Be My Followers

Friday, January 29, 2016

Rindu





Lirik Rindu – Shae & Nukilan

Di malam yang sepi
aku sendirian
dengar bisik hati
kupejamkan mata
biarkan dibawa
kembali ke suatu
ruang dan masa
indahnya bila
dibuai sejarah
di dalam keasyikan
terlihatkan seraut wajah
Chorus
Rindu
membelenggu
terkenang masa lalu
hati jadi
rindu
tak terkata
manapun kau berada
semoga berbahagia

Ku bertanyakan mana Sita
kembalikan warkah cinta
moga manis jangan tangis hakis tinta
semua janji yang pernah dideklarasi
tinggal puisi sepi minta dideklamasi
aku masih bergelut memeluk takdir
detik bermula sehingga kemelut berakhir
apapun juga keputusan
aku terima walau jujurnya tak keruan dan
yang dah berlaku biarkan berlalu
nescaya nestapaku kan diubat waktu
kau harus bahagia walau tak bersamaku
khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
nahu lagu berbaur tabu ku tahu
namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
semoga kau pun merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu
Bridge
Rindu
sejujurnya ku menginginkanmu
di sini
bersama menempuh dunia ini
(Chorus)

Andainya diberi kesempatan
banyak yang mahu kuperkatakan
menyusur rekahan mengukur punca retakan
sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
mungkin semuanya berpunca dari aku
yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu
memorabilia, paraphernalia cinta
setia mencerita sisa memori tercipta bila (rindu)
ku mengadu ke purnama
bertanyakan khabar pujanggaku di sana
puisi cinta lama sibuk dihidupkan
menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
tak sempurna tapi ku kan tetap coba
semoga terus merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu
(Chorus)
Outro
Jangan ku kau lupa hingga hari kita bersua





Monday, January 25, 2016

mencium tangan atau meletakan tangan di dahi?


Holla...

Pagi ini akk myra nak cerita sikit..
Bila kita berjumpa dengan orang yang lagi tua dari kita kena cium tangan betul tak?
Tapi apa yang akak lihat sekarang ini adik-adik, dan anak-anak sekarang malahan kadang-kadang abang-abang dan kakak-kakak jugak yang macam dah keliru cium tangan ke sekadar meletakan di dahi. Kadang aku jugak terfikir ni budaya kita ke?? 

Rasanya masa kita kecik-kecik dulu kita di didik mencium tangan kan..malahan cuba kita dengar semula bait-bait lirik lagu raya mamat yang saban tahun di putar kan " kan ku cium tanganmu..bila kita bertemu.." Betul kan..ada tak kita dengar "kan ku letak tangan mu di dahiku.."" Haha tak de kan..jauh bebeno bunyinya.

Nak salahkan generasi yang baru pun tak boleh jugak. Mungkin mereka terpengaruh dengan sinetron dari negara seberang bukan mencium tangan tapi meletakan tangan di dahi..kalau korang tak percaya boleh tengok sinetron dari negara seberang tu..perhati betul-betul masa mereka bersalaman.

Jadi tugas kita bagi yang nampak boleh la menegur supaya budaya kurang sopan ni tak terus berleluasa.

Nampak macam remeh tapi bagi aku besar..walaupun kadang-kadang aku faham ada makcik-makcik/pakcik-pakcik tu kita nak salam..dia cepat-cepat tarik tangan macam kita nak jilat tangan die haha sabar je la. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak mencium tangan kan. Tak semua macam tu cuma segelintir.

Bukan nak menunjukan akak ni bagus dan sedar usia akak pon baru 25 tahun nak menegur..tapi rasanya wajib bersuara kerana budaya bersalaman mencium tangan ini makin terhakis. Tapi yang wujud sekarang budaya meletakan tangan di dahi.

Sekian hujah pagi ini panjang lebar..
Sekadar ingatan
Myra

Wednesday, January 20, 2016

Cinta je tak cukup...


[KAHWIN]

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang. 

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after. 

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?

Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan. 

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar? 

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.. 

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar.  Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."

Sumber:fb

Tuesday, January 19, 2016

Tak semestinya bahagia..


[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]

Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan famili. Biasa kan?

