Be My Followers

Tuesday, April 30, 2013

kursus...???

selamat pagi..sila berikan senyuman yang paling manis ye...he3
minggu lepas aku ke kursus yang mengejut... boleh?? huhuhu 

ceritanya macam ni...
rabu yang lepas aku sampai je rumah bru nak turun keretA aku dapat call yang aku kene pegi kursus petang tu jugak..tak tentu arah aku nak gosok baju n macam-macam lagi la..
memang aku tau yang aku mungkin kene pegi tapi tak sangka hari tu jugak nak kena pegi...
jadi lepas aku fikir-fikir "cannot g gini..." aku pun call balik cakap kalau hari ini aku tak dapat la.tapi esok aku boleh pegi..dapat la aku kemas-kemas barang mula-mula ingat nak tido dekat hotel je

 Dah siap pagi-pagi aku bawak beg baju besar..kelas sampai malam nak balik takut..tapi di saat akhir ramai yang mintak sambung je kelas lepas lawatan jadi malam lepas makan BBQ (kalo tak silap aku lah )boleh pulak aku tak tahu???...sebok nau nak balik kan sampai aku tak makan...boleh pegi merayap or tido..tapi aku pulak bila kelas abih awal..(berbunga-bunga la hati teman mendengo nyeee ) dapat balik umah tak payah nak tido sana... :p

aturacara program

ni gambar masa melawat kebajikan melaka tengah...

Sedang mendengar penerangan

ni pula masa hari akhir kursus jumaat lepas..
apa pun aku rasa happy la pegi sana tak payah dengar bunyi telefon berdering-deringgggg
dalam masa yang sama dapat belajar macam-macam dan dapt kenal kawan baru... :p

Wednesday, April 24, 2013

gwiyomi..



hari ini aku baru tau pasal GWIYOMI..
di semua bermula dekat FaCeBoOk la ni...sebok keluar pasal gwiyomi-gwiyomi aku pun nak tau gak ape kebendenye tu?? maklum le teman ni ketinggalan zaman sikit :p (sikit je tak banyak )heeee aku pun mula lah misi mencari satu persatu dekat you tube tengok ada juga artis-artis malaysia yang tarian menggunakan jari jemari ni...(comel sangat)

dah tu aku cari yang original singer yang keluar seperti di atas so korang layan la video tu ea sebab comel gilaaa macam maksud gwiyomi tu sendiri ialah comel. jadi yang nk buat mcam tu kena la comel jugak kalo dah tak comel buat menyampah la pulak orang nk tengok.huhuhu tapi terpulang lah kepada korang kalo rasa diri tu comel boleh je buat janji " confidence" (aku memang tak la, sedar diri hokey) hehehe

ni pulak lirik nye dalam bahasa inggeris aku ambil dari sini

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other’s hands
Don’t look at other girls
No matter what they say
You’re mine (You’re mine)
Don’t even talk to other girls
I’m yours (I’m yours)
Please pinky promise me
That you’ll never leave me alone
1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I’m Kiyomi

selamat la ber gwiyomi...gwiyomi...gwiyomi...!! he3 

Tuesday, April 23, 2013

mimpi lagi...


assalamualikum....
malam tadi aku mimpi lagi benda yang sama.
nak tau mimpi apa?? emmm malu pulak nak cakapp..( gedik tetiba..)
aku mimpi "datang bulan.."pelik dan pada aku itu agak ngerilah kalau melibatkan darah-darah ni..
sebenarnya sebelum ni aku dah mimpi tapi aku wat tak tau je sebab malas nak fikir mungkin mainan tidur je aku tak ambil pusing tapi bila mimpi tu berulang tu yang buat kan perasaan igin tahu tu makin kuat jadi pagi ni aku cari dari kawan baik aku encik google..

macam-macam lah yang aku dapat dan yang paling mengejut kan aku ada yang kata tu tanda nak mati..
bayangkan perasaan aku masa tu memang hilang harap la..saat dan ketika tu aku rasa macam aku dah mati betul-betul huh..~~ tuhan je la yang tau.
tak puas hati dengan tu aku google lagi dan jumpa blog ni

dalam blog dia tulis:
"orang tanya apakah maksud mimpi datang haid..Ustaz tu jawab : kesihatan .. tu je jawapan dia..

