Be My Followers

Showing posts with label cerite aku. Show all posts
Showing posts with label cerite aku. Show all posts

Thursday, April 27, 2017

Kena Biasakan..


holla..

hari ni dah masuk khamis..
patutnya kegembiraan harusla terukir indah di bibir hakak myra ni.maka bergentayanggan la angan-angan di minda.Cuti ni hakak nak pi tgok FF8 ☹ 
tapi tidakkk... lupakan sahaja sebabnya masaalah biasa..laki kita kena betugas kat luar Melaka. Uuwaaaa... memang sedih la..

si suami dah tau perangai bini die kalau tahu je dia nak kena keluar melaka untuk berhari-hari pasti mood akan bertukar sendu..jadi sebelum nak bagi tau tu dia guna psikologi..belikan apa sahaja yang bini dia mintak...jadi hati si isterinya akan amat senang rasanaya..(tapi kalau aku tau masa tu die nak memujuk aku mintak benda mahal-mahal hahaha) selesai makan higga perut terasa senak.maka dia mula berkata.. "abang kena pegi KL esok ea..sampai selasa minggu depan.." diikuti dengan muka yang sangat sweet...errrrrr

berubah mood aku hari tu berubah sendu...
sobb...sobbb...rasa nak nagis tapi kita nagis dalam hati aje.
maka si suami tadi menambah nasihat..."jangan la macam ni...abang kan keja...dah tugas kena la pegi jugak..." uwahhhh macam zaman perang pulak aku rasa rayat die.

jadi akak nak bagi nasihat...kalau nak kawin dengan laki pakia unifrom 
Image result for suami uniform kartun
cam ni ke or lain-lain kena selalu kena tinggal ni.
tabahkan lah hati..
kalau rasa tak mampu jagan dekat-dekat degan dia orang..kalau dah jatuh cinta kan susah..macam akak ni hahahaha
sekarang ni tengah belajar jadi kuat tabah kalau kena tinggal.
kena biasakan jugak sebabnya jauh lagi perjalanan rumah tangga kami ni.


Sunday, February 28, 2016

Selamat Terbang..

 

 Holla..

salam ahad, semua Selamat berhujung minggu..
masa untuk berehat bersama keluarga..
minggu ni kami bertiga aje..Mak-Ayah-dan Aku...
adik dah tentu jauh dan along pon tak ada pergi bercuti-cuti malaysia. tinggal la aku hukhuk

dan..
 bermula hari ini hingga beberapa bulan akan datang adalah hari bermuram duja bagi aku :/
kenapa?? sebab kawan dah pegi terbang jauh.. 

apa pun semoga pergi dan balik dengan selamat..jangan pegi lama-lama,
cepat-cepat sikit balik hehe #gedikgile :p
jagan lupa beli apa yang saya pesan ok :)

kak fyda adim bersedia untuk menadah teliga :p 
selamatlah mendegar keluhan orang ok

tolak tepi sekejap cerita bermuram durja...fokus pada projek rahsia aku dan si akak Fyda Adim apa itu?? sila tunggguuu...

ok chauuu dulu nak mulakan projek aku yang tertangguh ni bubyeee

Friday, October 23, 2015

October..



Holla..

Sudah lama tak bersiaran...

Tiup sikit habuk-habuk yang dah tebal menutupi blog aku ni hehe

Entah kenapa la malas melanda huhu

Love in october tapi october jugak yang buat aku agak sedikit pusing ya..

Kenapa??

3october tengah happy sambut hari lahir tetiba teringat lesen memandu mati.... Huaaaaa

Nampak tak dia meminta huhu

Maka terpaksa la mengeluarkn duit untuk henghidupkan..

Bukan itu sahaja cukai jalan bagi cik viva aku pon minta dibarukan nampak tak dalam love tu ada yang nk buat menangis huhu



Thursday, October 1, 2015

Birthday Mr.Mike..



Holla...

Oktober datang lagi..

Jadi bermula la bulan untuk menyambut hari lahir bagi kali keluarga Mr. Mike haha

Pembuka tirai oktober kita sambut ulang tahun kelahiran ayah yang ke 53..