Bila tengok, apa kita rasa?

Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.

Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.

Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.

.

“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”

.

Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, 

“Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”

"Baru 22 tahun, belum habis study dah dapat offer jadi Host MHI!"

Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!

.

Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?

Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?

Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?

.

Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.

Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.

Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.

.

Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain. 

Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.

Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.

Chaiyok!

Sumber: fb

www.izzharnazri.com 

.

Saturday, January 9, 2016

Munajat cinta..



Malam Ini Kusendiri
Tak Ada Yang Menemani
Seperti Malam Malam
Yang Sudah Sudah

Hati Ini Selalu Sepi
Tak Ada Yang Menghiasi
Seperti Cinta Ini
Yang Slalu Pupus

Reff:
Tuhan Kirimkanlah Aku
Kekasih Yang Baik Hati
Yang Mencintai Aku
Apa Adanya...

Mawar Ini Semakin Layu
Tak Ada Yang Memiliki
Seperti Aku Ini
Semakin Pupus...

Back To Reff:
Tuhan Kirimkanlah Aku
Kekasih Yang Baik Hati
Yang Mencintai Aku
Apa Adanya...


Monday, January 4, 2016

Syukur..


Holla..

Bagun...bangun... Adik-adik sekalian..

Jangan lupa hari ni sekolah huhu

Seronok cuti yekk hehe hakak dah rasa dulu.. Semangat berkobar-kobar bila masuk tadika, darjah 1 atau tingkatan 1 je.. Tapi bila dah naik 2,3,4,5,6 tu perasaan dah jadi emmmm haha

Pagi ni aku membelek fb tengok ada yang sangat menarik perhatian..
Kisah cinta tanpa memandang paras rupa...(susah nak cari sekarang ni) meh baca cerita yang aku dah copy ni..



"Ada seorang lelaki kerja di UAE meminta ayahnya carikan isteri & siapkan majlis kahwinnya. Lalu, ayahnya yg soleh memilih seorang wanita solehah yg berkualiti tapi tak cantik. Setelah lelaki itu tiba di Mesir, lalu dia disambut & setelah majlis semua itu ini...kemudian dia & isterinya dibawa kedalam ruangan, ketika isterinya membuka tabir wajahnya. Lelaki itu terkejut..dia terkejuttt...."Inikah isteri aku yg dipilih oleh ayah? Dia tak cantik..dia tak cantikk.." Setelah bertahun lamanya menunggu nak kahwin dg semangat yg membara, tapi kini dirinya kecewaaa lalu dia pun tertidur

Lalu si isteri pun mengejutkan si suami yg beremosi tadi, & si isteri berkata, aku tahu dirimu kecewa kerana aku tdk secantik seperti wanita lain, tapi aku ingin bernikah denganmu kerana hanya mahu tergolong dalam Hadis Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda : "Allah merahmati seorang suami yg bangkit dari sebahagian malam lalu dia sembahyang & mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, dia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yg bangkit pada sebahagian malamnya lalu dia sembahyang & mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud)
.
Wallahi !! Aku sangat berterima kasih kepada kau kerana menerima permintaanku ini. Aku dulu sedikit putus asa bahawa aku tak akan bernikah, kerana aku tahu aku tidak cantik. Dapatkah kini kau memenuhi hadis ini denganku? Dapatkah kau bangun & mengimami solat bersama ku? Solat Tahajjud bersama? Lalu lelaki itu bangun & mengimami solatnya. .
.
Lalu sahabat sekalian, lelaki ini bersumpah Demi Allah, bahawa ketika selesai dia solat tahajjud, mengimami solatnya, & dia melihat isterinya seolah-olah dialah wanita yg paling CANTIK didalam dunia
.
Begitulah kisahnya, maka saya nasihatkan, janganlah kita semua terpengaruh dg kisah drama filem di TV & sebagainya. Cinta Suci hanya sampai kehati kerana Allah, dan syaratnya kita semua mesti taat kepada Allah, & kini lelaki dlm kisah tadi mempunyai cucu hafiz quran & bakal ulama. MashaAllah .
.
Percayalah,
Tulang rusuk tak akan tertukar."


*terimalah kekurangan untuk kita rasa kebahagian itu..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...