Be My Followers

Sunday, January 22, 2017

Saya Nak..Tapi Allah suruh saya Sabar..



Holla..
hari ini akak Myra nak share sikit
bukan hasil tulisann kita tp jumpa di fb
bagi semangat..! tak semestinya tak ada anak aku tak boleh bahagia
yang pasti Allah maha mengetahui.. "suara-suara sinis jaga-jaga tak semestinya awak ada anak suami awak tak cari lain hehe"

aku akui setiap kali ada pertanyaan tentang anak atau pon terlihat kanak-kanak hati jadi sebak sendiri.. #hatimenangissiapatahu
sapa kata kita tak nak..kita nak awak tapi mungkin kita belum sedia.. so Allah suruh kita sabar..
nikmat menanti untuk orang-orang yang bersabar. itu aku yakin.

"Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu. Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dgn cerita mereka.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.


Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita. Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul. Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini. Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka "tak mahu" ada tambahan zuriat. Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki. Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka. Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala "eksiden" pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la.. Merungut sahaja!
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita. Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!

Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya. Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana. Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah"



Wanita Terakhir..







Lirik Lagu Wanita Terakhir - Fattah Amin

Menjelang Hari - Hari Bahagia Kita
Kubayang Wajah Indahmu Bersamaku
Disisiku kau ukir senyum manismu
kau masih belum milik ku lagi...

Sambutlah cintaku duhai sayang
cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri...

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milik ku
Ohhhh sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri
Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku
Selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri

Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia untuk selamanya
Abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila harus ku menanti
Untuk kau menjadi milikku..

Friday, January 13, 2017

Nurul Yuyull Story Moryy: Welcome From New Blogger

Nurul Yuyull Story Moryy: Welcome From New Blogger: Assalamualaikum dan salam perpaduan ...Hollaa !! Untuk entri pertama nii kita bagi "welcoming" dululahh ...Lagipon aku baru la...

Friday, December 30, 2016

2017...Apa yang Aku Nak..?

→ Holla
Jumaat akhir pada tahun 2016..
Selamat tinggal kenagan yang sangat manis dan juga yang paling pahit sepanjang tahun ini..
melangkah meninggalkan 2016 mari menuju ke tahun 2017..semoga perjalanan pada tahun yang baru bergerak dengan sebaiknya...

macam tiap-tiap tahun mesti ada azam yang korang pasang untuk tahun baru..dah tercapai belum?haha kalau belum sila list untuk dibawa ke tahun baru. bagi aku azam 2016 hampir sempurna semuanya..

tapi 2017 ni apa yang aku nak @ apa yang aku harap...

 RUMAH
→ye kalau boleh...dalam perancangan aku memang  nak ada rumah sendiri tapi tak pasti bila boleh dapat hehe (kalau tak dapat tahun 2017 kita bawak lagi tahun-tahun seterusnya.. hahaha)
tak salah nak ada angan-angan mne tau jadi kenyataan. Macam angan- angan aku nak kawin pada tahun 2016 walaupon tak de pakwe masa tu tapi tup2 kwin jugak haha syukur sangat macam mimpi jadi realiti.. Syukran Ya Allah.. シ


➡Dannn yang kedua..semoga aku berpelung merasa saat-saat ini..masih berharap walaupun aku tahu kekurangan aku..moga tuhan merestui..tiada yang mustahil Aku yakin dengan kuasa ALLAH..
biar suara dan pandangan sinis yang datang semoga aku tetap kuat.

 itu sahaja impian aku bagi tahun 2017 tak banyak pon semoga tercapai

ジジシシシシ








 

Thursday, December 29, 2016

bila sorang-sorang..

Holla..
malam uolls
haha gediks di tengah malam
seperti biasa aku jadi isteri tinggal..haha
bila dah tinggal tu kena pandai-pandai la buat aktiviti semdiri
selain dari makan dan mengembangkan badan aku tambah lagi satu update blog haha lama tinggal kan hari tu kan ni kembali.hehe

sambil-sambil tu nikmatila buah-buah tempatan kihkih(tak tinggal jugak makanan tu ☺







Wednesday, December 28, 2016

Akulah Pengantin tu...



Holla...
masih lagi nak cerita pasal kawin kita..
haha
pengalaman yang tak dapat aku lupa seumur hidup bukan sahaja yang bahagia tapi ada jugak yang memalukan haha merah pipi weyy
pengalaman menjadi pengantin sangat indah tapi tak aku sangka aku lah juga pengantin yang jatuh tanggga semasa turun dari pelamin hahha
bayangkan berapa ramai orang yang tegah tengok dekat kita... konon nak bajet ayu atas tu sekali terjelepok jatuh tangga..malunya hanya tuhan tahu ツ 
 

Tuesday, December 27, 2016

Kita Nasihat Tapi Kita Buat..

Holla..

Mood sendu hakak kembali..
tiba-tiba rasa semua kembali.. atau dalam bahasa ringkas tak boleh nak move on...gitu
tapi aku tertarik dengan kata-kata ini..
biar orang buat kita tapi jagan balas..
baik betul pesanan nya haha
tapi macam mana pulak kalau diri yang berpesan tu sendiri yang melukaan hati orang dan orang tu tak maafkan huhu dan sedikit pon tak ada rasa bersalah haha
#kitainsanbiasa 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...