Be My Followers

Wednesday, December 31, 2014

Chapter of 2014..

Holla..
Hari ini hari terakhir dalam tahun 2014..
Macam-macam kenagan yang tersimpan dan bakal menjadi sebahagian dari lipatan sejarah Myra Mokhtar..huhu bile kenagkan balik ada sedih,gembira, menguris hati, sentap, melting, dan yang sama waktu dengan nye ;)

Kengan bersama anak-anak. Walaupun belum ada anak betul-betul tapi kehadiran anak-anak taska ni sangat menyentuh hati aku. Sampai ada yang panggil aku ibu huhu memang tersentuh la hati ni. Dulu aku tak berapa mesra dengan kanak-kanak ni tapi sejak kenal mereka semua berubah.. Tq anak-anak ku..huhu

Cerita sepanjang 2014 bersama keluarga. Paling mencabar bila ayah masuk hospital kemudian along jauh.aku terpasa jadi ketua keluarga huh sangat menguji ketahanan mental dan fizikal aku. Tapi tetap gembira bersama mereka.

Ini coretan bersama rakan-rakan dan yang paling banyak gambar dengan fyda adim la haha harap persahabatan kami yang sudah seperti akak dan adik ini tidak menjadi sejarah walaupun sudah tidk bekerja di bawah 1 bumbung..
Dan yang terakhir kisah "kebahagiaan dalam perpisahan" huhu ni paling menyentap la dan aku harap tak jadi dalam tahun 2015. Biarlah dia jadi kenagan biar jadi lipatan kenagan dan dilipat-lipat bagi tak nampak lagi..hahaha

Sekian lipatan sejarah 2014 Myra Mokhtar 
Semalam sejarah ,hari ini realiti ,esok sesuatu yang belum pasti.
Suaka duka silih berganti apa pun dugaan tabahlah menghadapi.(haha lirik lagu pon masuk kan) 
Sekian 
Xoxo




Monday, December 22, 2014

Cuti di rumah..


Holla..
Selamat kembali bekerja..
Hujan pagi-pagi ni melemahkan semangat nak kerja je kan. Dua hari kita dekat rumah pagi-pagi lagi matahari dah menegak atas kepala dan2 nak p kerja pagi ni pulak la hujan..macam nak suruh tarik selimut balik je. Tapi apa kan daya itulah yang dinamakan DUGAAN...hahahaha

Sabtu ahad aku kali ni memang sebok sangat buka sebab pegi berjalan atau apa tapi sebab aku mengemas bilik yang dah macam pusat pelupusan sampah haha berlonggok-longgok baju penuh atas katil sampai nak tido pon susah hehe (gile punye pemalas ) :p 

Hari sabtu belajar masak ayam masak merah.nak jugak masak merah.tak putus asa nak belajar masak merah ni pasni boleh bagi si fyda adim rasa jadi ke tak macam die masak(tapi kalau berkesempatan la)haha gambar tak sempat nak ambik sebab baru nak pegang ipad mak aku dah bising kejap-kejap ambil gambar. jadi mati kan saja hasrat tu huhu .sebenarnya aku ni bukan rajin sangat nak masak tapi mak aku yang bising hari-hari die masak sabtu ahad nak Rasa air tangan anak dara die yang kalau masak tak penah menjadi ni hikhik.kadang pelik gak mak ayah aku ni dah tau anak die tak berbakat nak jugak suruh..tapi aku ambil positif lama-lama pandai la. Krikkk...krikkkk...hahaha

Semalam pulak belajar buat lepat ubi. Pestime myra buat semuanya sendiri berjam aku ambil masa nak melipat daun pisang tu. bisa aDa pembantu ni pembantu dah p jalan-jalan tinggal la saya terkontang knting dan hasil nye sila rujuk gambar di atas ;)

Sekian cerita dari dapur , cerita dihari cuti dan cerita myra belajar masak...:p
Xoxo




Wednesday, December 17, 2014

Teringin..


