Be My Followers

Showing posts with label resepi yang ak dh cuba... Show all posts
Showing posts with label resepi yang ak dh cuba... Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Resepi bun manis..


Holla..

Semalam semagat apa yang merasauk tiba-tiba tengah malam rajin nak membuat roti dan hasil nya macam dalam gambar dekat atas tu cantik tak? Hehe

Sebenarnya resepi ni dah lama aku ambil dalam satu perkongsian di dalam facebook sebab dah lama tu jugak la aku dah lupa page yang mana aku ambik maklum la bayak sangat like pasal masak-masak(macam makcik-makcik uolls) hehe yang pasti nya ini bkan resepi aku cuma tolong share kan je.
Aku dah try dan menjadi aku nak kongsi bagi korang pulak yang cuba resepi yang ringkas ni..

*jem dalam roti ni bleh pelbagai so ikut la citarasa korang nak letak apa pon kalo yang kosong pon dah sedap.

Selamat mencuba 
Xoxo


Sunday, August 24, 2014

Kastard Jagung..


Holla..

Hari ini dirumah jadi apa lagi jom memasak...! :p

Sebenarnya dah lama nak buat kastard jagung ni cuma masa tak mengizin kan asal cuti ada je tempat yang nak pergi tak pun ada je kerja yang nk buat dan hari ni traaaa... Jemput tengok korang hehe
Berjaya jugak menghasilkan dengan tunjuk ajar dari mak. Mak kata ni resepi arwah nenek..so boleh la korang cuba..

Bahan-bahan dan cara:

1cawan tepung kastard
1cwn gula halus
5cwn santan 
1/2 tin jagung manis atau kalau nak letak lebih pun boleh ikut cita rasa korang
Kacau sampai kilat nampak macm berminyak tu dah masak la..so tung dalam loyang dan sejukan..

Selamat mencuba...
Xoxo


Thursday, March 27, 2014

Sayur goreng tom yam..


Bahan-bahan:

Udang
Daging
Ayam
Sayur-sayur (terpulang nak masuk apa pun)

Caranya:
Tumis sedikit bawang merah dan putih
Masukan air dan juga masukan udang,daging,ayam tadi(renih sekejap)
Masukn kiub tom yam dan sedikit garam
Akhir sekali masukan sayur..

Taraaaa...siap.!

Selamat mencuba ;)

Xoxo


Thursday, November 28, 2013

Macarons..


Titiba je keluar Macarons..hehe 
pagi-pagi membelek-belek fb tengok banyak betul gambar macarons ni "macam cantik je..macam sedap je" hikhik so aku pon mulakan operasi mencari resepinya hikhik dan jumpa lah kat blog INI Masam Manis ~cook with love.
Aku belum cuba lagi tapi pasti akan cuba punya sebab tengok macam senang je..
so cara dan bahan2nya seperti dibawah aku c/p dari blog kak ita cuma aku  dah cut separuh kalo nak yang lebih terperinci blah la terus ke blog dia aku ada link kan dekat atas tadi..
apa-apa pun selamat mencuba :)

BAHAN-BAHAN
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2

Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4

Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.

Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. 

Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. 

Monday, July 22, 2013

Tepung Pelita..


Assalamualaikum..
selamat  pagi..
Entry aku yang lepas IFTAR ada tunjuk gambar tepung pelita yang aku buat sendiri 
jadi atas pemintaan seseorang aku nak kongsi resepi ini..
Kalau ada yang rajin nak buat boleh lah try sangat senang..


