Be My Followers

Showing posts with label Kisah Keluargaku. Show all posts
Showing posts with label Kisah Keluargaku. Show all posts

Friday, July 28, 2017

Aku Dan MR. ARMY...


Holla..
Lama tak bersiaran di alam blog ni hehe
maklum le sebok dan penat dengan keja-keja harian..
malam ni kena tinggal sorang sorang dekat ruamah...so baru la boleh membelek komputer 
kalau tidak memang dh kene sound "dari tadi duduk hadap benda tu je ke.." paling deep ayat tu..sebab tu aku malas nak bukak dan lama-lama berhabuk dan bersarang le blog teman..

Aku dan MR.ARMY...hehe tajuk nak ala-ala novel gituuww haha
dan MR.army itu adalah suami aku...setahun dah aku melayarai bahtera degan dia..huhu Syukur...masih lagi kami bertahan semoga kekal hingga ke JANNAH..Amin...

dan 
dah setahun jugak aku dah jarang nak meghapdate cite dalam ini blog rindu..tapi apa kan daya..sebelum dapat ayat-ayat yang menyakitkan hati baik aku tak bukak langsung blog ni...huhu

malam ni MR.ARMY aku tak ada kat rumah biasalah keja memang tak menentu kalau kena panggil tengah malam pon dia pegi...tengah tido pon melompat bangun sarung loreng..kau rasa..????
aku tengok aku yang penat huhu
bila die tak ada ni la aku berkesempatan nak bukak dengan aman dan damai..haha
tapi malam-malam sorang sorang macam ni seram jugak tiba-tiba rindu pulak kena perli dengn dia hehe tetiba sangat..errrr

esok last day berfoya-foya dengan dia hahaha pastu nak kena tinggal lagi seminggu...kena tinggal tu wajib bila dah bergelar wife army.. sikit-sikit aku belajar terima tapi kadang-kadang datang mood gedik...mula la aku buat drama lingan air mata dengan dia haha #akuwanitabiasa kihkih ツ 

rindu
gila tak rindu kalau tugas dia tak sebok boleh la call selalu kalau tak beberapa minit je pernah beberapa saat...tu memnag paling runtun qolbu huhu satu patah suara dia kelur di hung talian tu rasa nak menitik air mata...sebulan aku #menahanrindu haha akhirnya berjaya...dan bila die balik kurus kering macam tak makan setahun bini mana tak sedih..tapi aku akui itu tugas dia nak tak nak kena jugak belajar biasakan diri. harap dia tak keluar negara lagi la..dah la berbulan, nak call pon susah. mahalll gile uhh..kopak mak nakkk

dulu tak nak
memang itu hakikatnya aku tak nak laki askarr...ndak mau aku kawin askarrrr....tapi ni namanya jodoh..tolak-tolak, benci-benci,main-main kan orang akhirnya.. #diasuamiku 

kadang-kadang aku faham juga
kenapa dia marah kalau aku hadap komputer ni lelama, maklum le dia buka selalu ada..kalu aku balik.. dia pegi keja, kalau aku pegi keje..dia balik, kadang-kadang aku dah tido..dia baru balik keja... nak perhatian ye sayang ..kehkehkeh

ok la panjang lebar bebelan hakak malam ni(mentang-mentang laki non hado di rumah hehe)..nak ke next entry pulak..
daaaaaaa....

XOXO
Love シシ
Myra Mokhtar

Thursday, April 27, 2017

Kena Biasakan..


holla..

hari ni dah masuk khamis..
patutnya kegembiraan harusla terukir indah di bibir hakak myra ni.maka bergentayanggan la angan-angan di minda.Cuti ni hakak nak pi tgok FF8 ☹ 
tapi tidakkk... lupakan sahaja sebabnya masaalah biasa..laki kita kena betugas kat luar Melaka. Uuwaaaa... memang sedih la..