Holla.. 
Selamat petang rabu..
Hari ini rabu sudah bermakna tinggal beberapa minggu lagi nak menghabiskan disember dan nak masuk tahun baru. Apa azam baru korang?.. Aku nak sambung azam yang tahun ni yang pastinya tak tercapai-capai lagi haha

Ok la ini cerita beberapa mingggu lepas aku menunaikan permintaan tekak ni yang penuh dengan rasa teringin dah meronta-ronta nak makan wantan mee.. Sudah berminggu-minggu menunggu bff ku free. Nak ajak kak nisa die tak makan jadi tak best kalo makan sorang-sorang.

Dan akhirnya dapat jugak makan..mungkin yang terakhir kali kot pasni tah bila-bila lagi tak tau le..
Bukan itu sahaja keinginan tekak ni nak jugak makan 

Sup ketam.....uishhh ko tekak bukan main deman lagi.
Apa pon semua yang teringin tu dah dapat makan. 
Sambil duduk-duduk ni nak fikir apa lagi yang nak aku teringinkan :p Haha 



Friday, December 5, 2014

Selamat pagi jumaat..


Holla..
Akhirnya sampai jugak jumaat.. Salam subuh semua ;)
Pagi yang indah ini Mulakan dengan senyuman.
Semoga sentiasa di berkati dalam setiap apa yang kita lakukan.
Percaya lah walau seburuk apa pon yang berlaku pasti ada hikmahnya yang pasti itu yang terbaik untuk kita. Kalau jatuh bangun la itulah kehidupan..! ;)

Tak sabar nK bAlik weyyy.. Rindu sudah sama ayah dam mak aku :p haha 


Hari bebas..


Holla..

Ini cerita tiga hari yang lepas..
Akhirnya dapat aku join aktiviti luar huhu
Sambutan hari antarabangsa menangani keganasan terhadap wanita "violence against women" (VAW)
Memang best selain dari pengatahuan yang kita dapat dapat juga mencuci mata bersama kawan-kawan lain.

Bergambar dengan kak leha..


Baru nak melangkah pulang dengar fynn jamal terus pusing balik tunggu la sampai habis. Janji dengan adik nak ambil dia 4.30 tapi lajak sampai pukul 5 baru aku balik.



Gambar terakhir wajib bergambar dengan fyda adim haha

Sekian
Xox







Thursday, December 4, 2014

Akhirnya berjumpa..


Holla..
Akhirnye aku berjumpa juga dengan jam aku ni..berjumpa?? Pe jenis pekataan yang aku guna kan tu haha maklum la dah tengah malam enghasilkan entry. Ini la rupanya hihi
Mulanya ingan aku dah campak dalam api.pasrah je la. Rupanya-rupanya ada dalam beg adik aku. Memang terbaik la kan dasar ganyut betul la ko ni mira oi..

Xoxo

Lepak di OT..


Holla..
Dah masuk jam 11.30mlm ni pelik sungguh mira mokhtar tak tido lagi kan biasa dah terjongkang atas katil tu..haha kenape ek?? Ini sebabnye malam ni tak jumpa katil dan bantal kesayanggan hukhukhuk malam ni jauh sikit dari mak ayah adik semua(cehhh ayat kau) :p kalah jauh nau padahal dalam melaka je kot. Tapi aku memang tak boleh. hati ni dah melonjak nak tunggu esok ni. "Mak...!ayahhh...! Adikkk..! Katillll...! Bantal...! Semua esok petang orang balik yek.. " haha ini semua poyo..!

Malam ini berjimbaria dengan fyda adim jadi kalau dah malam gini aku balik memang bising la bapak aku tu..untuk meyelamatkan diri aku tumpang rumah fyda adim yang kebetulan abang jebat dia tak ada di rumah. 

Bila perut dah berbunyi kami ke old town untuk mengisinya pada mulanya nak berbincang pasal lain.tapi bila dah sampai sana lain jadinya. Tu la gelak banyak sangat abih lupa.

Xoxo

Sunday, November 23, 2014

Dream Trip to Macau..

Holla..
Ini bersemangat nak menghasilkan entry nuffnang ni walu dh tulis tapi hilang aku buat jugak semula. Besar dugaan ni dah lah saat-saat akhir. Tapi tak apa. Go Myra...! Cuba selagi belum tutup.

