Be My Followers

Showing posts with label Cerita Kereta Comel Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kereta Comel Aku. Show all posts

Saturday, February 25, 2017

Bila "DIA" tak ada..


holla...

selamat bercuti uollsss

happy2  la dengan keluarga korang
lagi pon ni kan minggu gaji so enjoy la bebelanja jangan sampai ujung bulan makan megi dah hehe
so berpada-pada la untuk bebelanja.

aku seperti biasa duduk dirumah sepanjang laki tak ada ni...
tapi minggu ni mencabar pulak sebabnya si putih @ dak viva aku buat hal la pulak macam berbau duit je dia kan huwaaaa...

masa-masa gini la buat hal nak itu ini..
maka hari ni duduk la di hosptal kereta errrr
tunggu la malam nanti makanik hantar die pulang rindu sudah


dia di hospital maka aku pon rasa macam nak demam hukhuk... ☹
17 hari lagi laki den nak balikkkk...tak sabar rasanya oiiii

Friday, October 23, 2015

October..



Holla..

Sudah lama tak bersiaran...

Tiup sikit habuk-habuk yang dah tebal menutupi blog aku ni hehe

Entah kenapa la malas melanda huhu

Love in october tapi october jugak yang buat aku agak sedikit pusing ya..

Kenapa??

3october tengah happy sambut hari lahir tetiba teringat lesen memandu mati.... Huaaaaa

Nampak tak dia meminta huhu

Maka terpaksa la mengeluarkn duit untuk henghidupkan..

Bukan itu sahaja cukai jalan bagi cik viva aku pon minta dibarukan nampak tak dalam love tu ada yang nk buat menangis huhu



Tuesday, October 21, 2014

Berpeluh kejap..


Holla..
Selamat pagi yang mengantok ni hehe
Semalam sebok sangat tengok misi ku kuza akhir jadi lambat la tido nye..
Yang best nye si kuza dengan Airel...!
 tak suka dengan aaron tak sesuaiii...haha aku pulak overr :p
Hari ni mood di rumah sebab esok cuti jadi hari ni jiwa melayang-layang..haha

Semalam aku penuh kejutan..pagi-pagi otw pegi keje ada org ikut belakang kereta saya...
Bukan main dekat lagi..dalam hati dah mula fikir sape pulak ni?? Dan aku dah sedia nak buat filem aksi kat atas jalan raya tu haha 
Tup-tup toleh tgok orangnye.. jurkkk2 tau tak ko dah buat kering darah aku pagi-pagi buta huh..(lap peluh sikit) haha

Xoxo

::: semalm muka dia masam hari ni lebar pulak senyum kompius aku. :/












Friday, October 17, 2014

Cerita petang tadi..


Holla..

Salam magrib semua ;)
Abis dah seminggu bekerja esok cuti...
Dapat lah menenagkan minda dari dari pekara-pekara yang boleh mendatangkan stress hehe


Nak tumpang meluah perasaan sikit dekat sini ni cerita petang tadi lagi beberapa minit aku nak balik ayah call suruh ambil adik dekat sekolah..dan masa itu la jugak hujan selebat-lebatnya..
Mulanya fikir la jugak nak redah pegi ke kereta ke tak ea?? Tapi terigat nak ambik adik aku redh la jugak..abis basah uols 

Bila dah sampai sekolah sekolah aku tunggu dia boleh tak keluar-keluar sampai akak dia ni dari basah dah kering balik..sabo je la tapi nasib baik la adik aku pandai ambik hati macam tau je akak dia ni lapo dia belikan aku kentang goreng perasaan marah yang mula mencanak-canak ke kepala tadi terus hilang macam api yang di siram air haha

Ok sekian kisah luahan hati myra mokhtar hari ni

Xoxo

Wednesday, July 2, 2014

Aktiviti sementara menunggu waktu berbuka..


Hola..
Tidak berapa enak perasaan beberapa hari ini..tapi semua aku tolak tepi tak mau semua tu rosakan hari-hari aku yang sedia indah dan berbunga cinta ni :p (tangan didada mata keatas) hahaha
Ni cerita si putih ku memang tak dapat dinafikan kekeladakan yang ada pada kereta aku tu sampai tak nampak cermin pandang belakang haha teruk betul.

Semalam ayah tolong isi kan minyak kereta dan dia nampak la kotoran-kotoran keladak yang hade..apa lagi die punya bising sedia je la tadah telinga dengar..huhu ayah aku memang taksuka tengok kereta kotor..anaknye ni pulak kereta kotor pon tak heran janji boleh berjalan :p

Dalam bebelan die tu tiba-tiba nampak di dah angkat baldi,sabun (ayah nak basuh kan latu haha) si putih ku tengah di mandikan aku cepat ambil ipad pe lagi curi-curi ambil gambar ayah..tak dapat ambik gambar depan-depan takut kena marah lagi jadi tak dapat la korang tengok gambar lelaki hensem berbaju merah tu membasuh kereta dengan penuh kasih sayangnya..hihi urghhh sayang ayah..!

Xoxo







Friday, February 21, 2014

Cik viva buta sebelah mata...


Hola..
Dah 7.06pm masih belum sampai rumah..huhu penatnye weyyy
Tapi sebab cik viva aku ni matanya buta sebelah jadi terpaksalah aku  bawak di jumpa doktor dan terpaksalah aku keluar duit huaaaa...dia macam tahu je BR1M dah keluar kan aku belum sempat tgok lagi duit tu ada ke tak dia dh mintak..


Bonet lama tak bukak bukan main berseligat lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...