si suami dah tau perangai bini die kalau tahu je dia nak kena keluar melaka untuk berhari-hari pasti mood akan bertukar sendu..jadi sebelum nak bagi tau tu dia guna psikologi..belikan apa sahaja yang bini dia mintak...jadi hati si isterinya akan amat senang rasanaya..(tapi kalau aku tau masa tu die nak memujuk aku mintak benda mahal-mahal hahaha) selesai makan higga perut terasa senak.maka dia mula berkata.. "abang kena pegi KL esok ea..sampai selasa minggu depan.." diikuti dengan muka yang sangat sweet...errrrrr

berubah mood aku hari tu berubah sendu...
sobb...sobbb...rasa nak nagis tapi kita nagis dalam hati aje.
maka si suami tadi menambah nasihat..."jangan la macam ni...abang kan keja...dah tugas kena la pegi jugak..." uwahhhh macam zaman perang pulak aku rasa rayat die.

jadi akak nak bagi nasihat...kalau nak kawin dengan laki pakia unifrom 
Image result for suami uniform kartun
cam ni ke or lain-lain kena selalu kena tinggal ni.
tabahkan lah hati..
kalau rasa tak mampu jagan dekat-dekat degan dia orang..kalau dah jatuh cinta kan susah..macam akak ni hahahaha
sekarang ni tengah belajar jadi kuat tabah kalau kena tinggal.
kena biasakan jugak sebabnya jauh lagi perjalanan rumah tangga kami ni.


Thursday, March 17, 2016

Tugasan Berubah::Sejak Bila Jadi Hakak Sado ni??






Holla..

untuk pertama kali dalam hidup aku rasa masa terlalu lambat untuk berputar.huhu taksabar nak ke bulan 5 dan 7. Merupakan bulan yang penting untuk aku. tak sabar nak mengakhiri semua ini.(acehhwahh) makin poyo ayat aku akhir-akhir ini :p

Sudah beberapa minggu ini keletihan yang melanda diri..

maklum la setelah orang kuat rumah patah tangan.  jadi tugasan orang kuat tu beralih tangan kepada aku. aku lah supir(pemandu)aku lah jugak bibik(pembantu) dan semua yang sewaktu dengan nya.. sampai pernah aku memandu smbil pejam mata kejap(ini tidak elok ye) karang pejam-pejam tak celik-celik pulak. tapi tu memang dah letih sangat tak boleh tahan tawakal ajee.haha ada hari-hari pulak aku nak kena bawa pilot yang dah cedera tu p hospital. bergilir-gilir dengan ayah sebab mana boleh nak keluar tiap-tiap minggu kan. buat kena maki je. aku pon malas nak keluar tapi terpaksa la jugak. mana datang adik beradik lain nak menolong aku jela yag hado.

Cuti hujung minggu penuh dengan jemputan kahwin kawan-kawan dan saudara mara ayah. so tugasan supir tanpa henti memandu. haha bila pilot tak boleh memandu co pilot mengambil alih. memang letih abis tugasan di rumah kita sambung tugasan lain pula. aku pon tak perasan sejak bila aku jadi hakak sado macam ni sampai lah along tegur..

Along: "kau tak letih ke dah seharin buat kuih sambung jadi pemandu sampai ke malam pusing satu bandar melaka..? aku yang duduk sebelah pon dah letih.."
Aku: "aha ek..." *sambil senyum*

sejak itu lah aku perasan yang aku dah tak lembik lagi.semua pegi sendiri,buat sendiri, tak boleh bergantung lagi dekat orang lain. Jadi kakak-kakak pulak.

nak buat macam mana nak ke tak kena gagah jugak la.

malam-malam pulak mau ngedate sama kawan aku yang jauh tu. waktu tak sama.. jadi sedia bersengkang mata. hari-hari tido 3 pagi haha(sanggup kauuu) bagun pagi muka macam zombie.. haha esok pulak tugasan tambahan pagi-pagi sebelum subuh aku kena siap sedia nak ambil adik tercinta(tetiba jadi hakak penyang pulak heee)tengok lah tertongeng ke tak aku esok. untuk itu bertabah la..



ini gambar contoh kami berinteraksi..kalau betul idok le gini gamaknye muka aku dengan muka kawan tu huhu

 ok lah dapat tgok gini dari tak tengok langsung huhu

sekian,
xoxo

sumber gambar:: En.Google


Thursday, October 1, 2015

Birthday Mr.Mike..



