Be My Followers

Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Monday, July 29, 2019

Thank You Kak Fyda...

Image result for thank you friend

Holla uolls..
hakak kembali setelah membuat entry terakhir hehe 
kisah disebalik entry itu akibat kegatalan tangan membuat hakak tak boleh nak hupdate blog langsung huhu 
meminta bantuan hakak Fyda itu biasa(sape lagi nak cari hakak Myra kn tak ada kawan) 😋 haha 
Tengok tengah hari ni je hakak kebuluran tak makan(sesi luahan rasa pulakkkkk) 

ok tak payah meluah sangat mari tunaikan pemintaan hakak fyda.hari memuji dia sebab berjaya mendapatkan blog aku balik..happy gile... sayang pulak blog dah lama kot dari remaja sampai anak satu dan dari kurus ke gemok comel gituuu...

TQ hakak fyda......!!!!ko memang terbaik dari ladang,, kau la paling bijak dan yang paling terbaik dalam dunia ni(sila baca dengan ikhlasnye) kalau kau tak de sape lagi nak tolong hakak Myra 

entry ini khas untuk hakak fyda (kalau tak cukup pujian tu nanti aku up entry lain) hahaha
 dan sedikit sesi luahan. 
ok uolls hakak nak cari makan lapaqq ni
nanti sambaung lagi naaaa 
 

Thursday, June 2, 2016

Selamat Ulang Tahun:: Bff..Blogger



"kau ada dikala ku suka,
dikala ku duka 
setiap tangisan dan juga ketawa,
kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
pegang erat tanganku bila aku jatuh...." 

menyanyi masa otw pegi kerja pagi tadi. Sambil tu teringat akan seseorang (geng karok la katakan ) hee
dan ini lagu wajib kami si bff da n saat itu jugak aku sedar yang.. "aku dah lambat nak wish birthday dia.....!" OMG.. macam mana boleh lupa padahal dari semalam nak bagi ucapan yang paling awal. huhu
sambil drive sambil taip. Jadinya ucapan pon sekerat-sekerat haha
dan ini entry khas untuk dia..


Selamat Ulang Tahun Kak Fyda yang ke -- tetttttt hahaha

semoga  panjang umur
murah rezeki,
bahagia bersama keluarga tercinta dan dijauhkan dari anasir jahat yang suka mengganggu huhu 

semoga persahabatan kita berkekalan samapi bila-bila. gaduh..baikk..gaduh..baik balik tu biasa lakan sebab.. kawan kau ni kan beragin haha harap bersabar :p 
terima kasih sebab jadi sahabat dan kakak yang baik.
 

last sekali "im happy with my Bff.."  ;p hahahaha

*kegembiraan sedikit di ragut dengan satu panggilan 
#jangantinggaldaku huhu

Xoxo

Saturday, April 16, 2016

next..





 holla..
selamat pagi..
lupakan kisah duka seketika..
next??

myra ke?? haha
gempak gile tajuk :p

tapi sayang nya.. next tu bukan hakak myra tapi kawan-kawan hakak myra yang beratur menunggu untuk mengakhiri zaman bujang..maklum la usia meningkat melangkah 25 tahun tapi hakak myra ok je..(ok kerr) :p hahaha

senyum di pagi hari jom pegi jalan-jalan sambil mencari baju kawin baju untuk kawan aku kawin hehe
BRIDESMAID la konon kita ni hehe sesekali nak merasa biasa yang cecantik je dapat tu yang bila si bakal pengantin ni offer memang hakak tak lepaskan peluanglah..

fefiling sikit nak jadi pengantin tak tau la bila kita dapat jadi orang gaji pengantin bridesmaid pon jadi la haha

oklah aku nak mulakan misi mencari ni..kalau dapat nanti hakak tunjuk yeeee
daaaa

Tuesday, August 11, 2015

K.A.M.I..



Holla...

26syawal

Selamat pagi..
Selamat menikmati syawal yang berbaki lebih kurang 4 hari saja lagi..

Ni cerita KAMI si empat dara cewahhh haha

Setelah sekian lama tak bekumpul bersama akhirnya dapat juga berjumpa di majlis kawin kawan sekolah kami...
Orang lain dah selamat kami?? Haha masih mencari dimana-dimana haha sobb..sobb..
tp yg sorang tu dengar-dengar dah dekat kalau ye..tinggal kami yang betiga je la huhu

Selamat engantin baru kawan semoga bahagia hingga jannah. Amin.

Kawan pertama aku masa tingkatan 2 si budak dayah tu bertudung hitam..sejak dari tu baru aku kenal si budak ezza tudung biru dan tina tudung hijau(die ni paling sopan dan baik la dalam kami berempat ni hehe)..dan ternyata memang ngammm lah sampai sekarang walaupun ada masa selisih faham jugak tapi akhirnya bermaafan jugak. Baik balik

Harap kita bersahabat sampai mati la yeee aku sayang korang muahhh2 :p







Monday, June 22, 2015

K.A.M.I (si adik, kakak)


Holla..
Dah melangkah ke 5 ramadhan.

