Be My Followers

Saturday, February 25, 2017

Bila "DIA" tak ada..


holla...

selamat bercuti uollsss

happy2  la dengan keluarga korang
lagi pon ni kan minggu gaji so enjoy la bebelanja jangan sampai ujung bulan makan megi dah hehe
so berpada-pada la untuk bebelanja.

aku seperti biasa duduk dirumah sepanjang laki tak ada ni...
tapi minggu ni mencabar pulak sebabnya si putih @ dak viva aku buat hal la pulak macam berbau duit je dia kan huwaaaa...

masa-masa gini la buat hal nak itu ini..
maka hari ni duduk la di hosptal kereta errrr
tunggu la malam nanti makanik hantar die pulang rindu sudah


dia di hospital maka aku pon rasa macam nak demam hukhuk... ☹
17 hari lagi laki den nak balikkkk...tak sabar rasanya oiiii

Wednesday, February 8, 2017

minuman ais baik atau tidak..?




                                     Adakah Minuman Sejuk & Berais Baik..?

.
Menurut kepercayaan orang-orang lama, wanita yang sudah berkahwin di nasihatkan supaya jangan sesekali mengamalkan minuman sejuk kerana ia menjejaskan kesihatan dalaman serta menyejukkan peranankan. Penyakit hari ini senang singgah pada badan, tetapi ia amat susah untuk pergi iaitu disembuhkan.
.
Orang dulu-dulu memang berpantang dengan ais kerana akan menyebabkan rahim longgar, berangin dan berair. Ini akan menyebabkan proses persenyawaan gagal berlaku.
.
Selain itu, bagi wanita yang sedang datang haid, elakkan minum minuman berais dan makanan ubi kayu kerana angin boleh memudaratkan dan secara tidak langsung akan mengganggu sistem peranakan. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.
.
Justeru, amalan pemakanan sihat dengan membanyakkan minum air kosong atau air suam amat penting kerana ia dapat meneutralkan kembali makanan yang diambil. Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.
.
Sememangnya wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun. Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.
.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan dan nasihat Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang.
.
Dr Nik Hazlina mengatakan amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya dari sudut perubatan moden belum terbukti.
.
Namun demikian, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu ikhtiar hamil & kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya. Beliau juga menekankan amalan kesederhanaan perlu di titikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan untuk kesuburan.
.
Justeru harus di ingatkan, pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6 bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak Rahim.
.
Ada bidan kampung ajar, ais dan air sejuk mmg kna pntang..utk yg nk usaha hamil..satu sbb ia kembangkan rahim utk ppuan, & mencairkan air mani bg lelaki...^_^

#copy

sumber : https://www.facebook.com/groups/794355837374692/?multi_permalinks=1007257589417848&notif_t=group_highlights&notif_id=1486515152544115




Tuesday, February 7, 2017

Nurul Yuyull Story Moryy: ThrowBack Family Vacation '16 : Terengganu

Nurul Yuyull Story Moryy: ThrowBack Family Vacation '16 : Terengganu: Assalamualaikum dan salam perpaduan...�� Laut biru yang cantik.. Tajuk kali nii nak cerita pasal aku punye family vacation lahh....

http://nurulairil9311.blogspot.my/

Sunday, January 22, 2017

Saya Nak..Tapi Allah suruh saya Sabar..



Holla..
hari ini akak Myra nak share sikit
bukan hasil tulisann kita tp jumpa di fb
bagi semangat..! tak semestinya tak ada anak aku tak boleh bahagia
yang pasti Allah maha mengetahui.. "suara-suara sinis jaga-jaga tak semestinya awak ada anak suami awak tak cari lain hehe"

aku akui setiap kali ada pertanyaan tentang anak atau pon terlihat kanak-kanak hati jadi sebak sendiri.. #hatimenangissiapatahu
sapa kata kita tak nak..kita nak awak tapi mungkin kita belum sedia.. so Allah suruh kita sabar..
nikmat menanti untuk orang-orang yang bersabar. itu aku yakin.

"Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu. Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dgn cerita mereka.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.


Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita. Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul. Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini. Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka "tak mahu" ada tambahan zuriat. Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki. Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka. Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala "eksiden" pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la.. Merungut sahaja!
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita. Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!

Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya. Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana. Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah"



Wanita Terakhir..







Lirik Lagu Wanita Terakhir - Fattah Amin

Menjelang Hari - Hari Bahagia Kita
Kubayang Wajah Indahmu Bersamaku
Disisiku kau ukir senyum manismu
kau masih belum milik ku lagi...

Sambutlah cintaku duhai sayang
cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri...

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milik ku
Ohhhh sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku
Selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri

Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku..

Friday, January 13, 2017

Nurul Yuyull Story Moryy: Welcome From New Blogger

Nurul Yuyull Story Moryy: Welcome From New Blogger: Assalamualaikum dan salam perpaduan ...Hollaa !! Untuk entri pertama nii kita bagi "welcoming" dululahh ...Lagipon aku baru la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...