Holla...

Oktober datang lagi..

Jadi bermula la bulan untuk menyambut hari lahir bagi kali keluarga Mr. Mike haha

Pembuka tirai oktober kita sambut ulang tahun kelahiran ayah yang ke 53..


"1 october..
Selamat Ulang tahun ayah
Semoga panjang umur 
Murah rezeki
Di kurniakan nikmat kesihatan berpanjagan
Semoga gembira selalu
Akhir sekali semoga cepat dapat menantu hehe"


*nak cerita sedikit pasal kejadian semasa membeli cake untuk ayah semalam. Berhadapan dengan pekerja kedai cake ni yang sangat kuang adap. Bercakap dengan nada yang tinggi. Macam kita takde duit nk bayar, saya datang kedai awk bukn mintak sedekah ea tapi saya bayar. Mentang-mentang la aku pakai selipar dengan bawak beg duit je tambah lagi tak pakai bedak nampak la jerawat-jerawat aku yang memerah tu so kau buat orang macam sampah..hello...!! Awak pon bekerja je kat sana tak payah belagak sangat..!! Tapi berpuas hati la sebab aku dapat bahasakan die semalam. 



   

Friday, August 21, 2015

Kami Sayang Mak Ayah..


Holla..

Hujan lebat di awal pagi membuatkan badan lesu untuk bagun..terasa macam nak merangkak je turun dari katil tapi kalau tak pegi kerja tak ada pulak duit nak bayar hutang-hutang yang keliling pingang ni pulak kan...

Tapi dalam malas-malas tadi cepat jugak aku sampai ke tempat kerja haha boleh layan bawa 80 je kalau tak jangan mimpi la aku dapat bawak macam tu...

Ceritera kami orang bujang si 3 dara duduk di rumah bila mak ayah pegi dating berdua. 
jadi kami di tinggalkan.. Sobsob :( 
tapi mak ayah dah siap belikan makan untuk kami bertiga tinggal ambil sudu dan buat air je..huhu

Mak ayah ni buat kita orang ni macam budak kecik pulak huhu macam la kita orang tak boleh masak sendiri haha






Wednesday, June 24, 2015

18 Tahun Sudah -Selamat Ulang Tahun-





Holla..
Dah seminggu berpuasa apa rasanya ok ka? Haha 
Sabaq na kita ada lagi dalam 22 hari nak sampai penghujung..kuatkan iman dan kumpul la sebanyak mungkin pahala semasa bulan ramadhan ni ok kengkawan sekalian ;)

Now ke cerita asal hari ni 24/6 genap 18Tahun usia adik  aku @kawan bercakaran dan menyakitkan hati haha..tapi bila tak ada gindu(rindu) tau haha aku yang kebosanan dan terkapai-kapai (cewahh ayat dramatis sangat) haha maklum le tak de orang yang nak aku kacau dan sakit kan hati :p

Ini lah kami nampak seperti satu hati tapi sebenarnya selalu bercakaran haha


Walaupun hari lahirnya hari ini tapi kami dah buat awal sambutanya atas paksaan budak kecik tu uhhhh sabo je le.. "Nanti adik dah masuk u lagi pon dah bulan puasa.." Tu la kata-kata dia jadi kami tunaikan buat la awal-awal. 

Haaa..tu dia potong kek lebih awal dari biasa hehe

Selamat ulang tahun adik leya..
Semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam apa juga yang di lakukan, semoga menjadi anak yang baik dan adik yang baik kepada kakak-kakak mu ini jangan asyik nak pauuu kami je haha

Pandai-pandai bawak diri di negeri orang ye..tiket kapal alean ko dah beli jangan lupa balik raya ok haha ;)

Sekian 
Xoxo






Friday, June 19, 2015

vacation tak dijangka..



Holla..
Hari ni nak berbuka apa ek?? Wahh
Pagi-pagi buta lagi dah tanye..hehe
Kalau semalam puasa boleh la dok melengkau dekat atas katil je..tapi hari ini jgn harap..kerja-kerja :(
Tapi kerja itu pon satu ibadah tau jadi kena semangat-semangat pegi bekerja.

