Be My Followers

Sunday, July 27, 2014

Keampunan Di Pinta...


Hola..
Salam lebaran kosong-kosong... 

Selamat tinggal ramadhan semoga di beri kesempatan untuk kita bertemu lagi tahun hadapan..

Selamat datang syawal bulan bermaaf-maafan.. Ampun maaf di pinta kepada yang mengenali aku mingkin dari percakapan atau penulisan di blog ini menguris hati dan perasaan sesiapa.. Maaf kan kami....! Haha

Kegembiraan tak terkata walaupun sambut raya dengan keluarga kecil kami ini huhu mak ayah along adik pon dah cukup sempurna raya aku.. Mak dah mula bertanya bila nak beraya bersama menantu pulak.. Jawapannya... krik...krikkk... *bunyi cengkerik* hahahaha 


Ni aktiviti malam raya aku..main mercun huhu tapi bukan aku yang main la dok dari jauh je :p

Nak tau cerita 1 hari di hari raya aku tunggu esok ok..

Xoxo



Friday, July 25, 2014

Di penghujung ramadhan..


Hola..
Salam 27 ramadhan..
Sedar atau tak ramadahn hampai sampai ke penghujungnya..
Ramadhan yang agak mencabar bukan agak tapi memang mencabar bagi aku tahun ni..
Tapi tak pe setiap yang buruk terjadi pasti ada hikmah kan? Tuhan ambil sikit je mesti ada ganti yang lagi baik... La Tahzan Myra..

Gembira nak raya nak jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa.
Nak pakai baju baru macam-macam lagi la..kalah kanak-kanak hehe

Agak sedih memikirkan macam-macam tragedi yang jadi.. Terfikir jugak ni ramadhan terakhir aku ke??
Huhu dapat tak nak kumpul semua pahala yang ada???

Go myra...go Myra...! Kata-kata semangat nak pujuk hati hahaha

Xoxo




Wednesday, July 23, 2014

Ayuh Tinggalkan Dia ...


Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya
Entah bagaimana kau sangkut kepadanya
Aku lihat dia taklah sekacak mana
Ai geram hati ku rasa
Di sini ku sedia menggantikan tempatnya
Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya
Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa
Janganlah tunggu lama-lama
Oh sayang sayang sayang sayang
Sejuta kali sayang
Tiada yang ku sayang selain kamu sayang
Sayang ku pada kamu takkan menghilang
Oh rindu rindu rindu rindu
Sejuta kali rindu
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku
Sayang, ku kan setia
Akan ku pastikan kamu bahagia
Takkan ku biarkan kamu menderita
Tanpa rasa cinta
Sayang ku kan mencinta
Lebih dari apa kau dapat darinya
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
Tinggalkan lah dia
Ayuh~
Tinggalkan lah dia
Akan ku binakan mu istana bahagia
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta
Yang akan melindungi kamu setiap masa
Kerna kamu sang puterinya




Xoxo


Monday, July 21, 2014

Bertukar kuih raya..


Hola..
Selamat pagi isnin terakhir di bulan ramadhan huhu
Hanya menghitung hari untuk berhari raya..
Jadi sabtu yang lepas aku menggagahkan diri untuk menyiapkan kuih raya yang tak seberapa tu kihkih
Untuk kali pertama buat kuih raya sendiri uishh lengoh tangan tapi akhirnya terhasil la ini...(gamabr atas tu kuih raya dari kak fyda)

Traaaaa..kuih raya yang tak seberapa dari aku :p 

Semangat buat kuih ni sebab dah janji dengan kak fyda nak bertukar kuih raya..jadi kuat kan semangat membuatnya kalau tangguh tak tau la tahun depan dapat lagi merasa puasa dan raya ni kan hukhuk
Jadi selagi boleh kita buat la tahun ni.. ;p

Tq kak fyda cantik nye kuih raya dibandingkan dengan kuih raya saya..sorry klau tak sedap *sila kunyah dan telan je* hehe

Xoxo 



Saturday, July 19, 2014

Takdir – Opick Feat Melly Goeslaw



Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya
semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Hanya padaMu ya robbi
Xoxo..
Salam ramadhan ;)

Friday, July 18, 2014

Di duga lagi..


