Be My Followers

Friday, May 31, 2013

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang eBook Competition 2013..


Selamt petang..
Setelah mengetahuai yang aku dan kak fida telah memenanggi tempat ke 4 dan ke 5 pemenang ebook minggu lepas, jadi kami telah ke KL untu kali kedua sebelum ni kami ke KL untuk menghadiri "KOTEX MEMBERKU" tapi semalam aku telah ke sana lagi untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah untuk pemenang eBook Competition 2013 yang di adakan di Menara Maxis.








Ini adalah pemenang-pemenangnya yang hadir cuma pemenang no2 (M.Faridzuan) je yang tak dapat hadir dan diwakili oleh mummy dia.

bergambar bersama bff aku he3

ini lah dia hadiah saya tak sia-sia lah aku berjaga malam untuk menulis dan tq jugak pada kak fida yang sentiasa membantu aku.

Aku harap dengan hadiah ini dapat lah menambah semangat aku untuk menulis..huhuhu
ok lah tunggu entry aku yang seterus nya mengenai "pengambaraan kami ke KL" ok =)







Pencari jalan mu..



Salam jumaat semua hari ini aku tak ke mana-mana cuma duduk di ofis dan ZZzzzzzzzz ha3
ini semua angkara kepenatan seharian semalam samapai rumah dah malam dah tu sebok nak bukak hadiah yang aku dapat tu lagi sampai tengah malam baru tidur jadi tengah hari ni aku nak "TOP UP" tido aku he3 dari tadi tersenggut-senggut aku dok kat kaunter ni.

Di tambah lagi kaki aku yang sakit ni, "sakit kaki aku ni macam berlari "huhu
cerita pasal hadiah yang aku menang tu nanti dalam next entry ok sekarang mau tdo dulu ye kawan2

sebelum tu nak  say sorry sebab "Ku mungkir bahagia" hahah aku lupa nak buat entry isnin malam tu(Aku tipu..!) ha3 aku  sibok sikit la akhir-akhir ni... cewahhhh sebok pasal ape tu aku pon tak tau ha3 :p

Ok lah panjang ucapan aku ni ek??semperna hari jumaat yang mulia ni aku nak korang tengok dan hayati lagu  Afgan- Pencari Jalan Mu..hayati dan muhasabah diri dan memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik di masa akan datang, "Pintu taubat sentiasa terbuka..."

sekiaN entry tengah hari ni selamat tidur semua... ^_^

xoxo

Monday, May 27, 2013

Isnin yang nyaman...


Assalamualaikum... selamat tengah hari,
 hari ini isnin yang paling nyaman yang aku rasakan..huhu
kenape?? sebabnya walaupun aku keluar lewat tapi masih aku boleh sampai awal ke tempat kerja..
seronok jalan raya lengang tak payah nak bangun awal-awal sangat., biasanya kalau aku lamabat sikit aje memang tak sempat nak punch tapi hari ni memang awal dari biasa.

Hari ini aku tetap bersemangat berja walaupun cuti aku dari jumaat hingga ahad aku dilanda sakit tekak,sakit kepala dan sebagainya sangat-sangat menguji kesabaran aku.
tak dapat nak baca novel "SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA"  ishhhhh!! takpe2 malam ni mesti kene baca jugak..!!(semangat ni) hihihi

Ok lah sekian sahaja entry tengah hari aku tunggu entry aku yang seterusnya mlam nanti 
XOXO..


Friday, May 24, 2013

Cuti di hari jumaat..


Assalamualaikum semua...
hari ini jumaat aku di rumah..banyak aktiviti dalam perancangan aku hari ni cuma tak tau terlaksana ke tak hee...cuti panjang ini jumaat,sabtu dan ahad ni nak habis kan membaca novel "SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA" dah lama aku pinjam tp belum di usik lagi ha3 semoga datang la kerajinan aku untuk membaca  untuk 3 hari ni kalau tak aku peram je la buku tu.... :)

Thursday, May 23, 2013

Kata-kata semangat hari ini...

Selamat petang semua..
Petang ini aku dapat satu semangat baru kalau sebelm ni aku akan rasa Down sangat dengan peel orang-orang yang tertentu.huhu tapi bila baca ayat dekat atas ni dia memberi semangat semula pada aku :p
jadi tak rugi la kalau saya bertahan selama ni.. =)

Wednesday, May 22, 2013

800 saya dah sampai..!!

Selamat tengah hari semua..hari ini aku nak share kegembiraan aku yang kedua pada bulan ini..
apa dia?.. cek rm800 aku dah sampai..!! best nye setelah sekian lama menunggu hingga ramai yang dah bertanyakan tentang nya "tipu ke??" hahaha
 hari ini saya tunjuk kan 
tadaaaaa.... =)


tq Kotex..!!  boleh la buat belanja untuk ke KL khamis depan...

kak fyda,kak nor dan aku...
KLCC kami datang he3..




Monday, May 20, 2013

yehhhhh...!!!Menang IPAD Dari eBook Competition


assalamulaikum...
selamat hari isnin semua...
aku nak share kegembiraan aku pada jumaat yang lepas tentang ebook competition 2013
setelah sekian lama menunggu keputusannya akhirnya jumaat lepas di umum kan pemenang-pemenangnya..
Alhamdulillah(berkat dihari jumaat) nama aku tersenarai menjadi salah seorang pemenang..
walau tidak mendapat tempat yang pertama.

