Be My Followers

Thursday, January 30, 2014

Rahmat Disebalik Dugaan..

Monday, January 27, 2014

Entry tengah hari..

Hola..
Selamat tengah hari tgok semua sebok menghapdate cite pasal AJL semalam aku pon nak jugak la..hehe menghilangkan rasa bosan tahap gaban ni..
Jadi tahniah hafiz..memenangi anugerah juara lagu kali ni..persembahan dia memang best semalam.. ;)


Sumber gambar dari:fb tv3 



Friday, January 17, 2014

Sekali Hati Terluka..

Salam jumaat olls..
Pepagi jumaat terluka #sentap bagai ek huhu...
Mungkin perigatan kepada aku yang sering menyakiti hati manusia-manusia yang ada di muka bumi ni.

org ckp peluang,kepercayaan dan yang sewaktu dengannya datang sekali je kalo dah dapat jaga baik-baik kalo dh hilang semua tu tak dapat den nak menolongnye yek..haha kalau ada pon tak akan sama macam sebelum ni..

Renungan jumaat.. 

Saturday, January 11, 2014

C.I.N.T.A manusia atau ALlah??..

Hai selamat malam lama tak meng update cerita..huhu rindu lah nak macam dulu berlumba-lumba update cite dengan fyda adim  :( 
Ok lah kembali ke cerita asal..sedaga aku sebok membelek-belek blog yang ada tiba-tiba tertarik  pulak dengan entry sorang bloger ni dan pada aku ia membuat aku berfikir aku ni kejar cinta tuhan ke cinta manusia?? .......

Ni aku ada c/p entry untuk perkongsian..dari aKu renung-renungkan dan selamat beramal.. ;) 

CINTA ALLAH VS CINTA MANUSIA

Bismillahirahmanirrahim...

Bila ditanyakan antara cinta Allah dan cinta manusia,yang manakah lebih penting dan utama dalam hidup kita...pasti setiap umat islam akan menjawab cinta Allah yang lebih penting dan utama dalam hidup kita...
tapi pernah kah kita renung dan imbas kembali...benarkah jawapan itu seperti apa yang kita ungkap kan??
jika benar, di mana?? di mana cinta Allah yang utama itu?? apa yang kita lakukan demi cinta Allah itu??
Ternyata....kenyataan sebenar,kebanyakan insan di sekeliling kita lebih mengejar cinta manusia yang tidak kekal lama itu daripada mengejar cinta Allah yang hakiki...

APA YANG DIKATAKAN CINTA MANUSIA??
Cinta manusia ini dapat kita rungkaikan cinta antara sesama hamba Allah. Cuba kita ambil dari perspektif cinta antara lelaki dan perempuan..apa yang mereka lakukan?? Adakah mereka mengejar cinta sesama sendiri?? Memang benar,perasaan kasih dan sayang itu Allah yang memberi...tapi Allah tidak suruh kita menyalah gunakan rasa kasih sayang yang diberi-NYA itu...rasa kasih dan sayang yang diberi pinjam oleh-NYA itu disuruh untuk kita gunakan dengan sebaik-baiknya..gunakan untuk jalan yang benar...jalan yang diredhai oleh-NYA...rasa kasih sayang yang diberi dalam hati setiap insan yang bernama lelaki dan perempuan adalah untuk membimbing antara satu sama lain....bukanlah digunakan untuk melakukan maksiat antara satu sama lain. Pernahkah kita lihat seorang perempuan menangis kerana ditinggalkan kekasih hati?? pernahkah kita lihat seorang kekasih membunuh diri kerana terlalu kecewa ditinggalkan?? pernahkah kita melihat seorang wanita menggugurkan kandungannya kerana ditinggalkan lelaki yang disayangi?? pernahkah?? Subhanallah...kenapa mesti perkara2 sebegini berlaku dikalangan umat islam...bukankah kita hidup berpegang teguh pada ajaran-NYA?? 
Sedarkah kita mengejar cinta manusia itu tiada gunanya, mengejar cinta manusia itu membuang masa, mengejar cinta manusia itu boleh melalaikan kita daripada mencari cinta Allah yang kekal abadi...
BENAR! kahwin itu wajib...Allah menyuruh kita mencari cinta dan berkahwin, tapi dengan cara yang dihalal kan oleh-NYA...bukanlah dengan jalan yang salah.
Keluar berseronok, melakukan maksiat tanpa rasa berdosa..adakah itu 1 jalan yang benar?? adakah perkara2 seperti itu dapat membendung nafsu syahwat seorang lelaki dan perempuan???
Untuk melakukan perkara yang baik itu memang sukar, tetapi untuk melakukan perkara2 yang tidak baik itu terlalu mudah, kerana diri kita ini sentiasa didorong oleh hasutan syaitan...

