Be My Followers

Thursday, July 30, 2020

Hari Arafah - Waktu Mustajab Doa

Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186)
Semoga ALLAH SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Sesunguhnya kita banyak melakukan dosa. Aamiinn.
Sumber: Prof Dr. Muhaya

Himpunan Doa Hari Arafah
  1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
  4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
7 Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  1. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  2. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
  3. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  4. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  5. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  6. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).
  7. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.
  8. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  9. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.
  10. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  11. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  12. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  13. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  14. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.
  15. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  16. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  17. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  18. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  19. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.
  20. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  21. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  22. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  23. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.
  24. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.

sumber : 
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ni,Hari ni sis puasa bersama suami. Sebenarnya aku pon lupa pasal puasa ni helok keluarkan ayam nak bawak bekal pagi ni haha (teruknye jadi manusia) ツ hari-hari penting nak dapat pahala banyak tak ingat huhu. Nasib la laki ceq dok ingatkan "esok puasa banyak pahala dapat tau.." aku smbil pegang ayam. "oo..baru nak masak bekal esok " hahahaha sumbat terus masuk balik dalam peti ais. 
semperna hari ni banyak yang nak doa,semoga doa kita semua dimakbukan. Aminnn....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...