"1 october..
Selamat Ulang tahun ayah
Semoga panjang umur 
Murah rezeki
Di kurniakan nikmat kesihatan berpanjagan
Semoga gembira selalu
Akhir sekali semoga cepat dapat menantu hehe"


*nak cerita sedikit pasal kejadian semasa membeli cake untuk ayah semalam. Berhadapan dengan pekerja kedai cake ni yang sangat kuang adap. Bercakap dengan nada yang tinggi. Macam kita takde duit nk bayar, saya datang kedai awk bukn mintak sedekah ea tapi saya bayar. Mentang-mentang la aku pakai selipar dengan bawak beg duit je tambah lagi tak pakai bedak nampak la jerawat-jerawat aku yang memerah tu so kau buat orang macam sampah..hello...!! Awak pon bekerja je kat sana tak payah belagak sangat..!! Tapi berpuas hati la sebab aku dapat bahasakan die semalam. 



   

Monday, September 28, 2015

Menghitung hari..


Holla..

Mulakan hari dengan senyuman yang paling manis.. ;)




Minggu ni minggu akhir bulan september...
Tidak sabar lagi menunggu oktober...yehhhh tak sabar menghitung hari ni..

Kenapa suka sangat hehe 
Jagan salah faham..bukan nak kawin atau apa tapi...........

tak sabar nak sambut hari tua yang ke 24 huhu 

Lagi pun bukan sambut hari aku sahaja tapi sambut hari lahir along dan ayah semua dalam bulan oktober tu yang seronok sangat sambut ramai-ramai ;))

Selamat datang oktoberrr...                         

Friday, August 21, 2015

Kami Sayang Mak Ayah..


Holla..

Hujan lebat di awal pagi membuatkan badan lesu untuk bagun..terasa macam nak merangkak je turun dari katil tapi kalau tak pegi kerja tak ada pulak duit nak bayar hutang-hutang yang keliling pingang ni pulak kan...

Tapi dalam malas-malas tadi cepat jugak aku sampai ke tempat kerja haha boleh layan bawa 80 je kalau tak jangan mimpi la aku dapat bawak macam tu...

Ceritera kami orang bujang si 3 dara duduk di rumah bila mak ayah pegi dating berdua. 
jadi kami di tinggalkan.. Sobsob :( 
tapi mak ayah dah siap belikan makan untuk kami bertiga tinggal ambil sudu dan buat air je..huhu

Mak ayah ni buat kita orang ni macam budak kecik pulak huhu macam la kita orang tak boleh masak sendiri haha






Tuesday, August 11, 2015

K.A.M.I..



Holla...

26syawal

Selamat pagi..
Selamat menikmati syawal yang berbaki lebih kurang 4 hari saja lagi..

Ni cerita KAMI si empat dara cewahhh haha

Setelah sekian lama tak bekumpul bersama akhirnya dapat juga berjumpa di majlis kawin kawan sekolah kami...
Orang lain dah selamat kami?? Haha masih mencari dimana-dimana haha sobb..sobb..
tp yg sorang tu dengar-dengar dah dekat kalau ye..tinggal kami yang betiga je la huhu

Selamat engantin baru kawan semoga bahagia hingga jannah. Amin.

Kawan pertama aku masa tingkatan 2 si budak dayah tu bertudung hitam..sejak dari tu baru aku kenal si budak ezza tudung biru dan tina tudung hijau(die ni paling sopan dan baik la dalam kami berempat ni hehe)..dan ternyata memang ngammm lah sampai sekarang walaupun ada masa selisih faham jugak tapi akhirnya bermaafan jugak. Baik balik

Harap kita bersahabat sampai mati la yeee aku sayang korang muahhh2 :p







Friday, July 3, 2015

Sediakan jawapan..