Hari tu orang semua sebok kerja aku dah cuti hari ni orang semua sebok cuti aku kena la kerja sape yang nak bayar gaji cuti lelama ni..oii..huhu

vacation ?? Tak yah vacation sangat la tujuan sebenar nak hantar adik ke universiti sambil tu bercuti la sekali alang-alang dah sampai ke terengganu.

Kami mula bertolak hari ahad..perjalanan sepatutnya 6jam tapi sebabkan bayak berhenti makan perjalanan jadi 7-8jam baru sampai. letih memang yang teramat. Dah la sampai sana main terjah je terus cari tempat untuk kami tinggal sementara di terengganu ni dan..


Ini rumahnya..cantik dan selesa..selesai hari pertama.

Ini hari kedua punye cerita.
Pendaftaran si budak ni..
Semua orang buat kan untuk dia sampai sana buat sendiri ye dikk..along dan angah tak ada nak tolong..
Pandai-pandai lah bawak diri di tempat orang(cewahh kita nasihat orang kita tak penah dok jauh dari mak dana ayah) hehe

Selesai pendaftaran kami semua ke bilik dia pulak apa alagi gotong royong kemaskan barang-barang si budak ni..kalau tinggal gitu je mau menangis pulak dia ni :p hehe masa nak tinggalkan dia petang tu dah mula drama dia.."adik nak balik macam mana?" "Ayah adik tak nak naik bas..ayah belikan tiket kapal terbang tau.." Hamboiii kau deman ea.. Hakak-akak kau ni tahan kebas-kebas kaki drive ko sedap je mintak gitu..untung kan jadi anak last? macam tu aku pon nak :,(
Baru berapa hari duduk sana ayah dah belikan tiket kapal terbang untuk adik balik raya ni..kami yang kakak-kakak ni rasa arghhhhhhhhh...! Ini tidak adil :/
Bila kami dah tinggal bertiga. Adik aku dah mula duduk di U. Apa lagi masa untuk berehat samtai dan bercuti huhu jom ke pantai teluk ketapang sambil menikmati satay ikan huhu sedap betul..
Tapi belum sempat menikmati keindahan alam si budak kecik dah mula call macam-macam yang tak cukup..huhu

Hari terakhir di terengganu kita ke pasar payang. Yang ni memang rambang mata rasa macam semua benda nak beli tapi beringat jugak sebab dah nak puasa memang tak ada yang nak makan.
Bayak lagi tempat yang tak sempat nak lawati. Tapi InsyaAllah lepas ni kami ke sana lagi.

Sekian 
Xoxo






Tuesday, May 26, 2015

"Dah lama mak tak pi jalan-jalan..."

Minggu lepas batuk dan selsema melanda..susah nak tidur jadi setiap kali nak tidur malam tu kena susun bantal tinggi-tinggi. Kalau tidak jangan harap la nak dapat tidur dengan nyaman..tak cukup itu batuk jugak menyerang naik luka tekak ni bila kerap batuk..tapi Alhamdulillah minggu ni dah kurang ;)
Bila kena sakit batuk selsema ni rasa siksanya la weyyy tapi bila fikir yang positif nye "sakit tu penghapus dosa"..dah banyak sangat dosa kau tu myra tuhan nak bagi kurang sikit jadi bersyukur la yekk...huhu


Holla...
Kembali ke cerita asal..tadi tu mukadimah je hihi
Baiklah "dah lama mak tak pi jalan-jalan" tu lah ayat mak aku masa kita orang tengah dok melepak dekat beranda rumah sambil menghirup udara segar :p 
Bila kami tiga serangkai ni dah dengar keluhan hati mak tadi apa lagi kena tunaikan lah..
Bab-bab nak bejalan ni memang cepat la kami tunaikan :) sebabnya kami kan kaki jalan..cakap mana jadi je..