Jom ke cerita asal.. Aku begitu teruja bila dengar nuffnang nak buat trip ke Macau. Mula la mencari-cari serba sedikit info mengenai Macau. Kalau dulu Macau hanya wujud dalam peta dunia tapi sekarang baru aku tahu yang banyak tinggalan sejarah dan juga keunikan budaya yang ada dekat sana. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan? Jadi sekarang aku dah jatuh cinta acane tu.? 
Harap dapat lah diberi peluang untuk ke sana..
Sedikit tentang Macau yang ia merupakan pertembungan dua budaya antara china barat dan juga protugis. Dan telah diwartakan sebagai warisan dunia oleh UNESCO

Antara tempat yang ingin aku lawati ialah..

1-dataran lilau
Air bawah tanah Lilau pernah menjadi sumber utama air semulajadi di Macau. Ungkapan popular Portugis: "Seseorang yang meminum air Lilau tidak akan melupakan Macau" diluahkan kepada penduduk tempatan lampiran nostalgia Lilau Square. Kawasan ini merupakan suatu penempatan awal kaum Portugis di Macau.

Ungkapan "seseorang yang meminum air lilau tidak akan melupakan Macau" menjadikan aku begitu teruja untuk kesana pastinya tempat ini merupakan tempat wajib untuk dilawati jika kita di Macau. Selain dari ia merupakan salah satu tinggalan sejarah.

2-Macau tower

Dibuka pada 19hb Disember, 2001, Macau Tower berdiri 338 meter tinggi. Ia merupakan binaan tersergam indah yang menawarkan pemandangan panorama menawan ke hampir seluruh Macau dan kebanyakan Pearl River Delta, dari pelantar memerhati dan restoran berpusing di datar 223 meter. Anda berpeluang untuk berjalan-jalan di bahagian luar menara ini, umpamanya dengan mengikuti "Skywalk X".
Selain dari menara terdapat Pusat Konvensyen dan Hiburan 4-tingkat, restoran, panggung wayang, tingkat bawah tanah 2-datar dan plaza luar bangunan.

Kalau di Malaysia kita ada KL tower di Macau ada Macau tower..yang pastikan menjadi kebanggaan rakyat di sana dan pemandangan bandar yang menarik.

3-The House of Dancing Water
Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, 'The House of Dancing Water' adalah produksi bernilai USD250 juta yang cemerlang mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas. Pertujukan popular ini - berakar umbikan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' - memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia.

Pertunjukan berasaskan air. Sangat menarik.bagaimana agaknya? 
Segalanya akan aku ceritakan jika aku terpilih untuk ke Macau.

Xoxo





Wednesday, November 19, 2014

Semalam di rumah..

Holla..
Semalam saya cuti jadi Hari ini kembali bekerja.. Biasa la mood baru mula kerja bermalas-malasan. Di tambah lagi dengan fyda adim ang bercuti hari ini huaaaaa malass....! 
Tapi dalam malas-malas aku ni pagi tadi keluar rumah awal 6.27 patut la golap..hehe

Ok..semalam di rumah macam biasa macam-macam keja aku akan buat kejap je dah petang. Pagi hari hantar kereta ayah di bengkel, lepastu balik rumah kemas-kemas, mak ajak pegi beli lauk tapi lain pulak tempat dia ajak singgah pegi kedai cermin mata. Crmin mata yang lama dah tak nampak. (ada kaitan tak dengan lauk ke??) haha. aku layan kan jugak sementara cuti. Duduk la menangok situ dari kedai tu baru bukak sampai jejak 12 tgh ari..mulanya nak masak perut masak lemak dah tengah hari buta mana nak jumpa lagi balik je terus masak je apa yang ada dalam peti sejuk tu.

