Be My Followers

Friday, April 4, 2014

Nasi ayam penyek..


Hola..selamat petang
Bersiaran dari tempat kerja kerana aku tak kemana-mana hari ini..cuma keluar sekejap ke seberang jalan ni untuk membeli makanan.

Lunch korang ape hari ni?? 
Aku hari ini makan nasi ayam penyek

Rasanya sangat sedap..aku suka yang paling aku suka tempe goreng  (aku kan orang jawa) tetiba je jawa tang mane? haha


Dan juga ini cendol..sedap weyyy 

Aku pun dah habis makan nasi ayam penyek dengan rakusnya haha kebulo kau :p
Bila perut dah kenyang mata pon dah mula berat ngantokkkkkk! Jom tido hihi ;)






Thursday, April 3, 2014

Tetap tabah walau cinta ditolak..

Teks : Myra Mokhtar & Artikel Dipetik Dari Majalah Mingguan Wanita bil.1585 04-10 April 2014
Foto : Carian Google


Hola.. Selamat pagi
Pepagi dah bukak cite pasal cinta ditolak tapi jangan salah faham bukan aku yang mengalaminya cuma nak berkongsi info yang aku dapat dari mingguan wanita supaya kita kekal tabah walaupun kena tolak..

1- bersangka baik
*jika dia bukan jodoh kita usaha masam mana pon tetap tak akan berjaya. Sentiasa bersangka baik degan tuhan sebab semua yang dijadikan telah disedikan pasanagn masing-masing.yakin yang tuhan Pasti memberi jodoh yang terbaik untuk kita.

2-perhatikan diri sendiri
*renung dan muhasabah diri. Adakah anda seorang yang benar-benar layak untuk menjadi kekasihnya? Sedangkan anda sendiri terumbang ambing baik dari segi emosi mahupun pegangan agama bagai mana anda mahu membimbingnya. Sebaiknya ada perlu tekat dalam diri untuk berubah menjaadi lebih baik lagi.

3-percaya pada diri
*jangan disebabkan seorang maka yang lain menerima akibatnya yang pasti akan memburukan keadaan anda sendiri. Jika anda mempunyai kepercayaan pada diri sendiri pasti anda memberi peluang kepada diri untuk menerima cinta lain yang sudah tentu lebih baik.

4-luahkan rasa hati
*jagan pendam perasaan sedih sendiri. Boleh mengganggu emosi dan ketenangan diri anda. Luahkan kepada rakan terdekat mampu mengurangkan sedih yang di alami.

5-maju kehadapan
*terus begerak kehadapan jangan bazirkan masa untuk menagisi. Bersikap positif terhadap pekara yang berlaku. Kita masih beruntung punyai ibu bapa dan ahli keluarga yang sayangkan kita dan segala anugerah tuhan telah berikan kepada kita. membuatkan kita belajar erti kata kesyukuran.

________________________________________________________________________________________


5 tips yang dikongsikan dalam majalah mingguan wanita yang aku dah ringkaskan. Semoga bermanfaat kepada anda yang sedang kecewa. Ingat itu bukan pengakhiran hidup tapi permulaan untuk kita menjadi lebih baik.

#kerana dirimu begitu berharga ;)






Tuesday, April 1, 2014

Happy Birthday Mom..


Hola..
Hari ini ceria walaupun pagi ni penuh jerebu..huhu

Hari ni 1 april merupakan hari ulangtahun kelahiran mak aku yang ke 46 tahun ;)
Tapi kami dah sambut awal semalam malam..


Ni hadiah untuk mak..hope mak happy walaupun tak mahal. Maklum le kami bertiga ni kan sengkek mana de duit nak beli mahal-mahal tapi InsyaAllah satu hari nanti mana tahu kan.. :)

Sebenarnya ada kisah kenapa beli jam tangan ni...masa aku kecik dulu aku pernah pecahkan jam mak aku berderai nak jadi cerita lagi jam tu ayah aku hadihkan dekat mak aku (sedih pulak) sobsob.. biasa la masa kecik kalau main tak hengat dunia habis aku langgarkan.  bila dah pecah gile-gila mak aku marah masa tu aku buat tak tahu je nak ganti mana de duit sekarang baru berkesempatan tapi tak la setanding yang macam ayah beli.

Bila dah bagi mak ayah pulak buat muka sedih huhu nasib baik kami ada beli untuk ayah sekali

Taraaaaaa... Walau tak seberapa tak setanding budi mak melahirkan dan membesarkan kami dengan kasih sayang selama ini.

