Be My Followers

Showing posts with label kisah rumah aku. Show all posts
Showing posts with label kisah rumah aku. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

Tugasan Berubah::Sejak Bila Jadi Hakak Sado ni??






Holla..

untuk pertama kali dalam hidup aku rasa masa terlalu lambat untuk berputar.huhu taksabar nak ke bulan 5 dan 7. Merupakan bulan yang penting untuk aku. tak sabar nak mengakhiri semua ini.(acehhwahh) makin poyo ayat aku akhir-akhir ini :p

Sudah beberapa minggu ini keletihan yang melanda diri..

maklum la setelah orang kuat rumah patah tangan.  jadi tugasan orang kuat tu beralih tangan kepada aku. aku lah supir(pemandu)aku lah jugak bibik(pembantu) dan semua yang sewaktu dengan nya.. sampai pernah aku memandu smbil pejam mata kejap(ini tidak elok ye) karang pejam-pejam tak celik-celik pulak. tapi tu memang dah letih sangat tak boleh tahan tawakal ajee.haha ada hari-hari pulak aku nak kena bawa pilot yang dah cedera tu p hospital. bergilir-gilir dengan ayah sebab mana boleh nak keluar tiap-tiap minggu kan. buat kena maki je. aku pon malas nak keluar tapi terpaksa la jugak. mana datang adik beradik lain nak menolong aku jela yag hado.

Cuti hujung minggu penuh dengan jemputan kahwin kawan-kawan dan saudara mara ayah. so tugasan supir tanpa henti memandu. haha bila pilot tak boleh memandu co pilot mengambil alih. memang letih abis tugasan di rumah kita sambung tugasan lain pula. aku pon tak perasan sejak bila aku jadi hakak sado macam ni sampai lah along tegur..

Along: "kau tak letih ke dah seharin buat kuih sambung jadi pemandu sampai ke malam pusing satu bandar melaka..? aku yang duduk sebelah pon dah letih.."
Aku: "aha ek..." *sambil senyum*

sejak itu lah aku perasan yang aku dah tak lembik lagi.semua pegi sendiri,buat sendiri, tak boleh bergantung lagi dekat orang lain. Jadi kakak-kakak pulak.

nak buat macam mana nak ke tak kena gagah jugak la.

malam-malam pulak mau ngedate sama kawan aku yang jauh tu. waktu tak sama.. jadi sedia bersengkang mata. hari-hari tido 3 pagi haha(sanggup kauuu) bagun pagi muka macam zombie.. haha esok pulak tugasan tambahan pagi-pagi sebelum subuh aku kena siap sedia nak ambil adik tercinta(tetiba jadi hakak penyang pulak heee)tengok lah tertongeng ke tak aku esok. untuk itu bertabah la..



ini gambar contoh kami berinteraksi..kalau betul idok le gini gamaknye muka aku dengan muka kawan tu huhu

 ok lah dapat tgok gini dari tak tengok langsung huhu

sekian,
xoxo

sumber gambar:: En.Google


Friday, June 19, 2015

vacation tak dijangka..



Holla..
Hari ni nak berbuka apa ek?? Wahh
Pagi-pagi buta lagi dah tanye..hehe
Kalau semalam puasa boleh la dok melengkau dekat atas katil je..tapi hari ini jgn harap..kerja-kerja :(
Tapi kerja itu pon satu ibadah tau jadi kena semangat-semangat pegi bekerja.

Hari tu orang semua sebok kerja aku dah cuti hari ni orang semua sebok cuti aku kena la kerja sape yang nak bayar gaji cuti lelama ni..oii..huhu

vacation ?? Tak yah vacation sangat la tujuan sebenar nak hantar adik ke universiti sambil tu bercuti la sekali alang-alang dah sampai ke terengganu.

Kami mula bertolak hari ahad..perjalanan sepatutnya 6jam tapi sebabkan bayak berhenti makan perjalanan jadi 7-8jam baru sampai. letih memang yang teramat. Dah la sampai sana main terjah je terus cari tempat untuk kami tinggal sementara di terengganu ni dan..


Ini rumahnya..cantik dan selesa..selesai hari pertama.