Biasanya mimpi menstruasi ini dialami wanita dan memiliki makna yang sangat positif. Mimpi ini bisa dianggap sebagai lambang pelepasan ketegangan dan ketakutan. Mungkin Anda akan terlepas dari kesulitan sehingga bisa membuat Anda bisa lebih santai. Kadang-kadang mimpi ini bermakna pembuangan energi dan kekecewaan."

apa yang buat aku lega bila aku baca blog tu dan aku dapati ramai jugak yang mimpi macam aku..
 tapi aku still nak tau..
 kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu mimpi yang pelik-pelik..

harap sesiapa yang baca boleh la tinggalkan komen yekk... =)


Monday, April 22, 2013

selamat pagi...


selamat pagi isnin..
mulakan hari kita dengan bismillah..dan senyuman yang paling manis. =)
semoga kita diberkati dalam apa jua yang dilakukan 
mulakan hari dan minggu yang baru dengan sebaik mungkin.

hari ini nak cita aku makna sarapan  pagi free he3 tq kak fyda..
tapi bila dh kenyang mata dah berattt..ngantok yooo!!
sekian sahaja pagi ini...
Salam Ceria Semua...

Friday, April 19, 2013

wanita..

salam jumaat semua..
pagi ni
aku google punyA google tiba-tiba aku jumpa satu mutiara kata yang sangat menarik yang membuatkan hati aku terdetik "ow...ok" n like to share with u all...
sama-samalah kita renung-renungkan =)

In life..

Thursday, April 18, 2013

Jangan hanya melihat keburukan orang..





doa di pagi hari....

assalamualaikum...
pagi ni aku mulakan doa-doa 
sebab?? kisah semalam rumah aku tiba-tiba berbau kemenyan..huhuhu
tak tau la mana datang nye..
aku ni bukan boleh bau-bau gitu mula la seram.
masa tu magrib aku pun nak smbahyang magrib mula-mula agak rasa takut tapi mak aku kate sembahyang je  kalo de benda-benda tak elok ke nanti dia lari la...n ALHAMDULILLAH bila dah selesai sembahyang aku dah tak takut lagi.(berani la dari sebelum nyeee)


harap tak ada yang buruk or gangguan -gangguan dari apa-apa
sesungguhnya aku berlindung haya padamu ya ALLAH.




Wednesday, April 17, 2013

ebook Competition 2013 Dah Nak Berakhir..

Dah nak hujung-hujung ni semangat sikit nak berkempen...tapi berkempen untuk parti politik ye..(walaupun musim berpolitik sekarang ni) tapi aku nak berkempen untuk ebook aku Kisah Cinta Kita.
dan nak menemuai garis penamat pada 25 april ni.

ini dia...


so please DOWNLOAD now..!! (cehhh betu-betul iklan ni.. )
saya amat-amat la memerlukan bantuan anda...
bukan apa nak juga merasa dapat top 5 :'( walaupun sekali 


harap-harap anda-anda sudi la membantu yek...

Bukan Dia Tapi Aku....



Berulang kali kau menyakiti
berulang kali kau khianati
sekali ini coba fahami
ku punya hati bukan tuk di sakiti

*Ku akui sungguh beratnya
meninggalkan mu yang dulu pernah ada
namun harus aku lakukan
kerna ku tahu ini yang terbaik

**Ku harus pergi meninggal kan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya,sakitnya ,oh sakitnya 

Cinta ku lebih besar darinya
mesti kau sedari itu
bukan dia,bukan dia tapi aku

Begitu buruk kah ini
hingga ku harus mengalah

Cinta ku
 lebih besar dari benci ku
cukup aku yang rasa
jangan dia cukup aku
cukup aku...

# OST Sedetik Cinta

Tuesday, April 16, 2013

audition kotex memberku..

selamat pagi selasa...!!
assalamualaikum... ;)
sabtu lepas aku ke auditions kotex memberku...
sangat mencabar perjalanan nak kesana..mula-mula rasa macam nak putus asa je dah sampai baru lah rasa ok...kalau sebelum ni aku berteka-teki nak kesana "boleh ke mira???" "mampu ke??" "berani ke tak??" dan jawapan nya..."Berani Okkkk!!! dan berjaya.. walaupun ada rasa takut sikit-sikit aku lawan  jugakk"
apa-apa pon aku enjoy gila pi sana =)

pagi aku sarapan di MCD ketaq kaki nak p sana samapi makan pun tak selera...huhuhu

sampi di MC..(semua biru ikut tema)

bas express pertama yang aku naik..seronoknyeeee...(gayattt sehhh)

dah tu pestime pegi kl naik bus express..(wahhh gitu..P) peace yo..!!!