Dari petang kami bawa mak jalan-jalan di tanjung emas..
Ok ni gambar masa kami kat sane tgok muka mak ade senyummm...haha

Lepas itu kami ke balik ke melaka singgah la mahkota dan dataran pahlawan tapi baru pukul 7 mak tu dah dok tanya dh pukul berapa nak balik ayah tinggal sorang dekat rumah..adehh baru nak ajak melepak lagi dia dah terigat suami tercinta kat rumah. Sebab tu lah kami jarang bawa mak jalan-jalan bila jalan sekejap je dah ingat ayah dekat rumah. Kena lah faham dah berpuluh tahun duduk sama-sama walau kadang-kadang benda kecik pon boleh jadi gaduh tapi kalau takde kejap je dah rindu..(alooo so sweettt) haha. Mak suka jalan tapi ayah pulak tak suka. lagi-lagi shopping  memang tak la die nak jejak lagi bagus pusing kampung katanye...gerrrrrrrr... Acane tu?? Haha sabo je la..

Tapi yang pentingnya pemintaan mak nak berjalan-jalan tu kami dah tunaikan..kita jalan-jalan dekat-dekat dulu ye mak..nanti kalau ada kelapangan kita jalan jauh sikit..ke utara pulak ke??...opsss..! Haha

Ok sekian..
Xoxo

::: kadang kita terlepas pandang kehendak ibu ayah kita. Tapi bila dah ada luahan dari mereka kena la cepat-cepai tunaikan ok..sebab kita cuma ada 1 je ayah dan 1 je ibu dalam dunia ni ;) kalau dulu mereka ikut kehendak kita nak kemana aje.. Sekarang masa kita pulak.

*igatan untuk diri*








Tuesday, February 24, 2015

E-day..


Holla.. 
Selamat petang..

Sekarang ni dah masuk musim panas kering...jangan lupa minum air banyak-banyak kalau tak mula la datang macam-macam penyakit contohnya batuk' selsema dan yang sama waktu dengannya :) haha

Berbalik ke cerita asal  pasal majlis pertunangan ni..sape yang tunang ni?? Myra mokhtar ke??? Hahaha lawak sangat :p memang tak la senang nau nak cari calon tetibe. semalam tak de hari ni dah ada. Bukan boleh beli dekat pasaraya ye dak?? 
Ni cerita sepupu aku yang tunang sedang org berasak-asak nak pulang ke kuala lumpur masa tu jugak kau nak buat majlis kan? Sakit pinggang aku kau tau tak??jemm gile baby...punye. 

Punya la banyak kereta naik mabuk duduk dalam kereta.

Tapi dalam kesesakan yang melanda akhirnya sampai jugak aku dan keluarga dengan selamat ke destinasi.
Btw sepupu aku yang lelaki tu kami yang pegi meminang. aku punye keterujaan duduk depan sekali nak tau jugak pe yang dibincang kan.. Haha maklum le kita belum pernah ada yang tunang lagi abg long ni yang pertama antara kita 4 orang sepupu@kawan sepermainan masa kecik dulu.

Traaaaa... Ni khas di blog aku je..kami sepupu sepapat memang berempat je kalo jumpa memang mengelinjang tapi bila dah besar dah ada perasaan malu kita jadi sopan santun bila jumpa haha 
Apa pon selamat bertunang semoga capat-capat ke jinjang pelamin..kami doa yang terbaik untuk kau.

Sekian 
Xoxo ;)




Thursday, November 13, 2014

Kenduri kawin Abang Is..


Holla..
Selamat petang..
Sambung update blog kali ni nak cerita minggu lepas aku sebok betul dua hari cuti macam tak cuti je ni semua gara-gara majlis kawin saudara aku..(orang yang kawin dia plak yang sebok) hihi bukan tu je orang yang nikah aku pulak fefiling lebih bila sah je hukhuk sedih sebab tak macam yang aku dengan kak fyda adim angan-angan kan haha :p hanya mampu jadi gadis hantaran je la kita sobsobsob

Aku mak dengan mak pengantin lelaki tu...

Part sila guna #pelaminangankumusnah :p hahahaha

Yang tadi kenduri di rumah pengantin perempun ahad pulak di rumah pengantin lelaki..
Baru nak bajet jadi pengantin begambar duduk atas pelamin sorang tiba-tiba kena serbu dengan mak dengan adik aku..adeh..! Senyum je la ;) 


Xoxo









Friday, October 17, 2014

Cerita petang tadi..