Selamat hari lahir mak semoga panjang umur,di murahkan rezeki diberikan kesabaran yang lebih untuk menghadapi peel kami yang makin hari makin menjadi-jadi ni hehe
Harap mak banyak sabar untuk tengok menantu-menantu mak sebab kami sedang berusaha keras untuk mencari...(boleh gitu ayat??) bahahahaha

#sayangMAk

Xoxo







Monday, March 31, 2014

Fikir-fikir..


Hola isnin..
Selamat tengah hari olls perut aku dh mula bunyi macam-macam jenis lagu ni..wrghh laparrrrr..!
Nak makan mana hari ni?? Hari ni tak menjalani misi berjimat cermat sebab penyakit M sampai haha
Dah dua hari bjalan je malam cari katil tido huhu 

Dari pagi ada je yang tak kena. Gerrrrr
Ni semua disebabkan kisah senalam.
Dari semalm otak ni rasa tak boleh nak cerna apa yang mak aku cakap..bila dia masuk tercampak keluar balik bahahahaha (apakah?) nanti aku kongsikan. Makin aku fikir lagi serabut rasanya baik aku tak payah fikir tapiiiiiii....tak boleh dia sangat mengganggu.. (Susah betul)

#alasanuntukbahagia
Xoxo

Friday, March 28, 2014

Hola jumaat..


Hola..salam jumaat
Hari ni mula bertugas balik setelah berehat di rumah 1 hari.(rehat ke?) hihi
Sunyi lagi di sini..kosong dan lengang yang tinggL bunyi lampu dekat ats kepala aku ni je yang membingitkan telinga kat sini.

Rehat yang panjang hari ini tak tahu ke mane arah tuju..ke taska MIA atau duduk kat sini je tak pasti tengok tahap kerajinan aku mana tahu ke tempat lain pulak..haha

Tertarik dengan kata-kata di atas hidup ibarat main game..betul jugak kan?
Makin meningkat usia ni makan mencabar dugaan yang ada. kadang-kadang senang nk tempuh kadang-kadang tu...huhu sampai menagis uolls. Suka duka silih berganti apa pun dugaan tabahlah menghadapi...(tetibe masuk lagu raya) bahahahaha

Xoxo


                                                                                                                    

Thursday, March 27, 2014

Bersiaran dirumah..

Hola..
Selamat tengah hari semua..
Hari ini aku bersiaran dari rumah sebab akhirnya aku jadi cuti hehe
Biasa aku akan update cite di blog awal tapi hari ni lamabt sebabnya banyak betul aktiviti
Pagi bawak mak p klinik sebab dia demam..
Balik je rumah pi selongkar peti sejuk tengok apa ada nak masak..hari ni mak dok diam-diam na..biaq cik kak ngah masak huhu
Dengan bangganya padahal nak masak ape pon aku tak tau..
Setelah beberape kali tawaf dapur kecik tu last sekali aku terfikir ok kita masak sambal..!
So bertungkus lumus lah didapur sampailah terhasil sambal goreng..


Dah siap masak sambal goreng..macam tak lengkap lagi fikir nak goreng sayur kalu biasa putih tu je takde orang nak makan jadi aku pun google tapi kebanyakan goreng biasa je..bukak balik peti sejuk tengok ada kiub tom yam..nak masak tom yam ke? Uisss malas pulak..
Fikir punya fikir ok aku try goreng sayur masuk kiub tomyam.. Kalo tak sedap aku buang haha
Tapi uolls rupa-rupanya sedappp mak aku suka haha maknanya misi berjaya lah 


Siap misi masak memasak ni nak siapkan misi menulis cerpen pulak
Semoga cepat habis yang penting gambar sumber inspirasi ada dekat depan huhu kalau mengantok pon boleh jadi segar ;p

Sekian sahaja siaran dari rumah aku. Jumpa dalam entry seterusnya
Daaa..

Xoxo


                                                                                                                         

Sayur goreng tom yam..


Bahan-bahan:

Udang
Daging
Ayam
Sayur-sayur (terpulang nak masuk apa pun)

Caranya:
Tumis sedikit bawang merah dan putih
Masukan air dan juga masukan udang,daging,ayam tadi(renih sekejap)
Masukn kiub tom yam dan sedikit garam
Akhir sekali masukan sayur..

Taraaaa...siap.!

Selamat mencuba ;)

Xoxo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...