Jom imbas, buang/baling belakang kisah kami yang meluang kan masa untuk berliburan semperna menyambut ulang tahun kelahiran yang ke _ _ kak fyda adim hehe
Tak perlu tahu umur die yang pasti die masih kelihatan muda remaja seperti aku..errrr ye ke?? Silap-silap orang fikir die yang anak dara bukan aku huhu
Tak caye?? Meh aku belanja sikit gambar 

Ok boleh tengok betapa muda remajanya die walau anak dah 2..dan aku pulak kelihatan seusia dengan dia..krikkkk...krikkkk haha

Masa mula-mula kenal minah ni muka sombong gile.. Asyik nak begis je.. Memang agak meyampah la haha(ampun kak) jujur ni.. :p
Tapi lama-lama baru tau baik rupanya die ni..memang kakak-kakak sangat. Dan bila dah rapat memang sekepala ngan die. kita orang gile drama siap boleh buat lakon semula. Sampai la semua orang dalam pejabat ni gelarkan kami "adik dan kakak" 

Kebetulan pada hari lahir dia aku dicutikan... Jadi boleh berjimba ria hihi

Ni gambar masa aku ambik di di rumah..walau spek aku lagi besar dari muka tapi still nak tunjuk.. Jagan cakap akak tak payung haha

Bergambar sambil menunggu jusco bukak hehe punya semangat pagi-pagi dah bertenggek kat situ.

Dapat je masuk kita makan dulu.lapar bak angggg -wantan mee- bila dah kenyang tahap nak luak balik keluar kita ke...

Karokkkk...hehe ada orang tu dah gian nak melontarkan vokal :p biar la kami2 je yang dengar suara kami yang boleh memecah kan gegendang telinga yang mendegar #adakamikesah hihi

Last pic si akak sedang menghayati lagu, penuh perasaan dan emosi hehe

Ni je masa kami dapat luang kan petang kami ada dating dengan keluarga masing-masing. Walau terhad tapi sangat-sangat happy. 

Selamat hari lahir kak fyda..
Semoga panjang umur,murah rezeki, semoga bahagia bersama keluarga tercinta..
Akhir sekali semoga mengekalkan keremajaan ko tu hehe

Sekian kisah si adik kakak..
Xoxo



















Friday, June 5, 2015

Bersyukur..


Holla..
Salam jumaat..
Nak Update entry untuk kakak saya tu tapi masih belum berkesempatan..
Sabar kak ea nanti saya update ok :p



Ni nak cerita pasal pesan dia jugak ni.. Dan2 dia tak ada hari ni baru teringat pesan-pesan dia hihi 
tapi pesanan ini Bukan sekali tapi dah berkali-kali dia pesan. 


Kisah bermula bila semua sebok dengan pertanyaan "bila nak kawin?" Haha so si myra pon berangan-angan la mencari ciri-ciri lelaki idaman :p haha

Perbualan kami macam ni..

A : Kak orang nak yang tinggi, smart.. And..bala...bala...
K : "Kalau dapat yang sempurna belum tentu bahagia" 
A : Tp dia tak hensem kak?? 
K : hensem kalau tak guna buat apa?
A : tapi die tu kan...
K : myra bersyukur la apa yang ada..jangan memilih sangat..
A : tapi...(kata-kata terhenti di situ) 
K : (memendang dengan pandangan yang sangat menjengkilkan) huhu
A : ok fine..!

Xoxo





Monday, September 15, 2014

31 ogos 2014..

29/08/2014 - raptai perbarisan kemerdekaan..

Hola isnin..

29/08/2014


Lama dah tak menghapdate cerite di blog ni sampai bersawang hehe dan guru besar sy dah marah tak update blog lagi(siapakah dia??) :p

Ok hari ni nak cerita pasal hari kemerdekaan kita pada 31ogos yang lalu masuk tahun ni dah 2 tahun berturut aku join perbariasan..

Tapi tahun ni tak mencapai tahap :( hukhuk dah nak habis kaki melecet pulak..menciiii...!penat pi raptai berjalan tapi hari kejadian tak dapat habiskan.

Pagi sebelum mula berbaris bergambar bergambar dulu yukkk hihi

"Di sini lahirnya sebuah cinta" ;)

Baru mula nak berjalan berdera pulak tersangkut..macam-macam tapi tetap semangat hoho

Walupun malas nak bagun pagi tapi sebab semangat nak berbaris aku sanggup bagun awal pada hari ahad kalo tak jangan harap la..Acane caye tak Myra anak pakcik Mokhtar buat gitu??  hikhik 

Sekian cerita perbarisan 
Xoxo





Thursday, August 28, 2014

Terkunci di bilik kecil...


