Be My Followers

Friday, August 15, 2014

Cinta Tak Pergi..


Sudah sampai tika dan waktu
Untuk aku berterus-terang
Adakah kau, adakah kau kan terima
Cincin ku beri tanda bermula
Kisah cinta yang sejati
Jangan kau ragu cinta dariku
Ku terima adanya kamu
Walau apa yang terjadi
Hatiku ini telah terkunci
Oleh mata dan hatimu
Bertahun lamanya kita melalui segala
Suka dan duka
Kini masa sudah tiba membina istana
Kita kan bersama
Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu
Bertahun lamanya kita melalui segala
Kita kan bersama
Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu
Semoga ikatan yang kita bina terus membara
Sampai akhir waktu jadi penentu pemisah kita
Inilah cerita kisah paling indah jika
Cinta tak pergi
Cinta tak pergi...
Cinta tak pergi....

Xoxo

Thursday, August 14, 2014

Aidilfitri..


Hola..
Tadi cerita pasal raya pertama ni nak kongsi lagu raya yang aku suka masa musim raya ni..
Aidilfitri sanisah huri.. Kalau denagar mesti :,( sobsob ;p

Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan

Allah Allah Allahu Akbar (2x)


 

Raya pertama..


Hola..
Pagi ni lambattttt sampai ke ofis..huh
Hilang mood pepagi ni..

Dah masuk syawal ke 18 baru dapat update cite raya di hari pertama :p
Tahun ni bertema kan warna merah..sakit mata pandang hehe kalo yang mana tak tahn sila tutup mata   #gurau

Pagi kami di rumah dan seperti biasa mak ngn ayah kami kena melaung-laung seperti tarzan baru kita otang bagun dan bersiap..bila dah siap2 mula la sesi salam dan bermaafan..part ni aku sayu hati sikit hukhuk ditambah lagi suasana masa pagi raya tu memang lain macam tak boleh dapat pada hari-hari yang lain..


Dah selesai dekat rumah..kita ke rumah nenek
Kenyang makan kat sini kami ke kubur "menziarahi pusara kaum keluarga.." Hehe 

Anak dara sape la ni hehe 

Masa ni dekat rumah kawan ayah sebok pose kat atas karpet die yang cantik tu berbulu2 uolls hehe

Destinasi terakhir pada raya pertama tu ialah muar...balik kampung...ow..wo..balik kampung haha ni tempat paling aku suka balik.. Dan sini jugak tempat kami mengedikzz macam-macam gaya ada..

Dah puas bergambar makan lagi..kerja aku satu hari tu makan...makan dan makan tak boleh rasa sikit lapar pon cepat-cepat penuh kan balik balas dendam puasa kurang makan(turun berat badan)

Sekian cerita raya pertama aku..lepas ni nak cerita beraya di rumah kawan-kawan dan saudara mara pulak ;)
Xoxo

Sunday, August 10, 2014

Cerita dari dapur..


Hola..
Selamat petang ahad.. Kejap je dah ahad tak puas rasanye nak duduk rumah tapi apa kan daya kite ni keje kalo nak duduk rumah lama-lama sila amek cuti sendiri ye dak? Hehe 

Semalam seharian berjalan-jalan dengan mak hari ni seharian di dapur 
Aku suka kek coklat mak suka kek buah jadinya kita buat 2 kek sekali..yang coklat aku buat sikit je dan hasil nya ini

Traaaa...hehe

Cukup la untuk tekak aku je tak yah bebanyak semua orang nak makan sangat kek buah tu ha..makan..! Malas nak bertekak ngan mak..
Tapi hari ni pencapaian yang terbaik untuk aku apa mak aku cakap ye kan je..(caye tak? Haha) kalo tak melawan je kejenye hari ni mood sopan santun sampai :p cettt hikhik

Xoxo

Friday, August 8, 2014

Hari ini...


Hola...
Salam jumaat..
Raya..belum habis ramai lagi yang menanti nak menjengah ke rumah aku tu huhu
Minggu ni minggu minggu bosan sebab nya aku tinggal sorang..tu yang tak best kalau adik beradik sikit sorang keja luar melaka dan sorang lagi ke kem tinggal aku..uhh memang dua hari ni dok guling-guling kebosanan kat rumah..ngeeeeee

Hari ni nak cerita dekat ofis aku ada buat makan-makan setelah pening kepala memikirkan apa yang aku nak bawak esok akhirnye ayah aku bagi idea "p la buat agar-agar tu" ha kau pukul 10 malam dok kat dapur mengacau agar-agar..punya la lama nak fikir akhir sekali benda alah tu je yang mampu aku buat..gambar tak sempat aku nak ambik semalam lepas siap je aku terus tido..pagi tadi pon sama bangun lambat jadi tak sempat jugak huh..

Yang gambar atas tu aku makan pagi tadi sedap uolls hehe

Xoxo


Tuesday, August 5, 2014

Anak pakcik yang duduk hujung sana dah nak kahwin??



Hola..

Dah masuk raya ke berapa ni aku tak kira pulak tapi masih lagi saudara datang ke rumah untuk beraya.. Best nye kan..? Hehe tapi yang tak best nye along tak de jadi semua aku nak kena buat jurkkk2
Setahun sekali baru nak jumpa samali sedara sendiri pon dah tak kenal tahu-tau dia dah tunang dan dah nak kawin pun dengan jiran sekampung kau huhu dasyat tak hehe

Ok apa kaitan dengan tajuk aku?? ahhh..ni nk story :p

Lepas je saudar mara yang datang tadi balik aku ngn mak mula buat operasi mengemas tengah dok angakat cawan-cawan tiba-tiba aku ada perasaan ingin tahu yang mendalam pasal saudara mak tu

Aku: mak hensem ek abang tu?
Mak:aha..putih boleh tahn la muka die..
Aku:tapi kan orang rasa kalu dengan ank pakcik tu..macam tak sesuai je..(dengki) hehe
Mak:(dengan pandangan sinis paling pandang tepat ke arah aku) tu la jangan cakap orang tak cantik..yang tak cantik tu la jodoh die cepat...
Aku: *krikkk...krikk.* abih orang ni lambat je cantik ke..?
Mak:cantik la...!

Haha kembang aku kejap...kejap je lepas tu kembali sedar diri :p

Moral of the story...

Sayangilah ibu anda seperti dia menyangi anda.walaupun muka kita macam siput sekali pun tetap cantik kat mata seorang ibu.. Sobsobsob huhu

Terima kasih mak...i love u..muahhh2 tak penah ada orang kata kita cantik mak la orang pertama yang cakap gitu..

Xoxo

Friday, August 1, 2014

Bagaimana hendak Redha..?


Hola..
Salam jumaat..
Di sini masih sunyi ramai yang bercuti dan penuh dengan mood raya..  Badan dekat ofis tapi hati dekat rumah nak buat macam mana cuti tak ada jadi kerja la...kerja.. :p
Otak dah fikir malam ni ngn esok nak p mana ek..? Ada sesiapa nak buat rumah terbuka..sy nak datang...! Cehhh tak malu sangat kau myra hehe :p

Dah masuk raya yang kelima.  Kejap je masa berlalu dan dah masuk 1ogos :,( 
Semoga ada keajaiban hukhuk walau tak mungkin tapi masih berharap.
Walaupun pun dah tau akan kecewa...poyosss Gerrrrrr *krik...krikkk*

Xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...