Kadang2 kita ingin kembali ke jalan Allah...tapi kita di duga dengan datangnya cinta manusia...Allah ingin menguji kita,sejauh mana cinta kita pada-NYA..dan sejauh mana cinta kita pada hamba-NYA...adakah perhubungan antara kita dan dirinya menuju ke jalan Allah yang benar?? adakah cinta kita pada hamba-NYA seiring dengan cinta kita pada-NYA atau lebih lagi?? PASTI!! cinta pada Allah itu ada...
TETAPI apabila kita berada bersama dengan seorang insan yang kita sayangi dan cintai, PASTI kita akan lalai seketika...dan lupa tentang cinta kita pada Allah..dan kita akan lebih seronok bersamanya...mengharungi rasa cinta,rindu di hati yang membuak2...dari situ,syaitan menjalankan tugasnya untuk menghasut cucu2 adam untuk terus hanyut dengan rasa cintanya...dan melupakan cinta dan janji2nya pada Allah...
Oleh kerana itulah Allah menyuruh hamba-hambanya mencari teman hidup yang mampu membimbing dirinya ke jalan Allah yang diredhai. Kerana hanya di jalan Allah lah manusia akan temui kebahagiaan yang sbenar.

Ramai di antara kita terlalu risau,resah dan gelisah jika dirinya kehilangan cinta manusia yang dikasihinya...
tapi xpernah risau,resah dan gelisah jika kehilangan cinta Allah yang hakiki...dan tak pernah pedulikan murka Allah padanya...kita lebih menjaga hati dan perasaan pasangan kita, dan kadangkala kita lebih menjaga diri pasangan kita yang belum ada apa-apa hubungan dan ikatan dengan kita...adakah pasangan kita akan menjadi milik kita?? adakah pasangan kita jodoh kita?? tapi....bagaimana hubungan kita dengan Allah??
adakah sudah selesai semua tanggungjawab kita pada-NYA?? adakah kita tidak melupakan-NYA??
adakah kita melakukan segala yang disukai-NYA?? PASTI belum sempurna cinta kita kepa-NYA bukan??
Pernah kah kita fikir..apa yang kita dapat dari mencintai manusia yang belum halal buat diri kita?? kita dapat dosa...kita dapat murka Allah, kita dapat kerosakan hati, kita dapat kekotoran hati, iman dan akal...

APA YANG DIKATAKAN CINTA ALLAH....
Cinta Allah itu adalah cinta yang suci, cinta yang hakiki...cinta yang xkan pernah hilang dan cinta yang membawa kebahagiaan buat setiap hamba yang mencintai-NYA seikhlas hati.
Cinta Allah memupuk hati kita untuk sentiasa mengingati Allah...
melakukan segala kebaikan atas ama Allah...bertaubat atas nama Allah...
menerima dugaan dengan sabar dan tabah atas nama Allah...
sentiasa mengingati mati dan dosa2 yang lepas juga kerana Allah...
Apabila seorang hambanya bertaubat dan sentiasa mengingati Allah, pasti dia akan semakin dekat dan dekat pada Allah..sehingga kan dia takut untuk melakukan dosa walau sebesar hama sekalipun...subhanallah..
dan mencintailah seseorang juga atas nama Allah...IN SHA ALLAH dia akan dijauhkan daripada dosa2 maksiat dan Allah akan memberkati perhubungan yang dijalinkan atas nama Allah yang maha Esa.
Dengan mencintai Allah hati kita akan menjadi tenang...tenang setenang tenangnya...
akal fikiran kita akan menjadi sihat dengan memikirkan perkara2 yang positif...
hati kita akan menjadi lapang dengan adanya Allah...diri kita akan sentiasa dekat dengan Allah...
kita akan menjadi kekasih yang disayangi Allah...kita juga akan diberi pertolongan oleh Allah saat kita berada dalam kesusahan dan ujian Allah IN SHA ALLAH.
Untuk mengejar cinta Allah, lakukan lah apa yang disukain-NYA dan tinggalkan segala apa yang dimurkai-NYA...sentiasa menyebut nama2 Allah...
Buka lah kitab suci-NYA dan alunkan lah setiap kali hati merasa sedih,perasaan merasa resah dan gelisah. In Sha Allah hati yang sedih, tidak tenang itu akan menjadi sangat tenang...akal fikiran akan menjadi sihat...
Lakukanlah taubat kepada-NYA, sentiasa mengenang dosa2 silam yang pernah kita lakukan...sesungguhnya Allah itu maha pemaaf kepada hamba2NYA.
Renungkanlah cinta siapa yang perlu kita pilih dalam kehidupan kita.....

