Be My Followers

Friday, May 30, 2014

Lesen besar..


Hola.. 
entry yang tertangguh.
Sabtu lepas hari yang paling mengembirakan aku along adik sebabnye dapat lesen beso..huhu lompat bintang sikit haha

Bukan senang mak ngan ayah nak bagi keluar berjimba ria biasa masa yang dia bagi 3-4 jam je nak dating pon tak sempat kihkih tapi sabtu lepas pelepasan boleh balik sampai malam seronoknye uolls 
Dah rancang nak tengok wayang tapi yang tak seronoknye cerita yang nak tengok tu dah tak de kecewa hati ni..masa dapat keluar lama-lama ni la boleh kau tak de kan cuba masa terhad melambak-lambak citenye..

Tapi tak pe lepas kecewa tu fikir-fikir balik mana nak pegi masa banyak lagi ni dan dapat idea..karok...! Hahaha memang best gile menyumbang kan suara yang pasti nye mampu merosak kan gegendang telinga yang mendengar bahahahah

Menyanyi ke bercakap?? Haha suka hati aku je


Dan hari tu jugak along berbaik hati belanja makan makan kat mane??

Old town..




Dan ini..budak yang dah lama tak jalan katanya menikmati makanan tak kenyang-kenyang walaupun baru makan orang belanja petang tu baru sekerat jalan dah lapo balik tu yang along aku belanja makan lagi biar die puas hati kite orang dapat perlepasan no pon sebab die la sebok ngadu dekat ayah yang die dah lama tak berjalan.
 mana tak nye hari-hari sekolah aku pulak yang pening tgok die..

Pape pon sabtu tu yang paling best hilang stress hahaha

Xoxo













Monday, May 26, 2014

Semalam teringin..

Sesekali kurasa teringin..melewati hari mu yang dingin..
Cewahhh menyayi pulak pagi-pagi ni..haha

Hola uolls hehe (gedikz pulak pepagi ni) :p
Hari ini lebih tenang..sebab aku dah dapat jawapan selama ni dok serabut fikir kenape mcam mana dan bla..bla..bla..akhirnya terungkai juga jumaat lepas. kebekatan hri jumaat agaknye..haha

Semalam dapat kebenaran keluar mengambil angin di pantai sambil tu singgah makan. sesekali bukan senang nak dapat keluar malam-malam buta ni..ditambah lagi aku teringit sangat nak minum...

Traaaaa...milo tabur hehe #tetibe je

Sedap nye weyyy...

Ditambah lagi dengan chicken wings belum sempat nak ambil gambar dah kene ngappp..tulang tu jadi hiasan haha

Tak cukup dengan itu (versi tamak haloba) hikhik aku mkan nasi goreng ayam...(ayam lagi??) sampai naik muntah nak habiskan :p gambar tak ambik pulak. masa ni dah lapar tahap makan orang jadi fokus makan tak pandang kiri kanan.

Sampai rumah dah pukul 11 malam jadi apa lagi katil mula melambai-lambai perut kenyang tido tak hengat dunia la aku sampai terlajak tido nasib la vokal mantap mak aku tu dapat membuat aku tersedar bahahaha.. Kalau tak mau pukul 8 aku bangun. Masa ni rasa mak la hero saya huhu.Terima kasih mak.

Sekin cerita teringin aku
Xoxo






Friday, May 23, 2014

Bersyukur masih bernyawa..


Hola..
Salam jumaat
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di pagi ni, masih diberi peluang merasai nikmat dunia dan masih di beri peluang untuk membetulkan kesilapan semalam..terima kasih YA ALLAH.
Beberpa hari yang lepas aku dikejutkan dengan berita kehilangan buat selamanya iaitu salah seorang sahabat aku semasa di ppu sangat sukar di percaya dan buat aku terfikir ajal itu tidak mengenal usia.
Sangat bersyukur masih bernafas pagi ini.

Pagi ini bumi dibasahi hujan. Malas betul nak bagun pegi keja tapi semalam dah cuti (cuti terpaksa :/ uhhh) jadi hari ni pulak semua cuti tinggalkan aku sorang-sorang jadi tugu peringatan kat pejabat ni haha tengah hari yang panjang mana hala tuju..? Ofis je jawabnye dok buat Taik mata bebanyak ahaksss

*setiap yang ada pasti akan hilang
 Setiap yang elok pasti akan rosak
 Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

Xoxo







Tuesday, May 20, 2014

Invitation from Nuffnang...

