni??) pening kepala.. huhu

sumber gambar: google

Friday, September 13, 2013

Konvokesyen UPSI...

Hai..
hari ni nak cerita pasal Hari Konvokesyen along aku (ADEL ILLA MOKHTAR) di UPSI
dia yang konvo aku yang overrr hahaha biasa lah kita tak dapat pakai jubah..bila akak dapat boleh lah pinjam rasa aura tu mana tau satu hari nanti aku pulak yang pakai(doa-doa kn la yek) ayah aku pun dah taye "taknak ke macam tu??" dalam hati (adoii nak baca buku malas.. tapi kalo tak pon sekurang-kurangnya aku dah dapat merasa pakai baju tu(walaupun pinjam) :p

bergambar sebelum masuk dewan..


mak aku..



suasana di luar dewan..

di dalam dewan..




majlis perarakan masuk graduan-graduan



nama akak aku telah dipanggil


setelah lama menunggu akhirnya along aku naik diatas pentas

alang pun datang..


bersama rakan-rakan..tengok dia orang ni semangat pulak huhu




mereka-mereka yang gila bergambar...


last gambar aku dengan kak wani..sebenarnya ada lagi gambar-gambarnya tapi macam biasalah
dah nak muntah tengok pening so aku masuk kn yang mana ada je..

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...