Hola..
Selamat pagi jumaat..
Lagi seminggu dah nak raya memang tak sabar semuanya kelengkapan nak raya tinggal di peringkat akhir je hampir sempurna..huhu

Tapi pagi ini kita di kejutkan dengan berita kapal terbang MAS MH17  terhempas. ..macam hilang je rasa nak raya aku tahun ni...walau takda kena mengena tapi tah...tiba-tiba rasa sayu...kita diduga lagi..
Semoga kaum keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini..
Macam biasa kita akan dengar macam-macam versi cerita d sebalik terhempasnya kapal terbang ini tapi semuanya belum pasti sebab sebenarnya.
Tapi percayalah segala yang terjadi atas izin nya dan semua yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Xoxo

Wednesday, July 16, 2014

Bukan dirimu yang salah..



Hola...
Hari ini tiba-tiba terimbas kenagan masa remaja dulu minat gile dengan cerita lakonan shahrul gunawa ni bukan cinderella.. Macam mana boleh ingat?? Ceritanya pagi tadi kak fyda adim sebok bercerita lagu yang die minat dalam drama ramadhan jangan pergi..nyanyian mamat pojaan hati ku dulu jugak hikhik :p  maka terigatlah lagu bukan dirimu yang salah ni..uishhh memang minat habis nak dengar sila ke youtube yek ni aku bagi liriknya..

Di saat ku terjaga
Kau getarkan diriku
Mengapa begitu cepat
Kau mengubah hatiku

Andai sejak dulu
Pasti kita tak begini

Bukan dirimu yang salah
Bila tak bersatu
Terlalu banyak rintang
Yang menghalangi

Namun takkan kuingkari
Kaulah yang terindah
Meski mungkin hanya angan
Yang simpan cinta ini

Adakah aku yang ada
Menemani mimpimu
Bila kau tahu hanya dirimu
Di langkah ini

Bukan dirimu yang salah
Bila tak bersatu
Terlalu banyak rintang
Yang menghalangi

Namun takkan kuingkari
Kaulah yang terindah
Meski mungkin hanya angan
Yang simpan

Bukan dirimu yang salah
Bila tak bersatu
Terlalu banyak rintang
Yang menghalangi

Namun takkan kuingkari
Kaulah yang terindah
Meski mungkin hanya angan
Yang simpan cinta ini

Xoxo


Monday, July 14, 2014

Iftar di hari sabtu..


Hola..

Moning mondayy..
Dah masuk hari ke 16 kita berpuasa makin hampir memasuki syawal huhu
#taksabar3 haha lagu raya pun dah mula diputarkan di radio lagi la melompat-lompat hati ni nak raya :p
 tudung raya tak beli lagi ni tak nak jadi macam tahun lepas baju n tudung baru nk cari malam raya tu yang jadinye bila pakai mengelabo..hukhuk

Ok tak yah cerita raya sangat simpan dulu untuk minggu depan hari ni nak cerita iftar pertama diluar bersama keluarga sejak along dah bekerja di luar melaka. Jadi sabtu lepas berpeluang berkumpul so ayah ajak keluar makan beramai-ramai apa lagi jom serbu OT hehe


Sabtu dah malas nak masak sebab petang aku keluar ke melaka sentaral untuk ambil along..bayak gile kereta sampai jumpa motor kena langgar dengan van nasib la tak jatuh org tu kalau tak lori depan kereta aku memang sah2 gilis die huhh...gerun tengok..

Apa pun iftar sabtu yang lepas memang terbaikk huhu 
Xoxo




Thursday, July 10, 2014

Bersyukur atas apa yang dikurniakan..


