Be My Followers

Showing posts with label Masakan Dari Rumah. Show all posts
Showing posts with label Masakan Dari Rumah. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Asam pedas untuk dia..


Senyum..senyum selalu..tiada seindah senyuman mu ;)
Holla..
Selamat pagi ahad..senyum je walaupun esok dah mula rutin kerja seperti biasa yekk

Lama jugak blog aku ni sunyi sepi dari sebarang entry atas sebab-sebab yang tak dapat di elakan.
Tiba-tiba hari ni keluar entry "Asam pedas untuk dia" siapakah dia?? Hahaha ni semua penangan novel dan drama yang tengah bersiaran di tv3 "Asam pedas untuk dia" aku suka en ziyad :p tu yang semangat nak belajar masak asam pedas.  Mana la tau ada encik Ziyad lain yang sangkut kat aku hahahaha sat-sat nak pikir umah sape yang nak pakai orang gaji ekkk. aku nak kerja tapi majikan kena hensem gak la macam ziyad tu na...harini gak aku buleh mula kerja :p  Bahahahahahahahahahaha

Dah lah kali pertama memasak asam pedas ni lepas tu mak den puji bangga la kita kejap. Kembang hidung hikhik tapi sampai sekarang aku tak tau pon ikan apa yang aku masak tu.. Pakai ambik je ikan yang ada dalam peti sejuk tu lebur je dalam asam pedas tu cuba-cuba nasib kalau jadi ok la kalo tak dengar  jela mak aku buat ceramah bebas.

Ok cukup sini ja dulu nanti sambung lagi na.. Aku nak p cari en. Ziyad jap. nak mintak kerja . 
kbye... 

Xoxo







Monday, December 22, 2014

Cuti di rumah..


Holla..
Selamat kembali bekerja..
Hujan pagi-pagi ni melemahkan semangat nak kerja je kan. Dua hari kita dekat rumah pagi-pagi lagi matahari dah menegak atas kepala dan2 nak p kerja pagi ni pulak la hujan..macam nak suruh tarik selimut balik je. Tapi apa kan daya itulah yang dinamakan DUGAAN...hahahaha

Sabtu ahad aku kali ni memang sebok sangat buka sebab pegi berjalan atau apa tapi sebab aku mengemas bilik yang dah macam pusat pelupusan sampah haha berlonggok-longgok baju penuh atas katil sampai nak tido pon susah hehe (gile punye pemalas ) :p 

Hari sabtu belajar masak ayam masak merah.nak jugak masak merah.tak putus asa nak belajar masak merah ni pasni boleh bagi si fyda adim rasa jadi ke tak macam die masak(tapi kalau berkesempatan la)haha gambar tak sempat nak ambik sebab baru nak pegang ipad mak aku dah bising kejap-kejap ambil gambar. jadi mati kan saja hasrat tu huhu .sebenarnya aku ni bukan rajin sangat nak masak tapi mak aku yang bising hari-hari die masak sabtu ahad nak Rasa air tangan anak dara die yang kalau masak tak penah menjadi ni hikhik.kadang pelik gak mak ayah aku ni dah tau anak die tak berbakat nak jugak suruh..tapi aku ambil positif lama-lama pandai la. Krikkk...krikkkk...hahaha

Semalam pulak belajar buat lepat ubi. Pestime myra buat semuanya sendiri berjam aku ambil masa nak melipat daun pisang tu. bisa aDa pembantu ni pembantu dah p jalan-jalan tinggal la saya terkontang knting dan hasil nye sila rujuk gambar di atas ;)

Sekian cerita dari dapur , cerita dihari cuti dan cerita myra belajar masak...:p
Xoxo




Wednesday, November 19, 2014

Semalam di rumah..

Holla..
Semalam saya cuti jadi Hari ini kembali bekerja.. Biasa la mood baru mula kerja bermalas-malasan. Di tambah lagi dengan fyda adim ang bercuti hari ini huaaaaa malass....! 
Tapi dalam malas-malas aku ni pagi tadi keluar rumah awal 6.27 patut la golap..hehe

Ok..semalam di rumah macam biasa macam-macam keja aku akan buat kejap je dah petang. Pagi hari hantar kereta ayah di bengkel, lepastu balik rumah kemas-kemas, mak ajak pegi beli lauk tapi lain pulak tempat dia ajak singgah pegi kedai cermin mata. Crmin mata yang lama dah tak nampak. (ada kaitan tak dengan lauk ke??) haha. aku layan kan jugak sementara cuti. Duduk la menangok situ dari kedai tu baru bukak sampai jejak 12 tgh ari..mulanya nak masak perut masak lemak dah tengah hari buta mana nak jumpa lagi balik je terus masak je apa yang ada dalam peti sejuk tu.