Hola...
Bangkit...! Jagan tido lagi. Matahari dah tegak jangan nak tido lagi tak elok.(cehhh..ada gaya mak-mak orang tak?) hehe
Macam gitu la aku kena bebel dengan mak kalo bangun tido lewat. Uishhh nyaring betul suara dia walaupun dia ada kat luar bilik je bayangkan kalo dah sampai dalam bilik memang tak nyaman la nak beradu huhu
Sebab tu sekarang sebelum mak keluarkan vokal aku dah bangun..haha(tau takut) ;p





Ok la uolls kembali ke cerita asal aku dapat jemputan dari nuffnang untuk melawat ke kilang mamee. Mula-mula tak tahu sebab  tak bukak pon email tapi macam biasa PA i yang dedikasi lagi efisyen tu yang maklum kan dulu...bahahaha...
Lepas tau je trus aku bukak nak tengok betul ke tidak..

Perasaan dapat jemputan ni happy sangat lama dah tak ikut aktiviti macam ni asyik sebok denagn aktiviti yang tak penting tu je baik join ni dapat jumpa kawn-kawan baru. 

Harap-harap lah terpilih...;)

Sekian
Xoxo

New life-change take time..


Hola.. 
Moning olls 
Hari ini hari melapangkan dada jadi mulkan hari dengan senyuman ;)
Dalam masa beberapa saat macam-macam boleh jadi cara dan tidakan kita boleh menghancurkan semua dan aku belajar dari kesilapan paling besar aku semalam..memalukan hilang kewarasan diri apa yang aku buat??(biarlah rahsia) hikhik biar dia hilang dalam igatan semua yang terlibat tak mau kenag-kenang lagi..

Mungkin dah sampai masa ubah cara keanak-anak kan tu sesuai dengan umur aku sekarang 23 tahun   
Wake up Amira..! Positif, kawal emosi. 

Sepanjang aku nak berubah ni harap semua bagi aku sokongan kalo aku negatif tolong positifkan ye..

"Jadi hari ini saya Amira Mokhtar berjaji akan ubah sikap, kawal emosi dan juga jadi orang yang positif.."


Cuba Ignore semua benda yang tak bermanfaat dan menyakitkan hati..huhu

Nak tumpukan pada benda-banda yang buat aku bahagia dan yang aku minat je..terima kasih PN. Penasihat kerana dah buang batu besar yang mengimpit dada aku ni..sekarang lega sangat ;)

Sekian Xoxo..












Friday, May 16, 2014

Selamat hari Guru..


Hola selamat pagi..
16 mei.. Ada apa dengan tarikh ni? 
hari ini merupakan hari yang bermakna untuk mengenag jasa guru.. Tanpa guru siapalah kita kan 

Tak sabar nak buat entry pepagi ni buat entry khas untuk guru-guru yang penah mengajar aku dari tadika hingga ke tingkatan 6 atas Terima Kasih cikgu walaupun anak murid mu ini tak berjaya seperti yang di harap-harapkan huhu 

Igat lagi kisah aku di tingkatan 2 -kalo tak salah aku la - (mengimbau kenagan la ni hehe) aku minat gile subjek sejarah sebab cikgu aku masa tu selalu bagi perhatian lebih dekat aku..semagat gile abih buku teks aku baca setiap hari mesti gud2 la kalo kputusan sejarah ni tapi masa cikgu tu dapat pindah sekolah ikut suami die terus hilang semangat sekarang tak minat lagi sejarah ni. Huhu 


Sekali lagi Terima Kasih Cikgu kerana sabar melayan perangai nakal kami tapi sekarang dah taubat sedar yang apa yang cikgu nasihat selama ni sebenar nya untuk jadikan kita orang yang berguna..
Tanpa kalian kami tidak mambu mengenal ABC mahu pun mengira 123 
"Guru pencetus kreativiti penjana inovasi"


Xoxo


Thursday, May 15, 2014

Mahu yang baik..


Hola..
Pagi semua..
Lama tidak menghapdate cerita pepagi ni..
Dan nak bagi tau hari ni sy puasa haha #lorat :p
Jadi kena sabar banyak maklum la kalo perut kosong ni hangin nak naik je huhu
So hari ni nak fikir yang baik-baik aje walaupun diri tak baik mane pon :p


Semalam aku rasa memang siksaan jiwa betul mau taknye 

Benda alah ni tertinggal dekat ofis(oh tidakkkkkkk....!) boleh gilak aku jadinya dah la seharian tak mengecaj maklum la malam-malam ni benda alah ni banyak kegunaan nye hehe
Semalam terpaksa off kan untuk menjimatkan batery..dan keadaan aku jadi gini

Urghhhhhhh..hilang arah uolss tu la masaalahnye bila dah gile teknologi ni kalo tak de boleh sasau weyyy. 