Indahnya sungguh di hari raya..
Ramainya orang bersuka ria  
Adikku manis cantik bergaya Bolehkah abang ikut bersama...nyanyi pulak yek.. Maklum le tinggal seminggu lebih lagi nak raya huhu . 
(Haa..Abang kalau nak ikut sama boleh meh bawak rombongan meminag sekali ni na)  :p bukan apa bulan-bulan raya ni sedara mara ramai dok mai rumah so pasti akan ada soalan *krikkkk....krikkkk* aku pecaya punya bukan aku yang umur baru abis sekolah ni je yang akan di tanya(baru habis ke??) haha..pasti nye kamu-kamu juga.. Habis hilang semua semangat raya bila terigat akan di ajukan soalan-soalan yang sebegini..kan??..kan?? Hihi (sabaq na)
Kalau boleh la hidup ni macam cerita dalam novel aku dh buat dah  "teman lelaki upahan" opss salah "suami upahan" mula-mula tak suka pastu terus suka tak payah paksa-paksa lagi :p jadi suami time raya je. tapi......realiti tak boleh... :( 
Kalau lah die orang boleh faham yang jodoh tu bukan turun dari langit dan-dan jatuh depan mata kn..tapi susah-susah mentang-mentanglah anak die yang muda dari kita dah kawin sebok la bertanya anak orang pulak.
Jadi selagi itu la kena menjawab soalan cepu emas tu huhu julung-julung kali..dan yang paling stress ialah along aku haha (kesian kamu) sebab dia dah lama abis belajaq umur pun dah bape..so 
Ni la yang aku bagi dekat die dan mungkin kamu-kamu juga boleh mengaplikasikanye hikhik 
"die dekat tapi jauh.." Kalau boleh buat dengan gaya-gaya die sekali :p 
Kalau tak jalan jugak hang p mintak laki dia je la soh masuk meminang hang hehe yang ni pasti die tak tanya-tanya lagi..
Sekian petua mujarab aku huhu
Salam 16ramadhan 
Selamat berpuasa 
Xoxo

Friday, June 19, 2015

vacation tak dijangka..



Holla..
Hari ni nak berbuka apa ek?? Wahh
Pagi-pagi buta lagi dah tanye..hehe
Kalau semalam puasa boleh la dok melengkau dekat atas katil je..tapi hari ini jgn harap..kerja-kerja :(
Tapi kerja itu pon satu ibadah tau jadi kena semangat-semangat pegi bekerja.

Hari tu orang semua sebok kerja aku dah cuti hari ni orang semua sebok cuti aku kena la kerja sape yang nak bayar gaji cuti lelama ni..oii..huhu

vacation ?? Tak yah vacation sangat la tujuan sebenar nak hantar adik ke universiti sambil tu bercuti la sekali alang-alang dah sampai ke terengganu.

Kami mula bertolak hari ahad..perjalanan sepatutnya 6jam tapi sebabkan bayak berhenti makan perjalanan jadi 7-8jam baru sampai. letih memang yang teramat. Dah la sampai sana main terjah je terus cari tempat untuk kami tinggal sementara di terengganu ni dan..


Ini rumahnya..cantik dan selesa..selesai hari pertama.

Ini hari kedua punye cerita.
Pendaftaran si budak ni..
Semua orang buat kan untuk dia sampai sana buat sendiri ye dikk..along dan angah tak ada nak tolong..
Pandai-pandai lah bawak diri di tempat orang(cewahh kita nasihat orang kita tak penah dok jauh dari mak dana ayah) hehe

Selesai pendaftaran kami semua ke bilik dia pulak apa alagi gotong royong kemaskan barang-barang si budak ni..kalau tinggal gitu je mau menangis pulak dia ni :p hehe masa nak tinggalkan dia petang tu dah mula drama dia.."adik nak balik macam mana?" "Ayah adik tak nak naik bas..ayah belikan tiket kapal terbang tau.." Hamboiii kau deman ea.. Hakak-akak kau ni tahan kebas-kebas kaki drive ko sedap je mintak gitu..untung kan jadi anak last? macam tu aku pon nak :,(
Baru berapa hari duduk sana ayah dah belikan tiket kapal terbang untuk adik balik raya ni..kami yang kakak-kakak ni rasa arghhhhhhhhh...! Ini tidak adil :/
Bila kami dah tinggal bertiga. Adik aku dah mula duduk di U. Apa lagi masa untuk berehat samtai dan bercuti huhu jom ke pantai teluk ketapang sambil menikmati satay ikan huhu sedap betul..
Tapi belum sempat menikmati keindahan alam si budak kecik dah mula call macam-macam yang tak cukup..huhu

Hari terakhir di terengganu kita ke pasar payang. Yang ni memang rambang mata rasa macam semua benda nak beli tapi beringat jugak sebab dah nak puasa memang tak ada yang nak makan.
Bayak lagi tempat yang tak sempat nak lawati. Tapi InsyaAllah lepas ni kami ke sana lagi.