Petang sambung lagi jalan mak aku tu macam-macam tempat yang dia nak p rasanya 1hari tak cukup. 
Lepas magrib baru la dapat sambung masak memasak di dapur.. Nak tunaikan permintaan mak nak makan kek pisang..dan nak tunjuk ragi dosa yang baru aku beli kepada fyda adim aku sambung buat roti pulak. Tengok roti aku dalam gambar atas tu letak kismis tapi lepas sapu pelanta atas dia gugur terus. Salah teknik tak apa lain kali cuba lagi ;p.  pagi ni bawak roti tapi kak fyda adim tak sihat so tak ada rezeki dia nak rasa sobsob :,( sedih 
Tapi tak apa lain kali boleh buat lagi. 

Xoxo

Saturday, November 15, 2014

Knock knock..




Bulan bintang kau janjikan

Tidak aku teruja
Cakap memang mudah
Semuanya mampu

Kata manis kau beri

Ku terpikat belum tentu
Cakap memang murah
Oh, kau pun tau

Kiranya kau benar mahu

Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Knock knock

Mahu ku perhatian
Talk talk
Mahu ku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikan ku

Knock knock 

Ku beri kau semua
Talk talk
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikan ku

Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti

Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama

Bukan mahu tunjuk diva

Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu

Kiranya kau benar mahu

Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Knock knock

Mahu ku perhatian
Talk talk
Mahu ku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikan ku

Knock knock 

Ku beri kau semua
Talk talk
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikan ku

Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti

Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama

1, haruslah setia

2, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
3, buatku tersenyum
4, ulangi dari 1

Knpck knock

Talk talk
Knock knock
Talk

Mahu ku hanya perhatian

Talk talk
Mahu ku untuk kau buktikan
Jangan pernah kau abaikan ku

Knock knock

Mahu ku perhatian
Talk talk
Mahu ku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikan ku

Knpck knock

Talk talk


Lagu & Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan

Friday, November 14, 2014

Misi menyahkan jerawat..


Holla..

Hari ini masuk hari ke 5 aku menjalankan misi menyahkan jerawat haha(mampu ke??) kalau boleh nak tampalkan sahaja jerawat ni di dinding-dinding yang ada.
Mampu ke tak kena jugak abih muka aku dah lubang-lubang dimamah jerawat hukhuk dah ramai tegur  kenapa muka aku teruk macam tu..nenek aku yang penglihatan dah kurang tu pun dah nampak siap tanya "apa yang hitam-hitam dekat muka ko tu ngah?" Tu yang buatkan aku rasa kena jugak hilangkan.
Aku faham kalau korang tak perasan jerawat tu sebab aku pengguna tegar camera 360 dalam gambar bersih uolls haha kau tengok depan-depan..huhu
Dalam nak menjalani misi ini jugak bayak dugaan masa ni jugak la mak aku nak masak sotong masak lemak,cucur geragau dan macam-macam lagi. memang menguji...aku makan jugak tapi buat rasa je tak nak bagi kempunan makan 1 pastu telan ayaq liur je..

Traaaaa.. Ini makanan aku sekarang..biasa aku namakan (makanan mahluk bertanduk/tumbuhan hijau) hihi dah lama aku tak makan sebab pahit bakkanggg..kelat je tekak kalau makan tapi sekarang memang sedap rasanyee.. :p haha (poyoss sagat) tak tau la berjaya ke tak misi aku ni..Harap berjaya la..korang doakan yekk ;)
Xoxo


Thursday, November 13, 2014

Kenduri kawin Abang Is..


Holla..
Selamat petang..
Sambung update blog kali ni nak cerita minggu lepas aku sebok betul dua hari cuti macam tak cuti je ni semua gara-gara majlis kawin saudara aku..(orang yang kawin dia plak yang sebok) hihi bukan tu je orang yang nikah aku pulak fefiling lebih bila sah je hukhuk sedih sebab tak macam yang aku dengan kak fyda adim angan-angan kan haha :p hanya mampu jadi gadis hantaran je la kita sobsobsob

Aku mak dengan mak pengantin lelaki tu...

Part sila guna #pelaminangankumusnah :p hahahaha

Yang tadi kenduri di rumah pengantin perempun ahad pulak di rumah pengantin lelaki..
Baru nak bajet jadi pengantin begambar duduk atas pelamin sorang tiba-tiba kena serbu dengan mak dengan adik aku..adeh..! Senyum je la ;) 


Xoxo









Hidup ibarat roda..