Petang sambung lagi jalan mak aku tu macam-macam tempat yang dia nak p rasanya 1hari tak cukup. 
Lepas magrib baru la dapat sambung masak memasak di dapur.. Nak tunaikan permintaan mak nak makan kek pisang..dan nak tunjuk ragi dosa yang baru aku beli kepada fyda adim aku sambung buat roti pulak. Tengok roti aku dalam gambar atas tu letak kismis tapi lepas sapu pelanta atas dia gugur terus. Salah teknik tak apa lain kali cuba lagi ;p.  pagi ni bawak roti tapi kak fyda adim tak sihat so tak ada rezeki dia nak rasa sobsob :,( sedih 
Tapi tak apa lain kali boleh buat lagi. 

Xoxo

Thursday, September 18, 2014

Resepi bun manis..


Holla..

Semalam semagat apa yang merasauk tiba-tiba tengah malam rajin nak membuat roti dan hasil nya macam dalam gambar dekat atas tu cantik tak? Hehe

Sebenarnya resepi ni dah lama aku ambil dalam satu perkongsian di dalam facebook sebab dah lama tu jugak la aku dah lupa page yang mana aku ambik maklum la bayak sangat like pasal masak-masak(macam makcik-makcik uolls) hehe yang pasti nya ini bkan resepi aku cuma tolong share kan je.
Aku dah try dan menjadi aku nak kongsi bagi korang pulak yang cuba resepi yang ringkas ni..

*jem dalam roti ni bleh pelbagai so ikut la citarasa korang nak letak apa pon kalo yang kosong pon dah sedap.

Selamat mencuba 
Xoxo


Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia..


Halo..
Selamat hari Malaysia..
Jadi hari hi dapat la melurus-luruskan pinggang di rumah.
Bila dh dapat cuti sehari ni mula la perasaan malas nak keje tu datang gerrrrrr...

Bila di rumah apa lagi jom ke dapur..
Traaaa..roti jala untuk minum petang..jemput tengok semu..

Xoxo


Sunday, August 24, 2014

Kastard Jagung..


Holla..

Hari ini dirumah jadi apa lagi jom memasak...! :p

Sebenarnya dah lama nak buat kastard jagung ni cuma masa tak mengizin kan asal cuti ada je tempat yang nak pergi tak pun ada je kerja yang nk buat dan hari ni traaaa... Jemput tengok korang hehe
Berjaya jugak menghasilkan dengan tunjuk ajar dari mak. Mak kata ni resepi arwah nenek..so boleh la korang cuba..

Bahan-bahan dan cara:

1cawan tepung kastard
1cwn gula halus
5cwn santan 
1/2 tin jagung manis atau kalau nak letak lebih pun boleh ikut cita rasa korang
Kacau sampai kilat nampak macm berminyak tu dah masak la..so tung dalam loyang dan sejukan..

Selamat mencuba...
Xoxo


Sunday, August 10, 2014

Cerita dari dapur..


Hola..
Selamat petang ahad.. Kejap je dah ahad tak puas rasanye nak duduk rumah tapi apa kan daya kite ni keje kalo nak duduk rumah lama-lama sila amek cuti sendiri ye dak? Hehe 

Semalam seharian berjalan-jalan dengan mak hari ni seharian di dapur 
Aku suka kek coklat mak suka kek buah jadinya kita buat 2 kek sekali..yang coklat aku buat sikit je dan hasil nya ini

Traaaa...hehe

Cukup la untuk tekak aku je tak yah bebanyak semua orang nak makan sangat kek buah tu ha..makan..! Malas nak bertekak ngan mak..
Tapi hari ni pencapaian yang terbaik untuk aku apa mak aku cakap ye kan je..(caye tak? Haha) kalo tak melawan je kejenye hari ni mood sopan santun sampai :p cettt hikhik

Xoxo

Tuesday, July 1, 2014

Murtabak maggi..


Hola moning...(moning tu pagi) bak kata ammar haha

Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan ramdhan ni Alhamdulillah.
Masih di pinjaman kan segala nikmat. 


tahap kerajinan tu tak ada sampai lah semalam terajin sikit buatkan adik murtabak maggi..mudah 
Bahan yang diperlukan maggi,telur,daging dan perencah maggi tadi..tu je kalau nak masuk yang lain tu suka hati.. Tapi aku punya tu kurang telur terkeluar-keluar maggi die haha
Ok le tu janji adik aku dapat makan.. :p

Dan hari ni pulak nak masak apa untuk berbuka ek?? Huhu
#myramokhtar

Xoxo 




Tuesday, May 13, 2014

Aktiviti di hari Ibu..


Hola..selamat pagi selasa 
Terlambat hapdate cite pasal hari ibu ni..lagi lama cuti lagi pemalas hehe

Ceritanye aku dan along telah bergabung tenaga(cehh) hehe untuk menghasilkan cake hari ibu untuk mak kami yang tercinta iaitu Pn.Alina ;)

Ni pavlova lama dah tak buat so kita test buat balik takut lupa..

Dan ini biskut mak aku yg mintak jadi aku yang menurut perintah semperna hari ibu ikut kan je la tapi memang pengsan tapi lega dapat raikan mak apa yang aku buat ni baru sikit berbanding dengan apa yang dah die korbankan untuk aku selama ni dan kami jugak rasa beruntung sebabnya masih di beri peluang menyambut hari ibu bersama ibu tercinta kami.