Holla..
Dalam banyak-banyak entry aku yang ni paling tak best nak cerita..tapi atas pemintaan ramai jadi aku hasil kan lah juga entry ni (tak sangka ramai rupanya pembaca tegar blog picisan aku ni) hahaha nak berkongsi tentang pengalaman aku yang terkunci selama beberapa minit di dalam bilik kecik dan sempit. Bilik apa?? Toilet uolss.. Hukhuk

Punya la kecut perut aku bila pintu toilet tu tak terbuak mula-mula dh nak nagis rasanya tapi aku kuat kn semangat try..dan try.. Mana la tau ada keajaiban yang berlaku pintu tu boleh terbukak kn
Sampai la naik lenguh tangan aku dah berserah je dalam otak dah fikir abis la aku.. dah la petang mesti orang tak perasan yang aku terkunci dalam ni...takuttt...! "Kejap lagi gelap ada hantu..Urghhhhhh :( :(  kalau mati dalam ni cam ne?? Esok baru orang jumpa aku hukhuk tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk....!" Tu adalah pekara yang dok main-main dalam kepala aku masa tu.

Tapi aku tak putus asa cuba lagi nak bukak pintu tu aku rentap sekuat hati n Alhamdulillah...syukur Ya Allah..ada jugak orang yang perasan aku dekat situ... Mula la datang hero2 yang datang menyelamat sampailah aku dapat keluar dari situ..sangat beryukur..kalau tak de korang semua memang aku dh mati kering dalam tu..maaf tak sempat nak cakap terima kasih sebab aku nebes+malu gila bakkk angggg...! Rasa nak tutup muka je bila keluar..  gigil tangan walaupun boleh amek gambar dengan senyum masa tu tapi dalam hati..tuhan je yang tahu..

Ni lah gambar aku masa masi terkuci dalam toilet nampak releks je kan...haha kau tak tau dalam hati dup..dap..dup..dap..lambat sangat nak keluar ni..huhu

Sekian kisah paling tak best dalam hidup aku..hope semua dah berpuas hati saya dah tulis cerita ni dalam blog yekkk..

Xoxo

Sumber:gambar fon sendiri & google dan dah di ubah suai mengikut situasi aku.

Monday, June 2, 2014

Jun dan ceritanya..


Hola jun..
Cepatnye masa berlalu..huhu

Hari ni merupakan hari gayut aku. Sampai dalam otak boleh fikir hari ni hari jumaat?? Teruk dah aku ni dan satu lagi yg lebih penting aku lupa hari ni Bday kawan baik aku sape lagi..

Minah yang suka pose ala-ala anak dara ni huh...walhal anak dah dua uolls hehe

Kalau dia tak cakap memang aku lupa terus la nampaknye..

Apa pun selamat ulang tahun kelahiran yang ke 31 tahun(tak nampak macam 31pon kan) apa rahsianye?? Nanti aku korek haha

Semoga panjang umur, di murah kan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan semoga kebahagiaan bersama keluarga berkekalan hingga akhir hayat kawan mu ini sentiasa mendoakan yang terbaik ok..

Akhir sekali semoga persahabatan kita ni berkekalan yek..kalo ada yang tak puas hati cakap biar sama-sama tahu tak yah nak pendam sangat..haha

Tak lupa juga bulan jun ni juga bulan kelahiran adik aku yang ke 17 tahun tapi die hujung bula 24/6 tapi dari sebelum masuk bulan jun dah mintak macam-macam untuk Bday die nanti sabo je la bengkok akk awak ni nak melayan..

Sekian 
Xoxo.. :p

Wednesday, April 16, 2014

Cerita hari ini...


Taraaaaaa....haha
Hola kawan-kawan hari ni ako dok melalak dua jam kat sini..
Setelah di tolak darab bahagi ok jd keluar(mak bagi green light) kihkih



Aku dah jadi bos besar dekat belakang Ada driver baru haha

Balik singgah di kelebang..ada orang nak makan sambil menikmati udara pantai..jurkkkkk haha
Sekian ceritera aku hari ini

Xoxo






Tuesday, December 10, 2013

Debaran semalam..