Sekian 
Xoxo





Tuesday, May 13, 2014

Aktiviti di hari Ibu..


Hola..selamat pagi selasa 
Terlambat hapdate cite pasal hari ibu ni..lagi lama cuti lagi pemalas hehe

Ceritanye aku dan along telah bergabung tenaga(cehh) hehe untuk menghasilkan cake hari ibu untuk mak kami yang tercinta iaitu Pn.Alina ;)

Ni pavlova lama dah tak buat so kita test buat balik takut lupa..

Dan ini biskut mak aku yg mintak jadi aku yang menurut perintah semperna hari ibu ikut kan je la tapi memang pengsan tapi lega dapat raikan mak apa yang aku buat ni baru sikit berbanding dengan apa yang dah die korbankan untuk aku selama ni dan kami jugak rasa beruntung sebabnya masih di beri peluang menyambut hari ibu bersama ibu tercinta kami.

So selamat hari ibu kepada semua yang telah dan bakal begelar ibu sesunguhnya begitu besar pengorbanan anda kepada kami.. Terima Kasih.






Thursday, May 8, 2014

Jom makan..


Hola..
Selamat petang olls..hehe 

Macam biasa nak tunjuk apa yang aku makan tengah hari ni..
Hari ni de orang bawak merayap so jauh sikit tempat makan hari-hari area ni je tapi kali ni jauh sikit(jauh kerrr??) hehe ok aku tipu dekat je bukit katil tempatnye..dekat kan?


Hari ni tekak gatal makan barat haha masa duit takde ni la nak gatal tekak yekkk haha nasib baik ada sponser.
 kedai makan ni biasa-biasa je tak la mewah kecik je kot tapi cantik dalam die ala-ala english gitu huhu 
 terasa seperti di romantika..(romantika??...oh romantika kau tunggu aku datang...!) 

Cantik kan air die...macam mana nak buat gitu kene belajar ni..hikhik

Sekin sahaja cerita jalan-jalan cari makan aku kali ni..

Xoxo










Friday, May 2, 2014

memilih calon suami yang soleh...


Hola selamat pagi..
Salam jumaat..
Pagi ni satu perkongsian yang aku dapat dari hasil google di pagi hari ni..


“Mak! Timah tak nak kawin sampai bila-bila pun mak. Timah rela jadi andartu kalau tak jumpa lelaki yang sesuai!”
Pernah dengar tak kata-kata nie? Ke ada di antara korang yang pernah mengucapkannya? Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari laki bukan keje main2. Bukan macam nak pilih ikan kembung ke, ikan keli ke kat pasar. Nie soal masa depan nie.
Sebab tulah kebanyakan wanita la nie ada yang rela tak berkahwin sampai tua. Rela jadi andartu. Bukan nak kata memilih, tapi bende penting, takkan nak tangkap muat jer..bangun pagi2, nampak je lelaki pertama, ajak dia kawin terus dengan you…tak boleh jadi ni…tak boleh jadi…
Sebab itulah, jom kita tengok beberapa petua untuk mencari bakal suami yang baik:
1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya.  So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…
2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detectperangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.
3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )
4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak.  Dia hormat ke atau kurang ajar?
5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)
6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-).  So, nilailah betul-betul yer.
7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)
Wah…susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie, lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan di tangan Tuhan belaka. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak. Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:-) Good Luck!

Thursday, May 1, 2014

Selamat Hari Pekerja..


Hola..
Selamat hari khamis dan selamat hari pekerja..
Dalam tak sedar dah nak masuk 3tahun aku begelar pekerja..huhu susah senang aku dah mula merasainya..

Tapi untuk hari pekerja ni aku ke kl untuk teman along interview mula-mula nak suruh die naik bas je tapi memandangkan masaalah nk mencari jalan dekat sini jadi terpaksalah aku ikut
Dan esok cuti la jawabnye...
Kawan saya  fyda adim esok awk sorang-sorang la yekk hihi

Malam ni kita bermalam di sini..

Sedia melurus-luruskan pinggang setelah berjam didalm kereta..
Masa nak cari tempat nak pegi esok..dengan kereta yg sesak tiba-tiba rasa i love MELAKA..huhu
Jap lagi nak keluar p makan..so sekian sahaja entry malam ni..

Xoxo





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...