Holla..
hari ini akak Myra nak
share sikit
bukan hasil tulisann
kita tp jumpa di fb
bagi semangat..! tak
semestinya tak ada anak aku tak boleh bahagia
yang pasti Allah maha
mengetahui.. "suara-suara sinis jaga-jaga tak semestinya awak ada anak
suami awak tak cari lain hehe"
aku akui setiap kali ada
pertanyaan tentang anak atau pon terlihat kanak-kanak hati jadi sebak sendiri..
#hatimenangissiapatahu ☹
sapa kata kita tak
nak..kita nak awak tapi mungkin kita belum sedia.. so Allah suruh kita sabar..
nikmat menanti untuk
orang-orang yang bersabar. itu aku yakin.ツ
"Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih
belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika. Memang awal
pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak
datang period pada setiap bulan yg berlalu. Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada
lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak
bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila
la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps
pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu
je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak
habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dgn
cerita mereka.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan,
bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa
belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah
mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu,
malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi
suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.
Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada
je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama,
masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita. Jadi, suami
ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus
kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb
mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia
dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat
kita
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita
kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar
amanah yg kita kena pikul. Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga
kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita
sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg
mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu
akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki utk
bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg
hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini. Sekarang fikir, kita rasa seronok
dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena
duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja
sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di
rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa
ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka "tak
mahu" ada tambahan zuriat. Mula la keluar alasan, belum ready, takde
keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada
ketentuan rezeki. Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang
dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka. Hidup
asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala
"eksiden" pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat
la.. Merungut sahaja!
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas
kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt
dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak,
rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah
swt tak mahu membebankan kita. Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih
sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami
kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah
dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!
Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri
segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah
sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya. Terlalu runsing nak ada
anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang
kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat
sana. Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah"
No comments:
Post a Comment