Be My Followers

Tuesday, July 2, 2013

Selamat Malam Kekasih...

Selamat malam kekasih-kekasih ku semua...hahhahaha(perasan)
jap lagi pukul 10 moh le kita tengok Drama selamat malam kekasih..



Sinopsis :

 Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan 
sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagai kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya. Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.

Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?

Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupaka  soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban. Misyal pula lebih muda daripadanya Takkan si usaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu? Kemanakah arah yang ingin Maya tuju? Sangupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahi memberontak lalu mengikut kata hati pula? 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...