Sekian 
Xoxo






Marhaban Ya Ramadhan..



Assalamualaikum..
Holla..
Salam 2 ramadhan.. 
Jumaat pertama di bualan ramadhan.

Marhaban Ya Ramadhan.. Berjumpa lagi pada tahun ini.
Bulan penuh keberkata dan bayak pahala yang boleh di kutip.

Xoxo ;)




Friday, June 5, 2015

Bersyukur..


Holla..
Salam jumaat..
Nak Update entry untuk kakak saya tu tapi masih belum berkesempatan..
Sabar kak ea nanti saya update ok :p



Ni nak cerita pasal pesan dia jugak ni.. Dan2 dia tak ada hari ni baru teringat pesan-pesan dia hihi 
tapi pesanan ini Bukan sekali tapi dah berkali-kali dia pesan. 


Kisah bermula bila semua sebok dengan pertanyaan "bila nak kawin?" Haha so si myra pon berangan-angan la mencari ciri-ciri lelaki idaman :p haha

Perbualan kami macam ni..

A : Kak orang nak yang tinggi, smart.. And..bala...bala...
K : "Kalau dapat yang sempurna belum tentu bahagia" 
A : Tp dia tak hensem kak?? 
K : hensem kalau tak guna buat apa?
A : tapi die tu kan...
K : myra bersyukur la apa yang ada..jangan memilih sangat..
A : tapi...(kata-kata terhenti di situ) 
K : (memendang dengan pandangan yang sangat menjengkilkan) huhu
A : ok fine..!

Xoxo





Tuesday, April 21, 2015

Bila hendphone tertinggal..

Gambar:carian google

Holla..
Selamat pagi
Assalamualaikum dunia..

Semalam selesai puasa 1 rejab...dan yang paling seronok bila berbuka ada orang belanja.. Dari pada petang yang lemau terus segar. :p Haha







Berbalik pada cerita asal..
Disebabkan seronok sangat semalam hari ni dah serabut sebabnya bagun lambat..haha
Bukan tu aje bila dah lambat tu ada je barang yang tertinggal dan serabut bila
Yang tinggal tu handphone aku hukhuk


Masa dekat tadi tak nak pulak ingat bila dah samapai tempat kerja ni baru lah tersedar...adehhh kalau dekat tadi boleh jugak pusing balik ni dah sampai baru teringat huhu (sabo je la)

Hari ni kawan gelak pun tak ada. Dapat bayangkan tak keserabutan aku. Krikkk..krikkkk sangat.

Sekian 
Xoxo




Friday, April 17, 2015

Kenikmatan Teh Ais


Gambar : Carian Google

Holla...

Assalamualaikum....

Hari dah masuk jumaat lagi. Dalam tak perasan dah nak menghampiri Ramadan huhu
misi menganti puasa masih belum langsai. Kuat kan semangat minggu depan mesti habis. Harap-harap tak ada la ganguan-ganguan dari syaitonn..hahahaha



Hari ini memberanikan diri minum teh ais..uwahhhhh berani sungguh Myra Mokhtar jangan jap lagi muntah terbelahak sudah :p

Air ni dah lama aku tak ambik.. masa menulis ni pon dah mula rasa "mabukkk...datang lagii.." haha (suruh fyda adim yang nyanyi)

Sekian entry ringkas petang ini..

xoxo
                                                                                                                                    



Thursday, March 19, 2015

Nak masin tak nak manis..

Holla..
Bukak blog aku kena tiup-tiup sikit sebabnya dah penuh habuk bersarang labah-labah hahaha
Si guru besar blog pon dah menyanyi-nyanyi kat telinga aku ni bila nak update....bile nak update...?? Uhh sangat tidak menyenangkan.

