[ Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang.]
Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan famili. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
.
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap,
“Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
"Baru 22 tahun, belum habis study dah dapat offer jadi Host MHI!"
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!
Sumber: fb
www.izzharnazri.com
.
No comments:
Post a Comment