So selamat hari ibu kepada semua yang telah dan bakal begelar ibu sesunguhnya begitu besar pengorbanan anda kepada kami.. Terima Kasih.






Saturday, April 19, 2014

Makan tengah hari..


Hola..
Selamat petang masa sangat mencemburui aku hari ni kejap je dah petang tak dapat nak tido lagi huhu
Hari ni memang betul-betul bertugas sebagai bibik dari pagi kemas rumah mop lantai 1rumah cuci bilik air pastu keluar bli barang masak tengah hari uhhh letih tak terkata kalau ikut kan hati dah lama aku tido tapi nak menyahut cabaran hilangkan kuat membuta ni..mampu ker?.. Haha


Siakap kukus dan juga kerang...

Sekarang nak siapkan 


Ini....apakah?? Hehe tunggu......!

Xoxo





Tuesday, March 11, 2014

Laksa goreng..


Hola..
Selamat tengah hari..
Misi berjimat jadi pagi-pagi aku dah bangun untuk memasak (aku masak ke?) haha hari ni tak aku sapu   Roti je (gambar roti tak de sebab dah habis makan) laksa goreng tu along aku yang masak..
Cakap pasal laksa goreng ni kawan aku fyda adim tak pernah makan jadi hari ini nak bagi dia rasa.  Tak sabar nak makan sebab perut dah keroncong dan dah lama tak makan ni 
So selamat tengah hari dan selamt menjamu selera.

Wednesday, March 5, 2014

Pagi lebih indah..


Moning ollss...
Hola.. Hari ni pagi-pagi dah menghapdate blog hehe semuanya awal dan lancar pagi ni dan pagi-pagi dah dapat msg dri orang yang dah lama menghilang (kene cite ea) hahaha 

ok kembali ke cerita asal 
Pagi ini aku bagun lebih awal dari biasa pukul 5.30 pagi dah mula bersilat-silat di dapur(bak kata fyda adim) huhu sekarang dh mula rasa mengantok yang amat tapi sebabkan semangat untuk berjimat memenuhi misi aku terpaksalah...

Hari ini semua masak sendiri tak tahu ape rasanye..hehe 




Semoga segalanya akan lancar dan lebih indah...

Selamat hari rabu semua ;)

Monday, March 3, 2014

Aktiviti sepanjang 2 hari..


Hola..
Selamat pagi semua(ala2 upin dan ipin) haha
Sabtu dan ahad aku kali ini agak membosankan bila along aku yang sepatutnye balik sabtu lepas tapi last2 dia call cakap tak dapat balik kena dok KL lagi seminggu stresss gile aku sebabnya dh berangan nak ambik dia dekat MC dah tu terus ke merlimau nak pegi rumah orang kawin..dia tak jadi balik jadi harapan aku pun terkubur je lah macam tu..argggghhhhhhhhhh (jerit sekuat hati) haha nampak tak betape kecewanye aku tu :/

Dok terperuk dekat rumah jadi ni lah hasil kerja cuti2 malaysia aku ni kn..haha
Sabtu malam ayah aku terigin nak makan kek pisang katanya so aku pon mula operasi kek pisang aku tu selesai pukul 11 tak salah aku..  #sayasayangayah hahaha

Ahad pulak sambung buat lepat ubi pulak aku memang tak abis dengan ubikan? Haha sbnarnya nak habiskan ubi-ubi dekat rumah tu sebelum VAVI dekat hutan blkang umah aku tu makan baik aku kutip dulu haha

Lupa nak ambik gmbr hasil dalam dia.. Tgok magkuk dia pon cantik haha
Ni aku masuk je tak sempat nak letak atas pinggan cantik sebab ramai yang tengah menanti nak makan huhu

Aktiviti yang selain dari membuat kuih muih pada waktu cuti ini ialah duduk dalam bilik dan karok dalam bilik dengan sepenuh hati sampai hilang sura  nak jugak nyayi walau suara mmg kelaut je haha tension jiran-jiran mendengo.. Nak buat macam mane tu je la cara yang boleh ilangkan kebosanan yang melampau ni..sorry yek jiran-jiranku hahahaha

Sekin entry cerita sabtu ahad aku yang agak membosankan
XOXO










Friday, February 21, 2014

Bingka ubi..


Hola..selamat petang
Entry yang tertunggak dari aku huhu
PA aku fyda adim dah bising jadi aku keluarkanlah 1 entry dulu yek yang lain menyusul kemudian hehe

Ceritanya petang ni pasal
Mak aku yang teringin sangat nak makan bingka ubi siap cari kan aku resepi suruh aku buat.. Pestime aku buat kuih melayu lama2... Mula-mula aku malas jugak tapi bila tengok beria mak aku cari buku resepi bagi kat aku cakap nak makan.
Dan selepas mencuba ini lah hasinya..


Dah lama tak makan bingka tak tahu rupa dia macam mana..jadi ke??haha
Pedulikan jadi ke tak yang penting mak aku dah dapat makan #lega

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...