Semalam sebok semua bercerita pasal nasi goreng yang aku buatkan untuk fyda adim..nasi goreng nye biasa je yang pastinya tak sedap pon ianya di akui oleh mak dan ayah aku sendiri haha si kak fyda tu saje kn...
Memang la aku letak sesuatu dalam nasi goreng tu..?? Sesuatu?? Jenggg...jenggg..jenggg(sila bygkn bunyi sound effect tu) hahahaha 
Tolong jagan fikirkan yang bukan-bukan ye..i tak guna mak esah ea hihi 
Aku letak dalam nasi goreng tu lobak asin. Tu yg rasa die lain sikit n sedikit lada sulah.. lain semua sama macam nasi goreng biasa.

Nak cerita pasal lobak asin ni sepatutnya bila aku letak lobak asin dia jadi masin la.. Tapi lain pulak ceritanya aku letak lobak asin tapi rasa maniss OMG....!  Bila belek-belek tengok plastik yang aku beli tu rupa nya die tulis lobak manisss huhu sabo je la. patut nasi goreng rasa manis je ini lah puncanya.. Krikkk..krikkk sangat. Huhuhu

Moral of the story adalah...kalo bebelanja tu sila pastikan apa yang anda beli tu betul jagan pakai ambik dan campak dalam bakul tu je.walau bungkusan die sama tapi label die lain..

Sekian 
Xoxo

Friday, November 14, 2014

Misi menyahkan jerawat..


Holla..

Hari ini masuk hari ke 5 aku menjalankan misi menyahkan jerawat haha(mampu ke??) kalau boleh nak tampalkan sahaja jerawat ni di dinding-dinding yang ada.
Mampu ke tak kena jugak abih muka aku dah lubang-lubang dimamah jerawat hukhuk dah ramai tegur  kenapa muka aku teruk macam tu..nenek aku yang penglihatan dah kurang tu pun dah nampak siap tanya "apa yang hitam-hitam dekat muka ko tu ngah?" Tu yang buatkan aku rasa kena jugak hilangkan.
Aku faham kalau korang tak perasan jerawat tu sebab aku pengguna tegar camera 360 dalam gambar bersih uolls haha kau tengok depan-depan..huhu
Dalam nak menjalani misi ini jugak bayak dugaan masa ni jugak la mak aku nak masak sotong masak lemak,cucur geragau dan macam-macam lagi. memang menguji...aku makan jugak tapi buat rasa je tak nak bagi kempunan makan 1 pastu telan ayaq liur je..

Traaaaa.. Ini makanan aku sekarang..biasa aku namakan (makanan mahluk bertanduk/tumbuhan hijau) hihi dah lama aku tak makan sebab pahit bakkanggg..kelat je tekak kalau makan tapi sekarang memang sedap rasanyee.. :p haha (poyoss sagat) tak tau la berjaya ke tak misi aku ni..Harap berjaya la..korang doakan yekk ;)
Xoxo


Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia..


Halo..
Selamat hari Malaysia..
Jadi hari hi dapat la melurus-luruskan pinggang di rumah.
Bila dh dapat cuti sehari ni mula la perasaan malas nak keje tu datang gerrrrrr...

Bila di rumah apa lagi jom ke dapur..
Traaaa..roti jala untuk minum petang..jemput tengok semu..

Xoxo


Thursday, August 28, 2014

Terkunci di bilik kecil...


Holla..
Dalam banyak-banyak entry aku yang ni paling tak best nak cerita..tapi atas pemintaan ramai jadi aku hasil kan lah juga entry ni (tak sangka ramai rupanya pembaca tegar blog picisan aku ni) hahaha nak berkongsi tentang pengalaman aku yang terkunci selama beberapa minit di dalam bilik kecik dan sempit. Bilik apa?? Toilet uolss.. Hukhuk

Punya la kecut perut aku bila pintu toilet tu tak terbuak mula-mula dh nak nagis rasanya tapi aku kuat kn semangat try..dan try.. Mana la tau ada keajaiban yang berlaku pintu tu boleh terbukak kn
Sampai la naik lenguh tangan aku dah berserah je dalam otak dah fikir abis la aku.. dah la petang mesti orang tak perasan yang aku terkunci dalam ni...takuttt...! "Kejap lagi gelap ada hantu..Urghhhhhh :( :(  kalau mati dalam ni cam ne?? Esok baru orang jumpa aku hukhuk tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk....!" Tu adalah pekara yang dok main-main dalam kepala aku masa tu.