Ini hari kedua punye cerita.
Pendaftaran si budak ni..
Semua orang buat kan untuk dia sampai sana buat sendiri ye dikk..along dan angah tak ada nak tolong..
Pandai-pandai lah bawak diri di tempat orang(cewahh kita nasihat orang kita tak penah dok jauh dari mak dana ayah) hehe

Selesai pendaftaran kami semua ke bilik dia pulak apa alagi gotong royong kemaskan barang-barang si budak ni..kalau tinggal gitu je mau menangis pulak dia ni :p hehe masa nak tinggalkan dia petang tu dah mula drama dia.."adik nak balik macam mana?" "Ayah adik tak nak naik bas..ayah belikan tiket kapal terbang tau.." Hamboiii kau deman ea.. Hakak-akak kau ni tahan kebas-kebas kaki drive ko sedap je mintak gitu..untung kan jadi anak last? macam tu aku pon nak :,(
Baru berapa hari duduk sana ayah dah belikan tiket kapal terbang untuk adik balik raya ni..kami yang kakak-kakak ni rasa arghhhhhhhhh...! Ini tidak adil :/
Bila kami dah tinggal bertiga. Adik aku dah mula duduk di U. Apa lagi masa untuk berehat samtai dan bercuti huhu jom ke pantai teluk ketapang sambil menikmati satay ikan huhu sedap betul..
Tapi belum sempat menikmati keindahan alam si budak kecik dah mula call macam-macam yang tak cukup..huhu

Hari terakhir di terengganu kita ke pasar payang. Yang ni memang rambang mata rasa macam semua benda nak beli tapi beringat jugak sebab dah nak puasa memang tak ada yang nak makan.
Bayak lagi tempat yang tak sempat nak lawati. Tapi InsyaAllah lepas ni kami ke sana lagi.

Sekian 
Xoxo






Tuesday, May 26, 2015

"Dah lama mak tak pi jalan-jalan..."

Minggu lepas batuk dan selsema melanda..susah nak tidur jadi setiap kali nak tidur malam tu kena susun bantal tinggi-tinggi. Kalau tidak jangan harap la nak dapat tidur dengan nyaman..tak cukup itu batuk jugak menyerang naik luka tekak ni bila kerap batuk..tapi Alhamdulillah minggu ni dah kurang ;)
Bila kena sakit batuk selsema ni rasa siksanya la weyyy tapi bila fikir yang positif nye "sakit tu penghapus dosa"..dah banyak sangat dosa kau tu myra tuhan nak bagi kurang sikit jadi bersyukur la yekk...huhu


Holla...
Kembali ke cerita asal..tadi tu mukadimah je hihi
Baiklah "dah lama mak tak pi jalan-jalan" tu lah ayat mak aku masa kita orang tengah dok melepak dekat beranda rumah sambil menghirup udara segar :p 
Bila kami tiga serangkai ni dah dengar keluhan hati mak tadi apa lagi kena tunaikan lah..
Bab-bab nak bejalan ni memang cepat la kami tunaikan :) sebabnya kami kan kaki jalan..cakap mana jadi je..

Dari petang kami bawa mak jalan-jalan di tanjung emas..
Ok ni gambar masa kami kat sane tgok muka mak ade senyummm...haha

Lepas itu kami ke balik ke melaka singgah la mahkota dan dataran pahlawan tapi baru pukul 7 mak tu dah dok tanya dh pukul berapa nak balik ayah tinggal sorang dekat rumah..adehh baru nak ajak melepak lagi dia dah terigat suami tercinta kat rumah. Sebab tu lah kami jarang bawa mak jalan-jalan bila jalan sekejap je dah ingat ayah dekat rumah. Kena lah faham dah berpuluh tahun duduk sama-sama walau kadang-kadang benda kecik pon boleh jadi gaduh tapi kalau takde kejap je dah rindu..(alooo so sweettt) haha. Mak suka jalan tapi ayah pulak tak suka. lagi-lagi shopping  memang tak la die nak jejak lagi bagus pusing kampung katanye...gerrrrrrrr... Acane tu?? Haha sabo je la..

Tapi yang pentingnya pemintaan mak nak berjalan-jalan tu kami dah tunaikan..kita jalan-jalan dekat-dekat dulu ye mak..nanti kalau ada kelapangan kita jalan jauh sikit..ke utara pulak ke??...opsss..! Haha

Ok sekian..
Xoxo

::: kadang kita terlepas pandang kehendak ibu ayah kita. Tapi bila dah ada luahan dari mereka kena la cepat-cepai tunaikan ok..sebab kita cuma ada 1 je ayah dan 1 je ibu dalam dunia ni ;) kalau dulu mereka ikut kehendak kita nak kemana aje.. Sekarang masa kita pulak.

*igatan untuk diri*








Thursday, November 13, 2014

Kenduri kawin Abang Is..


Holla..
Selamat petang..
Sambung update blog kali ni nak cerita minggu lepas aku sebok betul dua hari cuti macam tak cuti je ni semua gara-gara majlis kawin saudara aku..(orang yang kawin dia plak yang sebok) hihi bukan tu je orang yang nikah aku pulak fefiling lebih bila sah je hukhuk sedih sebab tak macam yang aku dengan kak fyda adim angan-angan kan haha :p hanya mampu jadi gadis hantaran je la kita sobsobsob

Aku mak dengan mak pengantin lelaki tu...

