Be My Followers

Monday, February 29, 2016

Cinta Teruna Kimchi..



Berakhir sudah teruna kimchi...

lambat nak mengupdate kisah ini..
pada aku cerita ini lah satu-satunya pelakon yang memang daripada Malaysia belakon jadi mamat korea pelatnye menjadi macam betul-betul baru belajar bahasa Melayu. tanpa adegan bersentuhan tapi boleh sampai masej yang yang disampaikan..ini pendapat aku la ea..

pada yang tak sempat tengok ni ada sinopsis cerita ni

Mengisahkan suratan di sebalik satu pencarian apabila Kang Ye Jun (Nazim Othman), mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia, cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar. Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya. Dia lebih kecewa apabila mengetahui ibunya menyorokkan kisah yang sebenar dan membiarkan dia tertanya-tanya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Hasil pembacaannya, agama Islam yang paling kuat di Asia Tengara adalah Malaysia dan Indonesia, ini mendorong Kang Ye Jun menguasai bahasa Melayu dan Indonesia. Dia mahu mengetahui sikap orang Islam yang sebenarnya. Pada awalnya dia menyalahkan agama kerana itu mungkin di antara penyebab dia tidak bertemu ayahnya dari kecil. Malah dia berasa malu kerana ada yang beranggapan dia adalah anak luar nikah.

Keperitan hidup Kang Ye Jun juga menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan kimchi. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga. Sedang Kang Ye Jun mencari maklumat tentang Islam di Masjid Itaewon, dia mengenali Amin (Johan As’ari) yang merupakan pembantu imam. Pertemuan itu membuka hatinya tentang ketulusan agama Islam. Malah dia juga terpilih untuk menghabiskan pelajaran semesternya di Malaysia.

Di Malaysia, Kang Ye Jun diselia di bawah Suraya (Risteena Munim) yang juga merupakan pensyarahnya. Dalam masa yang sama, Kang Ye Jun sekelas dengan Saidah (Niena Baharun) yang sebenarnya bakal dijodohkan dengan Amin. Suraya bersifat kebaratan namun tenang bersama Kang Ye Jun yang sering memberikan nasihat seperti yang dipelajarinya dari Amin. Manakala Saidah teruja belajar bahasa Korea dengannya. Hubungan erat mereka memerangkapkan mereka dalam segitiga cinta.

Suraya menyukai Kang Ye Jun tetapi Kang Ye Jun menyukai Saidah. Saidah terpaksa melupakan hasratnya kerana menunggu kepulangan Amin. Pada masa yang sama, Kang Ye Jun tetap berazam mencari ayahnya, Haji Yusuf (Rahim Jailani). Berjayakah dia?

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...