Holla..

Selamat pagi khamis lama dah tak menghasilkan entry..cewahhh haha 
Jadi pagi ni bagi renungan sikit kepada diri dan kamu-kamu sekalian tak kira la lelaki ke perempun jangan main-main dengan perasaan orang kalau tak suka buat cara tak suka jangan sebok nak menggatal :p kadang tak jadi dekat kita tapi mungkin dekat anak tak pun adik beradik kita..
Ingat hidup ini ada KARMA yek..!

Xoxo

Monday, November 3, 2014

Sabar menanti..


Holla..

Selamat petang isnin. 
Selamat menduduki peperiksaan  SPM adik-adik sekalian..
Hari ini jadi penunggu di depan sekolah tengok gelagat budak-budak yang baru habis jawab kertas bahasa melayu..gaya sorang punya gelak sorak macam hari ni last day..uishh leks dulu ye dik bayak lagi yang menanti dijawab. 

Itu satu hal yang sorang ni memang menguji kesabaran kakak die ddah dekat setengah jam duduk depan sekolah menunggukan die tak muncul-muncul abih belengas badan,lecak ketiak tau dak?? kalau aku tau macam ni punya lambat baik tuang minyak dulu. 
Sekian 

Xoxo

#Masih menanti adik aku yang tak kunjung tiba

Selamaku bernafas..

  • Selagi jantungku berdetak..Di dalam tubuh
  • Aku kan menjaga cintamu..Di dalam hatiku
  • Selama bintang Selalu ada di malam-malammu
  • Aku kan menjadi cahaya Di dalam gelapmu
  • Andai dia tak bisa denganku
  • Aku relakan hidupku tanpa cinta Seumur hidupku
  • Tuhan ku harap sekali saja
  • Aku bisa mencintai dan dicintai
  • Seumur hidupku
  • Dan ku berjanji
  • Seperti mentari yang menemani hari
  • Dan ku pastikan
  • Hidupmu tak akan pernah
  • Menangis kernaku
  • Andai dia tak bisa denganku
  • Aku relakan hidupku tanpa cinta
  • Seumur hidupku
  • Tuhan ku harap sekali saja
  • Aku bisa mencintai dan dicintai
  • Seumur hidupku
  • Andai dia tak bisa denganku
  • Seumur hidupku
  • Tuhan ku harap sekali saja
  • Seumur hidupku sekali saja

Sunday, November 2, 2014

Hari bebas WhatsApp..


Holla..

Selamat malam..
Selamat menghabiskan sisa-sisa berhujung minggu esok dah kena mula bekerja.. 

Akibat telefon aku buat hal jadinya...
Hari ni merupakan hari bebas whatsapp untuk aku.. Huhu 
Nampak macam leks je kan nyaman tak ada gangguan..
Tapi dalam hati hoho takboleh tahan derr hukhuk
Sengsara baq anggg...!
Taksabar3..! nak pergi kerja esok nak mintak bantuan rakanku..sape lagikan kalau datang membantu aku di saat susah..tak lain tak bukan fyda adim :p 
tengok la hasilnya esok..

Xoxo


Saturday, November 1, 2014

Selamat pagi sabtu..


Holla..
Selamat pagi sabtu..
Pagi dah bagun ni nak menyambung apa yang tertinggal semalam hehe..

Semalam mata mengantok sangat jadi aku menyambungnya hari inj nampak tak semangat tu :p pepagi dah sedar..

Kepada korang selamat berhujung minggu..selamat meluruskan pinggang yang sudah seminggu bekerja hampir berpintal-pintalkan hahaaha

Salam subuh korang have a nice day..

Xoxo



Friday, October 31, 2014

October ends..


Holla..
Hari ni hari akhir bekerja pada minggu ni dan minggu terakhir jugak dalam bulan oktober sob..sob.. Sedih la pulak harap dapat lagi jumpa tahun hadapan yek..sambut hari lahir kami bertiga ayah along dan angah..
esok masuk bulan baru November kejap je masa berlalu tugasan-tugasan dan cita-cita yang tak lagi kesempaian tapi InsyaAllah aku nak juga usaha bagi tercapai walaupun satu huhu..cayokkk myra...! Hehe 

Xoxo

Thursday, October 30, 2014

Selamat Pengantin Madu..