Part sila guna #pelaminangankumusnah :p hahahaha

Yang tadi kenduri di rumah pengantin perempun ahad pulak di rumah pengantin lelaki..
Baru nak bajet jadi pengantin begambar duduk atas pelamin sorang tiba-tiba kena serbu dengan mak dengan adik aku..adeh..! Senyum je la ;) 


Xoxo









Sunday, August 10, 2014

Cerita dari dapur..


Hola..
Selamat petang ahad.. Kejap je dah ahad tak puas rasanye nak duduk rumah tapi apa kan daya kite ni keje kalo nak duduk rumah lama-lama sila amek cuti sendiri ye dak? Hehe 

Semalam seharian berjalan-jalan dengan mak hari ni seharian di dapur 
Aku suka kek coklat mak suka kek buah jadinya kita buat 2 kek sekali..yang coklat aku buat sikit je dan hasil nya ini

Traaaa...hehe

Cukup la untuk tekak aku je tak yah bebanyak semua orang nak makan sangat kek buah tu ha..makan..! Malas nak bertekak ngan mak..
Tapi hari ni pencapaian yang terbaik untuk aku apa mak aku cakap ye kan je..(caye tak? Haha) kalo tak melawan je kejenye hari ni mood sopan santun sampai :p cettt hikhik

Xoxo

Saturday, June 29, 2013

Selamat pagi sabtu...


Selamat pagi..
Hari ni dah sabtu hari ini aku nak sambung keja mengecat hari tu(bukan dah siap ke??)
memang lah dah siap tapi mak aku tak puas ati nak suruh aku betul kan balik yang mana tak berkenan mata dia tu..(alahaiiii nasib..) :p

tapi tak pe hari ini bibik ade hahaha boleh tolong buat..
takde le pengsan buat sorang-sorang nak kene panjat tinggi-tinggi tu mak aku suruh cat balik yang mana tak semenggah je rupa adik aku cat hari tu(memang saje je adik aku nak buat keje ulang-ulang) aku memang malas dah nak buat lagi  tapi apakan daya..mak aku dah suruh buat aje lah sebelum dia bebel lagi panjang..
Kalau cantik pun rumah sape?? rumah aku jugakk..opsss..salah umah mak n ayah..aku belum ada rumah lagi  hikhikhik menumpang tak sedar diri yek :p

ok lah dah panjang aku membebel pulak.. 
motif utama tadi nak ckp yang aku kene mengecat lagi.. kena siap kan cepat sebab petang ni nak balik muar.. <3 <3<3



Monday, June 24, 2013

Selamat hari lahir ALya...

Ini lah adik aku yang menyambut hari lahirnya hari ini (24jun)
Selamat hari lahir adik semoga menjadi anak yang soleha pada mak n Ayah...
umur dah meningkat pengalaman pon bertambah semoga menjadi pengajaran dalam hidup yang mendatang.. 
Walaupun bdy nye hari ini tapi kita buat sambutan nye awal sikit sebab nye hari ini waktu bekerja susah nak jemput mak-mak saudara aku yang jauh-jauh tu..

Ini lah hasil tangan aku ngn along..huhuhu cantik tak?? :p




Tu dia pakcik yan aku duduk di kerusi paling kanan..lama tak jumpa..

Ayah aku yang sebok menghidupkan lilin..

Mak su aku yang dah gemok huhuhu macam tak caye je sebab sampai aku dah 22 tahun ni baru kali ni tgok pipi dia tembam..

Pavlova yang aku hasil kn..jemput makan heee


Tuan tanah n maklong hehehe

Along pon nak jugak.. :p

Ehh..ini siapakahhh??? Hahahahah(gelak jahat)

Nurul n mama..


Ni gambar terakhir untuk entry ini gambar gedik2 hahahaha
Sekin entry kali ni
Xoxo..

Saturday, May 18, 2013

Romantika+deco..

Entry ke dua di tengah malam ini...
dah tengah malam baru nak update kan sebab siang nya sebok mengemas bilik yang sememangnya macam sarang naga(bak kata bapak akulah) tapi aku pun tak tau le macam mana rupa sarang naga tu :p

malam ni nak tunjuk jam dan juga bunga yang aku beli di romantika pada jumaat lepas sudah di letak di tempat yang aku ingin kan.. dan kelihatan sangat Awesome <3
pandai jugak aku memilih kan..?? tapi jam nye kak fyda yang tolong pilih kan.. =)

ni barang aku beli... =)

cantik tak bunga tu heee...aku tak suka yang bunga banyak semak mata aku kalo daun macam tu aku suka tak lah buat sarang nyamuk aje.. :p

tu dia jam aku beli letak di dapur cantik tak?? hik3

sekian sahaja entry malam ini...
selamat malam... ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...