Be My Followers

Tuesday, May 14, 2013

Sedetik Cinta..


Entry ke dua aku untuk hari ini,
Sedetik cinta cerita ini memang aku suka tengok kalau terlepas esok pagi mesti tengok balik kat TONTON hikhikhik sebab aku suka tengok cerita ni ialah

dia ni...heee tgok tu wahhh i loike AWAL..
tak sabar nak tunggu episod akhir..nak tau jugak apa yang jadi dekat si tini tu dan jugak kakak si amy tu
jadi moh le kita sama-sama tengok malam ni... :)

barisan pelakon SEDETIK CINTA..





sumber: dari google

DIAM...

Pagi ini mula kan entry aku pasal diam...huhuhu
kenapa?? sebab aku lah yang terkenal dengan diam hingga kadang-kadang sampai orang di sekeliling pijak kepala kan? tapi tak pe aku akan terus diam jugak selagi aku mampu. Atau dia orang memang nak tengok aku buat macam ayat last tu

"NAMUN SEANDAINYA DIAM KITA BUKANLAH SESUATU YANG BIJAK MAKA KATAKANLAH HINGGA MEREKA DIAM"

Tq kak fyda sebab kongsikan ini pada saya heee
ia sangat bermakna.. :)

Monday, May 13, 2013

Wajarkah ibu bapa menyakitkan hati anak-anak?


Hari ini aku nak kongsi satu soal jawab dari blog ini. Walau macam mana jahat atau pun buruk ibu dan ayah kita tetap kita kena hormat kerana mereka sangat berjasa kepada kita dan tak mungkin kita dapat membalasnya.

wajarkah ibu bapa menyakitkan hati anak2?

 Seorang Muslim adalah dilarang menyakiti Muslim yang lain.. tak kira la menyakitinya dari sudut fizikal ke, mental ke.. juga tak kira la sama beliau itu saudara mara ke, kawan2 ke, orang asing ke.. juga kita dilarang menyakiti sesama manusia, haiwan dan tumbuhan tanpa sebab yg dibenarkan syarak.
Jika ibu bapa memang saja2 je nak menyakiti hati anak, sama la situasinya.. itu juga dilarang.. kecuali la kalau ibu bapa tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi anak tu yg terlalu sensitif.. tegur sikit dah kecil hati.. terus keluar rumah la, masam muka dengan mak ayah la..

Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) keluarga..

Begitu juga dalam bab harta.. anak2 tidak boleh mengambil harta ibu bapa (spt yg banyak berlaku sekarang ni.. harta bapa ditukar nama, kemudian sang bapa dihantar ke rumah orang tua), tetapi bapa boleh mengambil harta anak2nya walaupun tanpa pengetahuan anaknya.. Kiranya untuk bapa ini, hartanya adalah hartanya, harta anaknya juga adalah hartanya.. Ustaz Love tak berhajat nak panjangkan huraian tentang perkara ini.. sekadar nak menunjukkan, bahawa melakukan perbandingan antara anak dan ibu bapa merupakan suatu perbandingan yang salah.

Buat la baik mcm mana pun, ia langsung tak dapat menyamai kebaikan ibu bapa.. Jahat la ibu bapa macam mana pun, ianya tidak menghakis pengorbanan besar yg mereka telah lakukan terhadap anak2.
Jika kita sibuk memikirkan persoalan hati kita, pernahkah kita bayangkan persoalan hati ibu bapa? Kita bukan lahir2 1 2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu.. ambil masa berbulan, baru bleh meniarap.. bertahun baru boleh berjalan.. bertahun juga baru bercerai susu dan lampin.. itu pun kerja dok terkencing atas tilam je masa mula2 belajar tak pakai pampers.. Siapa agaknya yg tolong basuhkan berak, cucikan pakaian dan tilam yg terkena najis anak2.. siapkan susu.. tak tido malam sbb anak2 menangis nak susu, nak ajak main dsb? Ibu tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun beliau masih lagi lemah (sbb darah nifas masih keluar), tido tak tentu masa.. semua tu dilakukan dengan penuh kasih sayang.. anak berak pun dikatakan comel.. 