Holla..

Salam magrib semua ;)
Abis dah seminggu bekerja esok cuti...
Dapat lah menenagkan minda dari dari pekara-pekara yang boleh mendatangkan stress hehe


Nak tumpang meluah perasaan sikit dekat sini ni cerita petang tadi lagi beberapa minit aku nak balik ayah call suruh ambil adik dekat sekolah..dan masa itu la jugak hujan selebat-lebatnya..
Mulanya fikir la jugak nak redah pegi ke kereta ke tak ea?? Tapi terigat nak ambik adik aku redh la jugak..abis basah uols 

Bila dah sampai sekolah sekolah aku tunggu dia boleh tak keluar-keluar sampai akak dia ni dari basah dah kering balik..sabo je la tapi nasib baik la adik aku pandai ambik hati macam tau je akak dia ni lapo dia belikan aku kentang goreng perasaan marah yang mula mencanak-canak ke kepala tadi terus hilang macam api yang di siram air haha

Ok sekian kisah luahan hati myra mokhtar hari ni

Xoxo

Wednesday, September 17, 2014

Bercuti di Hospital..

Holla.. Salam rabu bermalasan hehe
Hari ini nak sambung menghapdate entry-entry yang tertangguh..
Pecutian di hospital..tajuk nak gempak actually bukan aku yang bercuti dekat hospital ni tapi ayah aku.. Setelah beberapa bulan menghadiri fisioterapi akhirnya doktor baru dapat kesan yang sebenarnya tulang die dh bercantum tak de cara lain terpaksa operate la kalau tak ayah aku memang tak boleh angkat langsung tangan.  Aku orang yang paling letih mana tak nya aku lah driver aku la tukang masak aku la kemas rumah segalanyalah aku.... :( masa tu rasa saya nak ALONG...! Balik la.....! pagi,petang,malam semuanya di hospital di sebabkan mak aku yang tercinta tu tak boleh jauh dari suaminya yang tercinta. Dia punya risau memang tak senang duduk dekat rumah tu..aku pulak yang naik sesak nafas melayan nye..

Ni masa hari pertama daftar masuk terus dapat makan..haaa...! Ni ada teka-teki sikit Dalam gambar dekat atas ni korang cuba cari apa yang kelakarnye?? Hehe  #selamatmencuba :p

Dekat hospital ni memang banyak monyet kalau datang bawak makanan kene sorok dalam bag kalau tak jadi macam mak aku beria beli sup untuk ayah aku lupa nak simpan dalam beg dah main rebut-rebut dengan monyet dekat sana die tarik amak aku tarik balik..eh die tarik lagi..last2 mak aku lepas takut die terkam..memang bijak-bijak nyet2 kat sini pintu ni dah bape kali tutup die bukak balik dok tinjau dalam wad mne tau orang nak bagi die makan hoho
Ni aku dari tempat kerja balik rumah ambik mak ambil adik sekolah bawak pegi hospital doktor nak jumpa pasal pembedahan.. Seharian telefon aku tak henti-henti berbunyi call soh balik suruh cuti nak jumpa doktor...OMG..stress mak nak oi...! Huhu

 Tgok muka mak aku happy je dapat jumpa ayah aku sweet sangat kn..? tapi kalo orang ada depan mata dekat rumah jadi gaduh je keje die orang ni..bila takde depan mata ha.. Tau rindu haha

Ni dah selesai operate..ayah aku memang tdo je kita cakap ngan die pon mamai je..bila sampai tgok die macam tu sayu pulak.(nak nagisssssas...!) huhu tapi aku tak boleh nagis nanti semua dok nagis aku kuat..akak kan... :p haha

Jumaat ayah aku dah boleh keluar dari hospital memang melompat dia dapat keluar pepagi buta dah call aku tanya bila aku boleh ambil die..