debaran menunggu gilirannn... (dah sejuk gilaaa masa ni)
nasib baik ingatkn dah datang dari jauh aku gagah kan jugak la diri untuk teruskan.
"KEYAKINAN BERSAMA!!"


selesai menari-nari tadi baru rasa lega...bergambar sebelum balik.


setelah penat menunggu LRT untuk pulang...

sampai di TBS kita orang semua dah kebuloq...so makan dulu sebelum balik..

tiket ditangan masa untuk pulanggggg!!! bye-bye TBS =)

akhir sekali ini lah yang aku dapat dari audition..=)
tq KOTEX!!! =) <3

Monday, April 15, 2013

isnin ni saya cuti...

selamat malam.. 
hari ini isnin tapi aku dapat merehat-rehatkan diri..sebab??
hari ini cuti semperna Melaka bandaraya bersejarah..
dapat la cuti melurus-lurus kan pinggang ;P.. ditambah lagi dengan kaki aku yang sakit ni..(wahhh seksenya nak duduk...)
tu lah akibatnya dah lama tak bersenam..sekali bersenam berbunyi-bunyi lutut aku..(amek ko!!)

tapi esok dah kerja balik..
malasnya..!! 

Thursday, April 11, 2013

takziah..


assalamualaikum..
selamat petang,
pagi tadi aku dapat call dari mak aku..bagi tau yang saudara aku meninggal
so dalam kol 11 lebih aku keluar untuk pegi ziarah 
suasana sayu je aku ni bukan boleh orang menagis-nangis kang aku yang overrr dari orang lain..
sebab aku dah rasa 3 orang yang aku sayang pegi rasa sedih dia tak terkata lahh weyyyy...
tapi terigat aku pada kata -kata maksu aku.."kalau kita sayang kan dia, doakan dia bukan menangis sebab hanya doa sahaja yang dapat membantu dia kat sana.." betul juga apa yang dia cakapkan menagis meratap macam mana pun yang pergi tu takkan kembali kan? jadi yang hidup ni kena lah terus kan.
 
apa pun kita kena reda dengan takdir tuhan ajal dan maut ditangan nya dan kita hanya hamba, dan segalanya  yang kita ada hanya pinjaman semata-mata jika tiba masa dan waktu yang telah ditentukan kita harus kembali kepada pencipta kita.

tapi something yang wat aku sangat...tah...tersentuh la kot bila tengok anak lelaki dia menagis sambil membaca AL-QURAN disisi jenazah ibu dia tadi, pada aku bukan senang nak dapat anak lelaki yang macam tu sekarang kn?(siapa yang setuju dengan saya sila angkat tangan.. =) )
kata orang doa anak lelaki ni cepat dimakbul kan berbanding anak perempuan..
apa pun takziah kepada pakcik yan aku sekeluarga..
anggap lah ini sebagai dugaan dan semoga tabah menghadapinya.

satu lagi yang aku nak katakan "SEORANG LELAKI ITU AKAN NAMPAK HANDSOME BILA DIA BACA QURAN" huhuhu





Tuesday, April 9, 2013

kenapa susah sangat...???


selamat petang semua..
pAtut la hati aku dari tadi tak sedap je..
rupa-rupanya harapan tak kesampaian lagi..huaahaaaaa.. :'(
aku pun tahu kenapa susah sangat nak dapat,dh penat menunggu dan dah harap-harap sangat dapat hari ini 
tapi last2 x dapat jugak ushhhh tension aku..


semoga segalanya mudah..



Selamat Pagi selasa..
sudah beberapa hari tidak menulis..hari ini kembali meringankan jari jemari ini
semangat tengok NUFFNANG RM 11.50
walaupun sikit tapi ada la jugak kan..
TQ kepada yang sudi membaca blog saya ini, dan NUFFNANG yang memberi saya duit he3
(Sikit-Sikit Lama-Lama Menjadi Bukit) :p
asyik kak Fyda je yang cash out aku nak jugak(dengki la pulak)
 tapi nak menunggu duit nya boleh di cash out bila la agaknya..hukhukhuk

dan hari ini aku ada juga urusan yang agak penting..
dan harap dipermudahkan dah lama menunggu ni.. =)
banyak sangat halangan nak dapat kan nya harap kali ini segala-galanya mudah.

Tuesday, April 2, 2013

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi...


selamat petang..
taksabar nak tunggu malam tok tgok episod akhir cerita ini..
makin nak habis makin sedih..


kenapalah ain tak hidup?? nak firdaus ngan ain... :(


apa-apa pun selamat menonton episod akhir malam ni ok 
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...