Holla..
Haha tengok gambar ni mesti kak fyda adim dah meluat-luat :p
Tapi die tak pernah ketinggalan nak tengok kadang-kadang siap message" mira jangan lupa tengok selamat pengantin madu ea" tak pon macam ni "mira jangan lupa malam ni MasMIRA"  jurkkk3 nak kata aku la yang masmira la tu huh.. Sememangnya kami peminat drama #giladrama  siap la kalau ada watak jahat guna nama fyda haha  
Malam ni episod akhir selamat pengantin madu..awal-awal siapkan kerja pastu dok depan tv..


Sinopsis:

Selamat Pengantin Madu mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.
 watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.
Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.
Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.
Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? 
Xoxo

Saturday, October 25, 2014

Selamat Tahun Baru..


Assalamualaikum..
Holla
Selamat malam
Salam maal hijrah 
Kita tutup buku lama buka buku baru 
Tahun baru azam baru kehidupan baru(lupakan yang sepatutnya dilupakan) tinggalkan yang best-best je ok;)

Bayak harapan untuk tahun baru ini berdoa dan terus la berdoa agar impin dan harapan kita tercapai.
Dan semoga kehidupan kita lebih di berkati.

Kalau kita tak boleh buat baik pun jangan kita memperlekehkan kebaikan orang lain kerana bukan kita yang menentukan dosa,pahala,syurga,neraka seseorang itu. Sama-sama lah kita memperbaiki diri kalu tak banyak sikit pon jadi la ;)

#maafjikaakutaksempurna
# peringatanuntukdiri
#myra

Xoxo

Wednesday, October 22, 2014

Hari bersantai..


Holla..

Happy deepavali pada kawan-kawan yang menyambutnya..
Hari ni cuti bersantai la di rumah tak kemana-mana cuti satu hari kejap je dah petang.
Petamg ni nak masak apa?? Kena cari dekat En.google ;)

Xoxo


Tuesday, October 21, 2014

Berpeluh kejap..


Holla..
Selamat pagi yang mengantok ni hehe
Semalam sebok sangat tengok misi ku kuza akhir jadi lambat la tido nye..
Yang best nye si kuza dengan Airel...!
 tak suka dengan aaron tak sesuaiii...haha aku pulak overr :p
Hari ni mood di rumah sebab esok cuti jadi hari ni jiwa melayang-layang..haha

Semalam aku penuh kejutan..pagi-pagi otw pegi keje ada org ikut belakang kereta saya...
Bukan main dekat lagi..dalam hati dah mula fikir sape pulak ni?? Dan aku dah sedia nak buat filem aksi kat atas jalan raya tu haha 
Tup-tup toleh tgok orangnye.. jurkkk2 tau tak ko dah buat kering darah aku pagi-pagi buta huh..(lap peluh sikit) haha

Xoxo

::: semalm muka dia masam hari ni lebar pulak senyum kompius aku. :/












Saturday, October 18, 2014

Mengatasi kelemahan Diri..

Friday, October 17, 2014

Cerita petang tadi..


Holla..

Salam magrib semua ;)
Abis dah seminggu bekerja esok cuti...
Dapat lah menenagkan minda dari dari pekara-pekara yang boleh mendatangkan stress hehe


Nak tumpang meluah perasaan sikit dekat sini ni cerita petang tadi lagi beberapa minit aku nak balik ayah call suruh ambil adik dekat sekolah..dan masa itu la jugak hujan selebat-lebatnya..
Mulanya fikir la jugak nak redah pegi ke kereta ke tak ea?? Tapi terigat nak ambik adik aku redh la jugak..abis basah uols 

Bila dah sampai sekolah sekolah aku tunggu dia boleh tak keluar-keluar sampai akak dia ni dari basah dah kering balik..sabo je la tapi nasib baik la adik aku pandai ambik hati macam tau je akak dia ni lapo dia belikan aku kentang goreng perasaan marah yang mula mencanak-canak ke kepala tadi terus hilang macam api yang di siram air haha

Ok sekian kisah luahan hati myra mokhtar hari ni

Xoxo

Tiba masanya..