Akhir kata..aku iringkan dengan kata2 ini.... :


Sudah cukup hatiku dilukai

sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah



hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi



hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi



hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi



hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi


hilangkanlah segalanya


ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah



Friday, January 10, 2014

10 golongan manusia diusir dari padang mahsyar...

Jumaat...



Friday, January 3, 2014

m.a.i.d

"m.a.i.d"ini lah tjuk novel yg ak pinjam dari kawan ak..
Macam berkaitan aku jekan..haha tapi kalau jadi maid dapt laki hensome cengitu best gak kan? Bahahaha berangan lebih kau mira  oi.....!
Ok lah kembali ke cerita asal
akhirnya dapat jugak ak menghabiskan baca novel ni walaupun dalam kesebukan kerja ni..(kerja la sangat..) haha



Sinopsis

novel ni mengisahkan noorul yang melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya hingga dia memilih untuk menjadi pembantu rumah kepada harris yang sangat cerewet noorul menggelarkan dia sebagai "mr f"(fussy).
harris memberi tugasan kepada noorul hanya dengan meninggal kan nota..dalam masa yang sama adik harris iaitu haikal de simapn perasaan kat noorul tp lebih suka kat si harris..
disebab kan ada orang yang fitnah noorul dan harris so die org kne kwin pakse sebab nak jaga maruah
keluarga harris ni.
Bagai mana noorul nak menghadapi ibu mertuanya yang enggan menerimanya sebagai menantu..dtambah lagi dengan kehadiran nurina bekas kekasih mr.f menambah kan lagi haru biru hidupnya.. Bagaimana akahirnya??  
Haha suspen  tak?  So kalau korang nak tahu kena lah baca sendiri

Setelah 2 hari..


Assalamualaikum..
Salam jumaat uolls..
Ramai yang dok menghabiskan duit semperna hari jumaat ini maklum la rehat yang panjang kan? 
Tapi berlainan pulak dengan aku..bermula tahun baru rutin aku pon dah berubah ia itu menjadi suri rumah sepenuh masa tak boleh nak berjimba ria dengan kawan-kawan lagi..
Dok terperuk dekat rumah melakukan tugas-tugas sebagai seorang bibik hahaha semua benda dalam gambar tu aku buat kecuali jaga baby tu tak la..aku de ank kucing je tu pon nk kena jaga jugak..dh pandai nak makan jerit kuat-kuat (hamboi macam mintak nak kena sumbat mulut je kan..) last sekali aku pon dah macam bibik indon..(tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...........................!) jerit sekuat hati ok. Hikhik tunjuk perasaan pulak dekatdsini.. :p

Hari pertama ok lagi try masak sambal benda yang pada aku masakan yang paling susah nak masak :p 
Ini lah hasilnya..tgok macam jadi je kan?? Memang jadi tapi rasa dia masam dan masin..hahaha pecita?...  Macam-macam mak aku komplen(Adehhhhh...!) tapi terima je la kata belajar masakan takakn terus pandai je..huhu

Ni untuk minum petang pulak..rajin nye ank sape la ni?? Bahahahaha


Tapi bila dah masuk hari kedua mak aku kata ok hari ni nak masak ape?? 
Ha??? (Garu kepala..) apa yang nak masak?? Adoi ai  malas betul nak fikir.. Dah tu masak kena cepat kang adik aku balik sekolah kebulor pulak tak dapat makan.. Grrrrrrrr
Penat betul jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni.. Dah la bangun pagi basuh baju,basuh pingganmangkuk,sidai baju,kemas rumah,masak bagi kucing makan,kemas mangkuk kucing bal..bal..bla..yang paling sadis aku nk makan pon tak semPat..tgok jam dh pukul 1 cepat betul waktu berputar kan... Tapi apa kan daya...hukhukhuk sedih :(

Sekian saja entry luahan perasaan bibik mira 
Daaaaa...

Wednesday, January 1, 2014

Salam tahun baru..

Entry terlambat aku untuk hari pertama di tahun baru ni..
1/1/2014 semangat baru untuk tahun yang baru walaupun hala tuju kemana masih buntu huhu
Bangkit,sabar,senyum dan berdoa..

Semoga apa yang di impikan pada tahun baru ini akan terlaksana yang mana azam tahun lepas yang tak dapt terlaksana lagi aku foward kan ke tahun ni..harap-tahun ni akan menjadi tahun yang mengembirakan.
AMIN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...