Tapi aku tak putus asa cuba lagi nak bukak pintu tu aku rentap sekuat hati n Alhamdulillah...syukur Ya Allah..ada jugak orang yang perasan aku dekat situ... Mula la datang hero2 yang datang menyelamat sampailah aku dapat keluar dari situ..sangat beryukur..kalau tak de korang semua memang aku dh mati kering dalam tu..maaf tak sempat nak cakap terima kasih sebab aku nebes+malu gila bakkk angggg...! Rasa nak tutup muka je bila keluar..  gigil tangan walaupun boleh amek gambar dengan senyum masa tu tapi dalam hati..tuhan je yang tahu..

Ni lah gambar aku masa masi terkuci dalam toilet nampak releks je kan...haha kau tak tau dalam hati dup..dap..dup..dap..lambat sangat nak keluar ni..huhu

Sekian kisah paling tak best dalam hidup aku..hope semua dah berpuas hati saya dah tulis cerita ni dalam blog yekkk..

Xoxo

Sumber:gambar fon sendiri & google dan dah di ubah suai mengikut situasi aku.

Thursday, August 21, 2014

Banjir..oh...banjir..


Holla..
Moningg..
Pagi ni langit menagis haha tapi tagisan hari ni tak membuat kan melaka banjir macam minggu lepas..
Dan termasuklah kawasan rumah aku..

Tak pernah dalam sejarah kawasan rumah aku naik air tapi minggu lepas die naik dah la rumah tepi tu sungai.

Masa pagi aku nak keluar rumah kawasan gelap memang tak nampak apa2 aku jalan tiba-tiba tgok jalan dh penuh dengan air masa tu aku rasa macam dah jadi orang pulau keliling semua air je nasib tak jalan depan lagi kalo tak..memang sah2 kereta masuk sungai air deras penuh atas jalan.susahnye hati masa tu..hukhuk 
aku tak boleh cuti sebab cuti yang ada tu tinggal untuk kegunaan lebih penting bulan 9 nanti... nak tak nak aku tunggu smpai banjir tu surut sikit baru gerak p keje tapi tengok tebing sungai dah runtuh sikit jalan yang sedia kecik tu jadi lagi kecik..(kecik besau hati nak jalan).. kol 10 baru sampai tempat kerja..

Pagi ni bila dengar je bunyi hujan hati dah mula risau jangan banjir..

Xoxo

Thursday, June 12, 2014

bosannnnn......!

hola ...

Selamat tengah hari, hari ni aku kebosanan tanpa kawan gelak tawa bukan kawan gelak tawa je tapi seluruh ofis ni tak de yang ada macam biasa aku penunggu gua hahahaha
internet di ipad pon dah habis lagi tambah sasau aku huhu

jadi hari ini guna PC kak fyda untuk menghapdate cite smbil berangan buat macam meja sendiri :p
sambil tu layan baca blog "warkah buat isteri" ni abil4fauziah.blogspot.com mana nak cari suami yang macam ni sangup jaga isteri masa sakit..kagum sangat. sayu hati.

xoxo

      
                                                                                                       
                                                                                  

Friday, May 23, 2014

Bersyukur masih bernyawa..


Hola..
Salam jumaat
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di pagi ni, masih diberi peluang merasai nikmat dunia dan masih di beri peluang untuk membetulkan kesilapan semalam..terima kasih YA ALLAH.
Beberpa hari yang lepas aku dikejutkan dengan berita kehilangan buat selamanya iaitu salah seorang sahabat aku semasa di ppu sangat sukar di percaya dan buat aku terfikir ajal itu tidak mengenal usia.
Sangat bersyukur masih bernafas pagi ini.

Pagi ini bumi dibasahi hujan. Malas betul nak bagun pegi keja tapi semalam dah cuti (cuti terpaksa :/ uhhh) jadi hari ni pulak semua cuti tinggalkan aku sorang-sorang jadi tugu peringatan kat pejabat ni haha tengah hari yang panjang mana hala tuju..? Ofis je jawabnye dok buat Taik mata bebanyak ahaksss

*setiap yang ada pasti akan hilang
 Setiap yang elok pasti akan rosak
 Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

Xoxo







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...