Assalamualaikum..
Hola..cerita semalam aku yang sangat mendebarkan sebab nya semalam di tempat aku bekerja ada audit..punye la seram sejuk duduk di kaunter dah siap nota-nota kat meja kalo kena soal boleh lah jeling-jeling jawapan(macam jawab soalan pekse pulak)hikhik tapi nasib la semalam ada kawan tak lah sendiri dok jadi tugu dekat depan ni huhu

      
 Kawan di kaunter aku semalam..
Punyelah takut semalam bila orang yang audit tu lalu dekat depan kaunter senyum memang tak henti-henti tapi dalam hati "cepat la sikit jalan jangan tanya aku..!" 
Sebelum dia datang aku angkat telefon sampai tercampak ganggang dia ni kalau orang nye depan mata aku pon tak tau apa jadi(aku cepat gelabah)
Jam pulak semalam aku rasa macam lambat sangat jam tu nk berputar sampai pukul 4.30 bila dah bunyi jam punch kad(cut...!) lakonan dihentikan lega3 penat uolls tak terkata

Abaikan kaki yang hitam n tak mulus tu..huhu
Yang paling penting terima kasih kepada penaja kasut saya #ladygaga (bak kata kak fyda) kerana telah membuat saya kelihatan tinggi dan voge(voge ke?? Ishhh sejak bila?) #silasedardirimira..bahahaha

Sekian sahaja entry kecut perut semalam 
Daaaaa.....


Tuesday, November 12, 2013

Kiriman Dari Negeri Dibawah Bayu..


Hola..
macam yang semua tahu yang kawan geng baik aku kak fyda adim telah terbang ke Sabah  untuk holiday..
so aku tinggal la sorang-sorang di sini..hukhuk sedih :p
aku pesan dekat kak fyda anto kan gambar awan kepok-kepok dari sana so hari ini dia hantar beberapa gambar dan gambar di atas ni paling aku suka hihi bestnya kalo dapat pegi..(InsyaAllah..)


dan gambar ini.. cantikkan?? 

ok itu sahaja kiriman dari negeri dibawah bayu..
jumpa minggu depan ye kawan..hikhik :)


Friday, November 8, 2013

Selamat Terbang Kawanku...


Selamat petang..
selamat terbang kepada kawan aku fyda adim..
semoga selamat pergi dan balik ... enjoy your holiday
hari ni dh bermula aku berseoranggan tanpa kwn gelak huhu
boring gila.. ni aku nk tempuh seminggu lagi tak tau la macam mana..
sob..sob... sob hikhik(gedik)

dan dalam minggu ni mesti macam-macam perasaan ada..



Wednesday, July 17, 2013

Hang out with kak fyda n kak nor..

Hai selmat pagi..senyum di pagi hari :)
Aku kak fyda n kak nor kuar sama-sama untuk pegi makan2 huhuhu..tak lupa pulak nayli pon ikut jugak..


Ni lah yang kita orang makan.. Wantan mee

Jadi mak-mak budak kejap..suap budak kecik ni mkan 

Model botol susu he3 jgn marah kak nor

Dh mkan wantan mee kita orang ke baskin robbins 
Menang kenyang gila jadi bila dah kenyang pe lagi kita orang pon balik la.. Ok
Sekian sahaja cerita pagi ni tunggu next entry ye.. Bbye 
Xoxo



Tuesday, July 16, 2013

HAPPY BIRTHDAY..


Hai kawan-kawan..
 Tau tak hari ni hari apa??(versi budak kapel seminggu tu)hukhukhuk
Hari ini hari selasa..(16/7) maknanya hari ni genap lah 22 tahun umur EZZA.. :p Bahahaha (gurau je jgn marah yek)

"Kau ada di kala ku suka 
dia kala ku duka
setiap tagisan dan juga ketawa
kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
pegang erat tangan ku bila aku jatuh"


Ok hari ni birthday kawan baik aku(kalau tak kenal boleh rujuk gambar dia atas)ha3 so..
Happy birthday to my lovely friend EZZA JO..
Kawan yang selalu dengar cerita aku kalau aku sedih n kalau aku happy jugak la.
Dia juga lah orang yang tahu rahsia besar aku(apakah??)ada dehh.. :p
Apa-apa pun aku sayanggg kau ok hikhik
Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan juga semoga cepat-cepat dapat jodoh yek..

Tuesday, June 4, 2013

Jun...


Selamat petang...
hai semua.. :)
Hari ini aku kembali semula..entry pertama aku dalam bulan jun ini.
Bulan jun merupakan 

Hari lahir  adik aku pada 24 jun ini...

...dan juga hari lahir bff aku kak fyda pada 2jun yang lepas..huhuhu
niat sebenarnye nak buat entry khas semperna hari lahir kak fyda tapi tak sempat hee(jangan marah yekkk :P ) 
HAPPY BIRTHDAY kak..
semoga panjang umur dan dimurah kan rezeki..
 sorry tak ada hadiah nak bagi huk3...
tapi harap persahabatan kekal samapi bila2 ok.. =)

entry untuk kak fyda tergendala sebab nya mak aku ajak buat kuih buah melaka nak tengok kuih tu macam mana rupa dia nnt aku tunjuk dalam entry seterusnya ok =)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...