Aku memang tak sangka..memang la harap nak menang tapi bila tengok cerita aku turun naik..turun naik dalam carta top 10 tu aku kurang kan berharap sebab takut kecewa aku ni kalau dah kecewa lain macam sikit he3(gedik lebih) :p

Jadi aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi membantu membaca dan mengdownlod cerita aku "KISAH CINTA KITA"


satu je yang aku memang tak faham kenapa kak fyda punye cerita "DIA,PILIHAN HATIKU"
boleh turun mendadak??? jauh tu turun..

Tapi tak apa janji kami sama-sama menang kan..Bersyukur sangat..!! 



Sunday, May 19, 2013

sunday...


selamat pagi...
senyum untuk permulaan hari yang baik... =)
apa nak buat hari ni kan??emmm(fikir jap)he3 yang pasti nya kena uruskan anak-anak aku yang ramai tu. :p

mungkin juga nak buat
sedap tu..tapi tengok la kalau aku rajin kalau tak tengok je la gambar nye...ha3

#Have a great sunday everyone...


Saturday, May 18, 2013

Romantika+deco..

Entry ke dua di tengah malam ini...
dah tengah malam baru nak update kan sebab siang nya sebok mengemas bilik yang sememangnya macam sarang naga(bak kata bapak akulah) tapi aku pun tak tau le macam mana rupa sarang naga tu :p

malam ni nak tunjuk jam dan juga bunga yang aku beli di romantika pada jumaat lepas sudah di letak di tempat yang aku ingin kan.. dan kelihatan sangat Awesome <3
pandai jugak aku memilih kan..?? tapi jam nye kak fyda yang tolong pilih kan.. =)

ni barang aku beli... =)

cantik tak bunga tu heee...aku tak suka yang bunga banyak semak mata aku kalo daun macam tu aku suka tak lah buat sarang nyamuk aje.. :p

tu dia jam aku beli letak di dapur cantik tak?? hik3

sekian sahaja entry malam ini...
selamat malam... ^_^




kenape mesti nak cerita??



assalamualaikum semua...
selamat pagi, selamat beristirehat di hari cuti ini..seronok nye bila di rumah kan?
bayak aktiviti aku hari ni..yang paling utama mengurus kan anak-anak kucing saya...heee

Sebelum aku mengarut lagi panjang mok le kite cerite tentang tajuk entry aku hari ini..
aku nak cakap tentang aib.. kenapa? sebab aku tengok sekarang ramainye yang suka bercerita pasal orang padahal dia tak bagus sangat pun..(aku lah tu)heee

 tak pernah nak mengata orang??(oh tidakkk kalau bab mengata aku la orang nyeee)mungkin dah jadi kebiasaan kot mesti nak cerita je mulut ni tapi sekar nak mengingatkan diri sendiri untuk menjadi lebih baik mungkin
biasa la kita kalau pasal orang cepat je nak bercerita kan?

Surah Al Hujarat Ayat 12 bermaksud: 

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim)
Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.

Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.

Dari 'Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah engkau semua memaki-maki orang-orang yang sudah mati, sebab sesungguhnya mereka itu telah sampai kepada amalan-amalan mereka yang sudah dikerjakan dahulu -sewaktu di dunia, baik kebajikan atau kejahatan." (Hadis riwayat Bukhari)


"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)



Friday, May 17, 2013

Hanya aku...

Hai semua... nak kongsi ost TEDUHAN KASIH (Hanya aku)
like23x sanagtttt lagu ni...sangat menyentuh (wahhh gitu) :p
apa-apa pun si lah layan lagu ini yek... =)


Bersama janji kau sentuh rasa percaya…
Hangat dinginmu mengundang rindu.. kecewa…
Hanya aku…

Dihuni sepi rasa kasihmu…
Hanya ku yg mencari…
Rembulan masih ada…
Mungkin seketika…
Walau ku bahagia…
mengejar bayanganmu…
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu….

Hanya aku…
Apakah mungkin berulang janji setia…
Apa kan kekal ataupun menyambut duka…

Dan dirimu di janji Sang Sempurna…
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu….
Dingin rasa kasihmu…
Bagai bintang bersemi…
Rindu janji bicara…
kekal selamanya…
Walau sekadar mimpi…
tak pernah ku peduli…
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu..
Hanya aku…

jumaat..

assalamualaikum...
selamat pagi... :) dan salam jumaat
masa berjalan dengan pantas dah hari jumaat balik semoga kita mendapat keberkatan darinya..



Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru..


GURU MALAYSIA1 ASPIRASI1 AGENDA

Selamat pagi kawan-kawan...
hari ini 16 mei ada ape??? lupa ke??maklum la dah lama tak pegi sekolah lupa dah hari ini hari guru..hee
aku nak ucapkan 
SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku sebelum ni dari tadika hingga la di tingkatan 6.
terima kasih Cikgu..!! kalau tanpa anda mungkin saya tak mampu membaca dan menulis dan tanpa Cikgu mungkin saya tak mampu ke tahap ini sekarang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...