Be My Followers

Thursday, August 28, 2014

Terkunci di bilik kecil...


Holla..
Dalam banyak-banyak entry aku yang ni paling tak best nak cerita..tapi atas pemintaan ramai jadi aku hasil kan lah juga entry ni (tak sangka ramai rupanya pembaca tegar blog picisan aku ni) hahaha nak berkongsi tentang pengalaman aku yang terkunci selama beberapa minit di dalam bilik kecik dan sempit. Bilik apa?? Toilet uolss.. Hukhuk

Punya la kecut perut aku bila pintu toilet tu tak terbuak mula-mula dh nak nagis rasanya tapi aku kuat kn semangat try..dan try.. Mana la tau ada keajaiban yang berlaku pintu tu boleh terbukak kn
Sampai la naik lenguh tangan aku dah berserah je dalam otak dah fikir abis la aku.. dah la petang mesti orang tak perasan yang aku terkunci dalam ni...takuttt...! "Kejap lagi gelap ada hantu..Urghhhhhh :( :(  kalau mati dalam ni cam ne?? Esok baru orang jumpa aku hukhuk tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk....!" Tu adalah pekara yang dok main-main dalam kepala aku masa tu.

Tapi aku tak putus asa cuba lagi nak bukak pintu tu aku rentap sekuat hati n Alhamdulillah...syukur Ya Allah..ada jugak orang yang perasan aku dekat situ... Mula la datang hero2 yang datang menyelamat sampailah aku dapat keluar dari situ..sangat beryukur..kalau tak de korang semua memang aku dh mati kering dalam tu..maaf tak sempat nak cakap terima kasih sebab aku nebes+malu gila bakkk angggg...! Rasa nak tutup muka je bila keluar..  gigil tangan walaupun boleh amek gambar dengan senyum masa tu tapi dalam hati..tuhan je yang tahu..

Ni lah gambar aku masa masi terkuci dalam toilet nampak releks je kan...haha kau tak tau dalam hati dup..dap..dup..dap..lambat sangat nak keluar ni..huhu

Sekian kisah paling tak best dalam hidup aku..hope semua dah berpuas hati saya dah tulis cerita ni dalam blog yekkk..

Xoxo

Sumber:gambar fon sendiri & google dan dah di ubah suai mengikut situasi aku.

Tuesday, August 26, 2014

Maafkan Aku..





  • Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu
  •  Yang hilang bertahun-tahun yang makin rapuh
  •  Bila tersedar di atas kesilapan diriku
  • Ku lupakan cerita lama dan terus kembali
  • Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
  •  Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
  • Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
  •  Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku
  • Tidak terdaya untukku menanggung rindu
  •  Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
  • Bila tersedar di atas kesilapan diriku
  •  Ku lupakan semua dan kembalilah
  • maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
  •  Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
  • Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
  • Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku
  •  Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
  • Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
  • Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
  • Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku
  • Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu

                                                                                                                   

Sunday, August 24, 2014

Kastard Jagung..


Holla..

Hari ini dirumah jadi apa lagi jom memasak...! :p

Sebenarnya dah lama nak buat kastard jagung ni cuma masa tak mengizin kan asal cuti ada je tempat yang nak pergi tak pun ada je kerja yang nk buat dan hari ni traaaa... Jemput tengok korang hehe
Berjaya jugak menghasilkan dengan tunjuk ajar dari mak. Mak kata ni resepi arwah nenek..so boleh la korang cuba..

Bahan-bahan dan cara:

1cawan tepung kastard
1cwn gula halus
5cwn santan 
1/2 tin jagung manis atau kalau nak letak lebih pun boleh ikut cita rasa korang
Kacau sampai kilat nampak macm berminyak tu dah masak la..so tung dalam loyang dan sejukan..

Selamat mencuba...
Xoxo


Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung..


Holla..
Selamat malam..
Selamat pulang #MH17
Hari ini 22 ogos 2014 merupakan hari berkabung untuk semua rakyat Malaysia bagi melahirkan rasa simpati terhadap kru dan juga penumpang MH17 yang telah terkorban.
Pada hari ini juga kita diminta bertafakur selama satu minit..aku juga tidak ketinggalan.
Sebak terasa pada saat itu semua bersatu hati kami bersama-sama berdiri dan bertafakur selama seminit. kami menonton secara live dari pada ketibaan jenazah sampai la ke akhirnya..
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..semoga ahli keluarga magsa tabah menghadapi dugaan ini.