Lapisan bawah:

5 cawan air pandan(pandan tu msen jgn bayak2 nanti pahit plk) n letak warna hijau sikit tok nampak cantik 
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
sengkuang (terpulng brapa banyak korang nak letak)


Lapisan atas

6 cawan santan 
1 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara nya(cewahh dh mcam chef pulak ha3)

Untuk lapisan bawah masukkan semua bahan aiir pandan tepung jagung dan gula tadi lepas tu korang kacau atas api yang sederhana(jgn besar nanti hangit pulak bawah dia) sampi lah dia berkilat(ala2 nk masak kastard gitu) bila dh kilat korang masukan sengkuang tadi kacau beberapa saat je pastu tutup api terus letak dalam bekas(kena cepat sebab dia cepat keras)

Dah siap lapisan bawah buat pulak lapisan atas ulang cara-cara lapisan bawah td bila dh masa dia akan berkilat letak di atas lapisan hijau td and done..!! boleh makan senang je kn? korang blh try mesti jadi kalau tak jd tu x dpt den nak mnolong nye ha3 sebab aku dh bagi macam aku buat dekat rumah 

Tuesday, June 25, 2013

Pavlova..


Hai, hello semua..
Nampakny masaalah jerebu dh bekurang dan hari ini sekolah-sekolah dah mula di buka(alhamdulillah)
Ok berbalik kepada cerita asalnya pavlova..semalam aku sekali lagi mencipta sejarah sebabnya tido lewat dari biasa..huhuhu ini semua gara-gara nak menyiapkan pavlova untuk kak fyda.

Beria nak makan tak sampai hati pulak aku..kalau ikot hati semalam aku pose memang tak rajin lah nak membuat nya tapi aku rajin kan jugak.. Kalau tak buat ada pi batu belAh batu bertangkup pulak karang opsss...! Hahahahaha jangan marah ye kak fyda :p

Ok lah berhenti di sini dulu entry kali ini..
Kepada kak fyda selamat menjamu selera..
Xoxo..


Tuesday, June 4, 2013

Entry tergendala disebabkan..

Hai semua...
kembali dengan entry yang kedua.. =)
Nak cerita entry aku pasal bdy kak fyda yg tgendala disebab kan 
ni dia kuih buah melaka...
mak aku yang beria sanagt ajak aku buat sebab nya ayah aku teringin nak makan..(adehhh)
disebabkan "SAYA SAYANG AYAH" jadi aku buat jugak tu yang langsung cancel buat entry untuk kak fyda  heee

tapi kuih ni special sikit sebab nya aku yang buat huhuhu
 bukan senang aku nak buat tau  :p
kuih yang sama tapi buat dalam dua rasa...
satu kuih buah melaka yang biasa 
warna hijau tu aku yang buat...
teror tak???hahahah

...dan satu lagi kuih buah melaka
mak aku masukan labu dalam dia nampak tak warna dia kuning tu..
yang ni aku tak suka...tapi ayah aku n adik aku yang beria makan..
walaupun dia orang sukan makan yang mak aku buat tapi aku paksa jugak dia orang makan kuih yang aku buat tu sampai habis huk3 (kejam tak??) :p

ok lah sekin sahaja entry malam ini 
XOXO  
=)






Thursday, December 27, 2012

rainbow kek..

selamat tengah hari semua..
tengah-tengah ari buta ni perut dah bbunyi-bunyi sebab aku puasa harini 
teringat kat kek yang aku buat semalam maka terhasil nya entry ini he3(versi orang lapo)semuanya nmpak sedap...:p
semalam aku cuti so 
 akk aku ajak wat kek...kek apa??

ni dia rainbow kek :)

ni lah hasilnya...buruk sikit maklum la amatur he3

yang ni untuk kak fida =)
makn ye kalo tak sedap diam je hahahaha :P





Sunday, November 11, 2012

cheese tart

ni lah hasil nya selepas aku dan along aku bersilat didapur selama beberapa jam....
selama ni tau makan je ni try wat tak lah susah sangat cuma malas ngan rajin jew...
 part yang paling best lukis-lukis kat atas die tu...mmg kite org rajin la nk wat...he3


ni lah hasil nya yang kami wat semalam....
hari ni aku wat lagi lagi nnt aku tjuk hasil nya di entry seterus nya ...