Hola ramadhan..
Hari ni dah masuk hari ke 12 masih lagi bersemangat untuk menghabiskan 17 hari lagi ibadah puasa..
Semoga ibadah kita diterima dan mendapat keberkatan..

Xoxo

Friday, July 4, 2014

Rindu anak-anak di taska..


Hola..
Bangun sahur tak? Hehe ;)

pagi-pagi lagi dah timbul mood sedih pilu teringat anak-anak aku di taska..lama tak dengar cerita pasal mereka tapi beberapa hari ni adalah cerita-cerita yang tak berapa enak di dengar.. Salah seorang pelajar dekat situ suruh ummi die call along aku rindu katanya..dan ayat yang menyentuh jiwa dengar "cikgu tak sayang kakak ke?.." "Nape cikgu tinggal kan kakak?" "Cikgu taknak tengok kakak lagi ke..?" Kanak-kanak yang baru berusia 3tahun punya kata-kata sangat menyentuh.  
kesian dan boleh runtun kalbu huhu hari-hari duduk dengan die org masa aku takde keje dulu aku yang mandi kan, tidurkn bagi makan tengok die orang main-main menyanyi macam-macam la..rindu saat itu tapi apa kan daya kan? kita dah jadi orang luar sekarang.haha 

Walaupun aku akui yang aku bukan pencinta kanak-kanak sangat..tapi lepas duduk dengan dieorang tah rasa macam jatuh cinta pulak terigat-ingat mereka setiap masa. Tu yang mula nak nyanyi "sayang apa khabar dengan mu..di sini ku merindukan kamu.." Hihi gilak sudah cikgu di sini :p

Jadi hanya gambar-gambar yang menjadi teman kalau rindu :( 
Nanti raya cikgu-cikgu datang rumah kamu yekk siap kan la duit raya sekali maklum la cikgu ni bawah umur lagi hahahaha :p


Ini lah budak yang mengeluarkan kata-kata itu huh..





Xoxo






Wednesday, July 2, 2014

Aktiviti sementara menunggu waktu berbuka..


Hola..
Tidak berapa enak perasaan beberapa hari ini..tapi semua aku tolak tepi tak mau semua tu rosakan hari-hari aku yang sedia indah dan berbunga cinta ni :p (tangan didada mata keatas) hahaha
Ni cerita si putih ku memang tak dapat dinafikan kekeladakan yang ada pada kereta aku tu sampai tak nampak cermin pandang belakang haha teruk betul.

Semalam ayah tolong isi kan minyak kereta dan dia nampak la kotoran-kotoran keladak yang hade..apa lagi die punya bising sedia je la tadah telinga dengar..huhu ayah aku memang taksuka tengok kereta kotor..anaknye ni pulak kereta kotor pon tak heran janji boleh berjalan :p

Dalam bebelan die tu tiba-tiba nampak di dah angkat baldi,sabun (ayah nak basuh kan latu haha) si putih ku tengah di mandikan aku cepat ambil ipad pe lagi curi-curi ambil gambar ayah..tak dapat ambik gambar depan-depan takut kena marah lagi jadi tak dapat la korang tengok gambar lelaki hensem berbaju merah tu membasuh kereta dengan penuh kasih sayangnya..hihi urghhh sayang ayah..!

Xoxo







Tuesday, July 1, 2014

Murtabak maggi..


Hola moning...(moning tu pagi) bak kata ammar haha

Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan ramdhan ni Alhamdulillah.
Masih di pinjaman kan segala nikmat. 


tahap kerajinan tu tak ada sampai lah semalam terajin sikit buatkan adik murtabak maggi..mudah 
Bahan yang diperlukan maggi,telur,daging dan perencah maggi tadi..tu je kalau nak masuk yang lain tu suka hati.. Tapi aku punya tu kurang telur terkeluar-keluar maggi die haha
Ok le tu janji adik aku dapat makan.. :p

Dan hari ni pulak nak masak apa untuk berbuka ek?? Huhu
#myramokhtar

Xoxo 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...