Be My Followers

Tuesday, March 18, 2014

Pagi penuh kabus rindu..

Hola..
Selamat pagi.. Mulakan hari dengan senyuman 
Semoga harini lagi best dari semlam yang best (kak fyda adim je yang faham) ;p hikhik



Tajuk entry nak gempak pagi  penuh kabus rindu bahaha..
Padahal nak cite pasal kabus pagi tadi..rindu tu saje nak sedapkan dan saje nak promote novel sifu "kabus rindu" hehe
pagi tadi otw pi kerja sepanjang jalan berkabus membataskan penglihatan aku ada pulak kereta yang tak bukak lampu ishhh teror gile.. Gelap +kabus dia boleh terang mata.
Disebab kan kabus yang tebal pagi ni ayah aku punye pesanan sebelum pegi keje pon lagi panjang dari biasa huhu 

Sekian entry #kabuspagi #pesananpanjang 

Xoxo


Sunday, March 16, 2014

Dapur Sabtu Ahad..

Hola..
Selmat petang 2 hari cuti berlalu begitu pantas dah petang ahad dah ni esok kerja..OMG malasnya rasa tapi apa kan daya kan.."kalaulah aku kaya" (beranagan kejap) hihi tak payah nak kerja weyy dok umah goyang kaki tapi apa kan daya kembali kedunia realiti rajin ke tak kena jugak pegi.

Jauh dah terpesong jom kembali ke cerita asal..biasa lah kalau cuti-cuti ni kalo tak ke dapur memang tak sah mau mak aku melaung macm tarzan..jadi nak tak nak moh le kedapur..



Ini aku buat cucur jagung sebab jagung ayang aku beli aritu dh naik kering kat dalam peti sejuk bila buat cucur ni ramai yang makan.



Ini daging masak ketumbar resepi mak aku yang aku korek dan aku share dengan korang tadi memang sedap.



Dan ini kejayaan terbesar dalam hidup aku akhirnya berjaya masak sambal goreng benda yang paling susah pada aku tapi hari ni semua makan bertambah hikhik  (kebetulan kot ari hi je sedap) hahaha


Ni aku punye pencuci mulut..

Korang nak potong sndiri hehe ;p

Xoxo













Resepi Daging Goreng Ketumbar..


Bahan-bahan:

Daging
Ketumbar
Bawang merah 
Bawang putih


Cara-caranya:

Goreng ketumbar dan kisar kering
Tumis bawang putih dam merah dah agak garing masuk kan ketumbar yang dah dikisar tadi kemudian masukkan air dan dging renih sebentar bagi daging empuk dan masukan garam sekukup rasa.

Ini lah hasil nya

selamat mencuba ;)

Xoxo




Friday, March 14, 2014

Aku dan pengalaman baru..


Hola... Selamat pagi 
Salam jumaat semoga jumaat ini membawa beribu rahmat kepada kita..
Semoga pencarian MH370 akan cepat berakhir..


Ok kita ke cerita asal semalam aku memang rasa nak patah kaki mana taknye stengah jam menghadap jammed dah la kereta manual balik cari minyak gosok kaki. Huhu
Pestime macam gini selama aku aku menjadi pemandu ini yang semlam paling mencabar. 



punye panjang nak sampai ke depan..stress gile tapi tak pe dapat pengalaman baru kan.. :)

#Semoga apa yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar.
Xoxo






Thursday, March 13, 2014

Semalam..


Hola selamat pagi...selamat datang ke sekolah lama hehe 

Semalam merupakan hari yang paling memenatkan sepatutnya entry ni di publish semalam tapi tah macm mane entry ini tidak di publish kan..jurkkkk nak jugak korang bace penat tulis tau

Semalam aku bangun dari 5.30pagi tadi sampai tengah malam tak dapat nak bergolek-golek di atas katil aku yang empuk tu.. Balik kerja memang pukul 5 tapi kene tunggu along pulak balik sampai rumah dah pukul 6.30petang samapi-samapai je tengok anak kucing dah beranak dok belek-belek anak kucing tu dah pukul 7.00mlm cepat-cepat mandi siap-siap semua hantar adik tusyen dah hantar pulak along ajak pegi photostat pegi sg udang pulak dok dekat kedai tu dh berjam. bayak pulak orang nak photostat malam ni tgok jam dh 9.30 malas nak balik dok lepak pantai pulak pukul 10.00mlm ambil adik sekolah.
Sampai rumah dah tak nampak benda lain selain dari katillllll bukan main melambai-lambai lagi(adoi tergoda betul) hehe 

Sekian sahaja kisah yang memenatkan semalam..

Xoxo..

Tuesday, March 11, 2014

Laksa goreng..


Hola..
Selamat tengah hari..
Misi berjimat jadi pagi-pagi aku dah bangun untuk memasak (aku masak ke?) haha hari ni tak aku sapu   Roti je (gambar roti tak de sebab dah habis makan) laksa goreng tu along aku yang masak..
Cakap pasal laksa goreng ni kawan aku fyda adim tak pernah makan jadi hari ini nak bagi dia rasa.  Tak sabar nak makan sebab perut dah keroncong dan dah lama tak makan ni 
So selamat tengah hari dan selamt menjamu selera.

Monday, March 10, 2014

Selamat pagi isnin...

Hola...
Pagi semua..
Mulakan hari kita degan senyuman dan semangat yang baru..
Dari sabtu samapai hari ni tak henti-henti berita mengenai MH370 masih lagi misteri..
Sampai hari ini di tempat kerja aku sebok membincangkan pasal MH370 macam-macam versi yang aku dengar

Kita masih lagi dalam penatian aku yang bukan ahli keluarga yang terlibat pon risau nak tahu mana perginya MH370 geng charlie's angel aku fyda adim lagi la tak pernah2 tengok berita sekarang asal ada berita keluar mesti dia nk tgok..haha 
Apa-apa pon kita doakan yang terbaik semoga mereka semua berada dalam keadaan yang selamat...Amin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...