Holla...
Pagi ini akk myra nak cerita sikit..
Bila kita berjumpa dengan orang yang lagi tua dari kita kena cium tangan betul tak?
Tapi apa yang akak lihat sekarang ini adik-adik, dan anak-anak sekarang malahan kadang-kadang abang-abang dan kakak-kakak jugak yang macam dah keliru cium tangan ke sekadar meletakan di dahi. Kadang aku jugak terfikir ni budaya kita ke??
Rasanya masa kita kecik-kecik dulu kita di didik mencium tangan kan..malahan cuba kita dengar semula bait-bait lirik lagu raya mamat yang saban tahun di putar kan " kan ku cium tanganmu..bila kita bertemu.." Betul kan..ada tak kita dengar "kan ku letak tangan mu di dahiku.."" Haha tak de kan..jauh bebeno bunyinya.
Nak salahkan generasi yang baru pun tak boleh jugak. Mungkin mereka terpengaruh dengan sinetron dari negara seberang bukan mencium tangan tapi meletakan tangan di dahi..kalau korang tak percaya boleh tengok sinetron dari negara seberang tu..perhati betul-betul masa mereka bersalaman.
Jadi tugas kita bagi yang nampak boleh la menegur supaya budaya kurang sopan ni tak terus berleluasa.
Nampak macam remeh tapi bagi aku besar..walaupun kadang-kadang aku faham ada makcik-makcik/pakcik-pakcik tu kita nak salam..dia cepat-cepat tarik tangan macam kita nak jilat tangan die haha sabar je la. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak mencium tangan kan. Tak semua macam tu cuma segelintir.
Bukan nak menunjukan akak ni bagus dan sedar usia akak pon baru 25 tahun nak menegur..tapi rasanya wajib bersuara kerana budaya bersalaman mencium tangan ini makin terhakis. Tapi yang wujud sekarang budaya meletakan tangan di dahi.
Sekian hujah pagi ini panjang lebar..
Sekadar ingatan
Myra
No comments:
Post a Comment