#MH17 sentiasa dalam ingatan kami

Xoxo


Thursday, August 21, 2014

Banjir..oh...banjir..


Holla..
Moningg..
Pagi ni langit menagis haha tapi tagisan hari ni tak membuat kan melaka banjir macam minggu lepas..
Dan termasuklah kawasan rumah aku..

Tak pernah dalam sejarah kawasan rumah aku naik air tapi minggu lepas die naik dah la rumah tepi tu sungai.

Masa pagi aku nak keluar rumah kawasan gelap memang tak nampak apa2 aku jalan tiba-tiba tgok jalan dh penuh dengan air masa tu aku rasa macam dah jadi orang pulau keliling semua air je nasib tak jalan depan lagi kalo tak..memang sah2 kereta masuk sungai air deras penuh atas jalan.susahnye hati masa tu..hukhuk 
aku tak boleh cuti sebab cuti yang ada tu tinggal untuk kegunaan lebih penting bulan 9 nanti... nak tak nak aku tunggu smpai banjir tu surut sikit baru gerak p keje tapi tengok tebing sungai dah runtuh sikit jalan yang sedia kecik tu jadi lagi kecik..(kecik besau hati nak jalan).. kol 10 baru sampai tempat kerja..

Pagi ni bila dengar je bunyi hujan hati dah mula risau jangan banjir..

Xoxo

Tuesday, August 19, 2014

Tetamu syawal 2..

"Tetamu datang tetamu pergi namun tak tiba orang ku nanti.." Cewahhh menyanyi pulak..
Masih mood raya la katakan..

Holla
Selamat pagi semalam punya kisah lagi tetamu syawal yang sudi sudi datang ke rumah mak dan ayah aku ni..(mak ayah ea..kita belum mampu nak ada rumah) hehe 

Spaghetti je yang mampu aku buat untuk kamu-kamu sekalian sebab paling mudah bukak tin je hehe kalo lain tu maaf yek bukan kepakaran lagi :p

Yang baju kuning tu kawan dari tadika hingga la sekarang dulu selalu lepak rumah die arwah mak die memang ramah kalau bercakap tu ada je yang boleh buat kita ketawa sekarang turun kat die pulak kalau duduk dengan die rasa singkat betul waktu  kejap je dan pastinye sakit-sakit perut gelak..

Yang sorang lagi berseluar putih tu pulak minah KL haha
Kalau jumpa dengan dengan si aisyah tu memang jadi gaduh.yang sorang tu sebok mempertahan kan kampung tercinta sorang lagi berbangga jado orang KL gasak la..seronok tgok die orang..rindu masa sekolah #tetibe. Hehe
Dayah ni kawan dari tingkatan 2 mula die tegur aku dalam kelas sampai la sekarang jadi kawan baik kalau gaduh tu biasa la pastu baik balik..

Tapi ada lagi geng gedikzzz aku dulu yang dapat datang sama Ezza jo dangan Tina karim..kalau ada lagi meriah..mereka-mereka semua belajar lagi kita ni je yang malas :/

Bercerita punya cerita dah pukul 10 mlm kejap je baru nak bergosip ahaksss
Dalam sepuluh lebih die orang balik aku sambung tengok misiku kuza sampai pukul 11 dah tu mengemas basuh pinggan mangkuk nak dekat pukaul 12 tgh malam..ngantok gile bak anggggg
Dapt je katil lega weyyy melurus-luruskan pinggang..memang tak sado sampai pagi tadi lekat nye mata nak bukak.

Tapi dapat jumpa korang memang best..sangat-sangat bermakna. lepas ni kalau boleh nak jumpa lagi semua kawan tingkatan 5/6 dulu nak tau jugak ape cite korang sekarang..

Xoxo


Monday, August 18, 2014

AWAS wanita..!


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Sumber: c/p
Sekadar perkongsian..
Xoxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...