Hola..
Salam jumaat
Perasaan hari ni (bila nak balik ni...?) huhu asal rasa lama sangat nak masuk 4.30 ni...!
Rehat panjang hari ni dah bayak tempat aku pegi tapi macam tak bergerak je jam ni..

Senyum je walaupun hati tak gembira(boleh kerrr?) haha
Hari ni pagi-pagi dah jumpa 2 orang yang paling aku tak nak jumpa dekat bumi sg udang tu tapi har ni jumpa jugak.. :(
entah apa sebab dan musababnya aku pun belum pasti..tapi yang pastinya dia membuatkan aku hilang mood seharian jurkkk2


#dihukum tanpa mengetahui salah..adil ke idok?? Ce story sikit kat teman :/

Xoxo

Thursday, October 16, 2014

Selamat ulang tahun..


Ku tak punya wang berjuta apa tah lagi istana untuk jadi kan hadiah agar kau rasa berharga ini saja yang ku mampu sebuah lagu khas untuk harap kau gembira salamat ulang tahun cinta..

Hola..
ada apa dengan 16/10 ni?? Ni nak story..

Biasa la kalau dah masuk bulan 10 ni pe lagi kalau bukan kisah hari lahir dan hari ni merupakan hari lahir along aku si Adel illa tu la..kalau tak kenal tak pe boleh tengok gambar di atas..nak masukan gambar dia sorang tak de jadi terpaksa la letak gambar tuan punya blog sekali jadi jangan terkeliru pulak yang kuning tu saya yang sebelah tu baru along saya harap maklum..hahaha

To my along:

*Semoga panjang umur
*Murah rezeki
*Semoga bertemu jodoh cepat..(tak sabar nak dapat anak buah ni hehe)
*Semoga berjaya dalam apa jugak yang dilakukan 
*Dan semoga Allah memberkati setiap langkah
*jagan pernah lupa kami-kami di sini ok 
Love you muahhh3 

Xoxo

Wednesday, October 15, 2014

Andai kamu..


Hola..

Sekadar perkongsian dan buat renungan bersama ;)

Sumber:facebook

Tuesday, October 14, 2014

Anak-anak baru..


Holla..
Sudah lama tak bersiaran hari ini kembali
Selamat hari selasa semua..
Lama tak menulis di blog ni duit di nuffnang pon dh berhenti bergerak hukhuk (oh tidakkk...! nak duit...!nak duit...!) ;p


Kesibukan aku dalam beberapa minggu ni nak menjaga anak-anak kucing yang 6 serangkai ni siang bagi die lepas bermain malam kena perintah berkurung hehe
Yang tak tahan nye asyik nak masuk rumah je mula la mak aku biasing..(pening arrr...!)
Nama-nama mereka ni aku lom bagi lagi sebab tak tau nak bezakan sama je rupa dia kecuali yang kuning dagan si black..yang lain tunggu besar sikit baru bagi nama.

Xoxo

Friday, October 3, 2014

23 tahun sudah..


Holla jumaat
Jumaat kali ini lagi bermakna sebab...
Sebab bdy aku hehe 3oktober datang lagi maknanya meningkat lagi usia.. Dah tua hukhuk

Terima kasih Ya Allah masih lagi bernafas 

Tq jugak atas ucapan-ucapan..semoga doa korang tu makbul la yek hehe

Xoxo

Wednesday, October 1, 2014

Selamat Hari Lahir Ayah..


Hola Oktober..
Selamat datang dan semoga membawa seribu keceriaan
Bila oktober datang apa lagi memang havoge la nak sambut hari lahir 3 beranak ni hehe
Pada pembukaan kita sambut bdy ayah dulu.. 1oktober ;)

Selamat hari lahir ayah..
Semoga panjang umur 
Dimurahkan rezeki  dan di berikan kesihatan yang baik
Dan semoga di berkati sentiasa

Ayh hero kami 
Love you so much
Kak L sayang ayah sangat-sangat hehe

Xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...