Ayah: "Ayah dah boleh keluar ni..datang la ambil ayah.." 
Aku: "Nanti tengah hari kak ngah ambik la ayah..ayah tunggu dekat situ"
Ayah: "Tapi ayah dah boleh balik ni..ambik sekarang la.."
Aku: "Ye tau ayah boleh balik..tapi tengah hari kak ngah baru boleh keluar"
Ayah: "Tak boleh..tak pe ayah naik bas je" 

Nampak tak die punya semangat nak balik..haha sampai sanggup nak naik bas maklum la YB kawasan bila dah lama tak melawat kampung tu yang tak senang duduk dibuatnya hehehe
Tapi lepas di pujuk-pujuk die tak jadi nak balik naik bas tunggu aku ambil jugak ingat balik nak terus pegi ambik die bawak balik mak aku pulak call ambik mak dulu dekat rumah ea pastu baru kita pegi ambik ayah... Krikk..krikkk baik mak saya yang menurut perintah..sampai-sampai dekat hospital tgok ayah aku dah angkat beg baju die duduk bayah pokok dekat tempat paking tunggu aku.. Sabo jela.. 
 Bila dah selesai semua lega rasanya..tak mo lagi dah ada percutian gini letih weyyy..

Xoxo








Wednesday, July 2, 2014

Aktiviti sementara menunggu waktu berbuka..


Hola..
Tidak berapa enak perasaan beberapa hari ini..tapi semua aku tolak tepi tak mau semua tu rosakan hari-hari aku yang sedia indah dan berbunga cinta ni :p (tangan didada mata keatas) hahaha
Ni cerita si putih ku memang tak dapat dinafikan kekeladakan yang ada pada kereta aku tu sampai tak nampak cermin pandang belakang haha teruk betul.

Semalam ayah tolong isi kan minyak kereta dan dia nampak la kotoran-kotoran keladak yang hade..apa lagi die punya bising sedia je la tadah telinga dengar..huhu ayah aku memang taksuka tengok kereta kotor..anaknye ni pulak kereta kotor pon tak heran janji boleh berjalan :p

Dalam bebelan die tu tiba-tiba nampak di dah angkat baldi,sabun (ayah nak basuh kan latu haha) si putih ku tengah di mandikan aku cepat ambil ipad pe lagi curi-curi ambil gambar ayah..tak dapat ambik gambar depan-depan takut kena marah lagi jadi tak dapat la korang tengok gambar lelaki hensem berbaju merah tu membasuh kereta dengan penuh kasih sayangnya..hihi urghhh sayang ayah..!

Xoxo







Tuesday, April 1, 2014

Happy Birthday Mom..


Hola..
Hari ini ceria walaupun pagi ni penuh jerebu..huhu

Hari ni 1 april merupakan hari ulangtahun kelahiran mak aku yang ke 46 tahun ;)
Tapi kami dah sambut awal semalam malam..


Ni hadiah untuk mak..hope mak happy walaupun tak mahal. Maklum le kami bertiga ni kan sengkek mana de duit nak beli mahal-mahal tapi InsyaAllah satu hari nanti mana tahu kan.. :)

Sebenarnya ada kisah kenapa beli jam tangan ni...masa aku kecik dulu aku pernah pecahkan jam mak aku berderai nak jadi cerita lagi jam tu ayah aku hadihkan dekat mak aku (sedih pulak) sobsob.. biasa la masa kecik kalau main tak hengat dunia habis aku langgarkan.  bila dah pecah gile-gila mak aku marah masa tu aku buat tak tahu je nak ganti mana de duit sekarang baru berkesempatan tapi tak la setanding yang macam ayah beli.

Bila dah bagi mak ayah pulak buat muka sedih huhu nasib baik kami ada beli untuk ayah sekali

Taraaaaaa... Walau tak seberapa tak setanding budi mak melahirkan dan membesarkan kami dengan kasih sayang selama ini.

Selamat hari lahir mak semoga panjang umur,di murahkan rezeki diberikan kesabaran yang lebih untuk menghadapi peel kami yang makin hari makin menjadi-jadi ni hehe
Harap mak banyak sabar untuk tengok menantu-menantu mak sebab kami sedang berusaha keras untuk mencari...(boleh gitu ayat??) bahahahaha

#sayangMAk

Xoxo







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...