*tq 4 kak fida coz ajar wat cheese tart untuk akk de yg special tggu....he3





Monday, October 8, 2012

aktiviti d hari cuti...

slamat pagi smua.....
:)
aktiviti cuti sabtu n ahad diisi ngn membuat kuih yg x jd he3
masa ari jumaat bkobar2 nk wat apam polkadot mntak respi kak fida...
tp hsil nya apam yg bkedut2 hehehe...
cubaan ptma wat tgh ari ikut respi kat tenet  mmg x jd lgsung mympah ak...(masa ni sbr lg cuba lg wat ptang plk ni guna respi kak fida) yg ni jd tp knpa x naik???ishhh bengang ak..."usha tangga kjyanan" tp tgok la kalo rjin ak nk cuba lg..
tu crita ari sabtu ak misi mmbuat kuih yg x nak naik2
ahad ya pulak mak ak nk try wat kuih pau...blh la jd pd kuih ak wat smlm tu
hasil nya...
ni dia walau pun rupa die x bpe cntik tp rsa die sdap...
mmg la bli tpung pau yg dh siap sbb tu blh jd"dengki sbb kuih ak x jd2 walaupun dh wat 2 kli cubaan"
mak ak wat skli jew dh jd..ak bsilat2 kat dpur pd tgh ari smpi ptg hasilnya hampeh...de gambar kuh ak yg x jd tu tp mlu la nk tnjuk nnt wat kne glak jew :P

Saturday, September 29, 2012

respi kerabu mangga~~

sbnar nya respi ni dh lma kak fida mintak kat ak tp ak asyik lupa jew nk 
tye kat akk ak ape bhn2 yg nk msuk kat dlm kerbu tu kalo tye ak mmg x ar 
mne ak tau nk wat cam ne???org rjin kdpur kn??? he3 so kak fida dh leh la cuba..
sory lmbt bgi maklum la orang ni gayut sikit fhm2 jew la ea:P

ni bhn utama ye...
so skrg ak nk bgi respi nye..


bahan2 untuk d kisr:

bawg bsr 
cili hidup
belacan
udang kering
gula
garam
*kisr smua bhn ni tp jgn guna byk sgt air ye (ceh mcm pnh wat jew pdhl ikut skrip akk ak dh tlis ni :p)

bahan untuk d hiris:

bawang bsar
cili padi
bunga kantan
serai
*tambahan kelapa goreng 


so slmat mncuba ya...
wat entry pagi2 ni supaya ada2 semua dpt idea tok menu tgh ari ni...:)






Monday, May 7, 2012

makan malam....

ini lah dia makan malam ak n family...
kentang lenyek@kentang putar@whatever la yg penting same waktu dgn nya...
sebenarnya tak terpky pown nak buat benda ni mak ak yg
tiba2 jew die tringat resepi yang ada amek dalam surat khabar n tgok ada kentang byak so 
kita org pown memulakan opersi memasak dan itu lah hasil nya...
so kalo de sesiape yg nk tau rase die cam mne boleh la try resepi ni...


2 biji kentang (rebus hingga empuk)
1 magkuk air
1 sudu besar stok aym
1 sudu kecil lada hitam@lada sulah

bahan2 untuk sos perang

2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih(dicincg)
2 mangkuk air
2 sudu besar stok ayam
1 sudu kecil lada hitam@lada sulah
3 sudu tepung gandum

cara-cara nya...

1-rebus kentang smpai empuk kemudian lenyek@mesenkan hingga hacur
2-masakan kentang td dengan api pelahan(sampai agak kering)
sos perang
1-panaskan mentega tumis kan bawang putih
2-masukan air,stok ayam,lada hitam@lada putih n garam
3-masukan tepung(masak hingga pekat)

   sumber:metro 8 febuari



 walaupun x cantik tapi rasa dia sedap tau 
hehehe 
pape pown slmt mencuba~~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...