berapa lama agaknya masa kasih sayang itu berterusan?
Bila kita dah besar sikit (dan sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), kita selalu sakit hati dengan kata2 ibu dan bapa.. padahal mereka cuma berkata2.. mereka tak kencing kat baju kita.. mereka tak suruh pun kita basuh punggung mereka.. mereka tak kencing merata2 nak buat kita susah nak cuci.. mereka juga tak minta kita suapkan makanan, pakaikan lampin.. tolong buatkan susu tengah malam dsb..
Mereka cuma berkata2 je.. dan kebanyakan kata2 mereka itu memang betul dan kena tepat atas batang hidung kita.. itu yang buat kita tak puas hati.. sampai kita plak terasa nak membalasnya supaya ibu bapa sedar diri.. padahal sepatutnya yg kena sedar diri di sini adalah kita, bukan mereka.. sbb ibu bapa kedudukannya sangat tinggi, dan anak yg bertahap rendah ni tak payah la perasan dah cukup bagus untuk mengecilkan hati mereka.
Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat je kita buat.. sbb kita sedar ‘tahap’ bos tu kat mana, ‘tahap’ kita ni kat mana.. Tapi kalau ibu bapa yg suruh dan bagi arahan, jangan kata nak buat, kita pertikaikan lagi.. kalau buat pun, dengan muka yg tak puas hati..
Kalau mak marah, apa salahnya kita diam dan dengar.. perangai mak2 memang macam tu.. Kadang2 kita tak tahu apa yg ditanggung oleh mak.. bila rumah tak kemas, mungkin ayah tengok dan marah kat mak.. sbb mak tak pandai nak urus rumah.. kita memang la tak tahu, sbb ayah marah mak dalam bilik.. jadi bila mak marah kita balik, memang padan la sbb yg buat sepah itu adalah kita sendiri.

Tak perlu nak kecik2 hati dengan mak atau ayah.. jika betul kita sayangkan mak atau ayah, kasih sayang itu lebih besar daripada rasa kecik hati kita.. mak atau ayah buat apa pun, insyaAllah kita takkan terasa hati..


*(sekadar renungan untuk diri sendiri dan juga mungkin pada anda yang membaca) ;)

puasa..

Hai isnin..!!
pemulaan hari yang baik walaupun hujan..huhuhu
setelah bberapa hari sebok membuatkan sangkar untuk kucing-kucing aku yang telah di buang oleh hamba allah tu... :/ penat nye...

Ok berbalik pada tajuk tadi..puasa ye, memang ni belum bulan pose tapi aku puasa sebab?? biasa la nak ganti pose-pose yang aku tertinggal tu heee
   aku ajak kak fida pose kalau tak nanti dah masuk bulan pose balik pose tak ganti-ganti lagi.

Bila puasa ni macam godaan sampai,
belum petang lagi dah teringat macam-macam nak makan buka nanti..oh tidakkkk!!!!
syaitannn pi jauh-jauhhhhhh...


*sumber gambar dari google..

Sunday, May 12, 2013

happy mother's day..


hai semua...
minggu ni amat mencabar untuk aku sebab macam-macam dugaan yang aku kena lalui..
tapi bila fikir-fikir balik aku sedar "Tuhan tidak akan menguju diluar kemampuan kita"
=)
lupa kan cerita sedih pilu tu

 hari ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU..kepada mak aku PN.ALINA dan kepada semua ibu-ibu yang ada. Love u mum... 
terima kasih sebab lahirkan saya..
terima kasih sebab sayang saya...
terima kasih sebab sentiasa bersama saya dimasa susah dan senang...
terima kasih atas segala-galanya..

tak terbalas jasa mak pada saya...

Friday, May 10, 2013

JANGAN..

Wanita masuk NERAKA hanya kerana seekor kucing...


Assalamualaikum.. selamat pagi 
salam jumaat...
pagi-pagi aku dah emo.. + meroyan.. sebab nye..
ada orang yang tak berperi kemanusiaan dah buang anak2 kucing aku...!!
pls la weyyy kucing-kucing tu tak salah pun kot kau tak payah nak buang dia lagi pon dia duduk dekat rumah aku(jangan nak menyebok sangat la) pagi petang aku bagi dia makan. 

aku tak tau la kenape..bukan nak kuarang ajar tapi sebab dia dah dulu main kasar ngan aku. pantang aku orang buat macam tu dengan kucing-kucing aku dia kan binatang tak de otak nak fikir asal ko buat dia macam tu.!!!?????????????????
KAU TU ADA OTAK FIKIRRR LA WEYYYYY!!!!

Dalam riwayat Bukhari, “Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.” 


*kalau anak-anak kucing aku mati sebab kau tanggung la dosa nye nanti yeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...