Be My Followers

Monday, May 13, 2013

Wajarkah ibu bapa menyakitkan hati anak-anak?


Hari ini aku nak kongsi satu soal jawab dari blog ini. Walau macam mana jahat atau pun buruk ibu dan ayah kita tetap kita kena hormat kerana mereka sangat berjasa kepada kita dan tak mungkin kita dapat membalasnya.

wajarkah ibu bapa menyakitkan hati anak2?

 Seorang Muslim adalah dilarang menyakiti Muslim yang lain.. tak kira la menyakitinya dari sudut fizikal ke, mental ke.. juga tak kira la sama beliau itu saudara mara ke, kawan2 ke, orang asing ke.. juga kita dilarang menyakiti sesama manusia, haiwan dan tumbuhan tanpa sebab yg dibenarkan syarak.
Jika ibu bapa memang saja2 je nak menyakiti hati anak, sama la situasinya.. itu juga dilarang.. kecuali la kalau ibu bapa tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi anak tu yg terlalu sensitif.. tegur sikit dah kecil hati.. terus keluar rumah la, masam muka dengan mak ayah la..

Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) keluarga..

Begitu juga dalam bab harta.. anak2 tidak boleh mengambil harta ibu bapa (spt yg banyak berlaku sekarang ni.. harta bapa ditukar nama, kemudian sang bapa dihantar ke rumah orang tua), tetapi bapa boleh mengambil harta anak2nya walaupun tanpa pengetahuan anaknya.. Kiranya untuk bapa ini, hartanya adalah hartanya, harta anaknya juga adalah hartanya.. Ustaz Love tak berhajat nak panjangkan huraian tentang perkara ini.. sekadar nak menunjukkan, bahawa melakukan perbandingan antara anak dan ibu bapa merupakan suatu perbandingan yang salah.

Buat la baik mcm mana pun, ia langsung tak dapat menyamai kebaikan ibu bapa.. Jahat la ibu bapa macam mana pun, ianya tidak menghakis pengorbanan besar yg mereka telah lakukan terhadap anak2.
Jika kita sibuk memikirkan persoalan hati kita, pernahkah kita bayangkan persoalan hati ibu bapa? Kita bukan lahir2 1 2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu.. ambil masa berbulan, baru bleh meniarap.. bertahun baru boleh berjalan.. bertahun juga baru bercerai susu dan lampin.. itu pun kerja dok terkencing atas tilam je masa mula2 belajar tak pakai pampers.. Siapa agaknya yg tolong basuhkan berak, cucikan pakaian dan tilam yg terkena najis anak2.. siapkan susu.. tak tido malam sbb anak2 menangis nak susu, nak ajak main dsb? Ibu tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun beliau masih lagi lemah (sbb darah nifas masih keluar), tido tak tentu masa.. semua tu dilakukan dengan penuh kasih sayang.. anak berak pun dikatakan comel.. 

berapa lama agaknya masa kasih sayang itu berterusan?
Bila kita dah besar sikit (dan sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), kita selalu sakit hati dengan kata2 ibu dan bapa.. padahal mereka cuma berkata2.. mereka tak kencing kat baju kita.. mereka tak suruh pun kita basuh punggung mereka.. mereka tak kencing merata2 nak buat kita susah nak cuci.. mereka juga tak minta kita suapkan makanan, pakaikan lampin.. tolong buatkan susu tengah malam dsb..
Mereka cuma berkata2 je.. dan kebanyakan kata2 mereka itu memang betul dan kena tepat atas batang hidung kita.. itu yang buat kita tak puas hati.. sampai kita plak terasa nak membalasnya supaya ibu bapa sedar diri.. padahal sepatutnya yg kena sedar diri di sini adalah kita, bukan mereka.. sbb ibu bapa kedudukannya sangat tinggi, dan anak yg bertahap rendah ni tak payah la perasan dah cukup bagus untuk mengecilkan hati mereka.
Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat je kita buat.. sbb kita sedar ‘tahap’ bos tu kat mana, ‘tahap’ kita ni kat mana.. Tapi kalau ibu bapa yg suruh dan bagi arahan, jangan kata nak buat, kita pertikaikan lagi.. kalau buat pun, dengan muka yg tak puas hati..
Kalau mak marah, apa salahnya kita diam dan dengar.. perangai mak2 memang macam tu.. Kadang2 kita tak tahu apa yg ditanggung oleh mak.. bila rumah tak kemas, mungkin ayah tengok dan marah kat mak.. sbb mak tak pandai nak urus rumah.. kita memang la tak tahu, sbb ayah marah mak dalam bilik.. jadi bila mak marah kita balik, memang padan la sbb yg buat sepah itu adalah kita sendiri.

Tak perlu nak kecik2 hati dengan mak atau ayah.. jika betul kita sayangkan mak atau ayah, kasih sayang itu lebih besar daripada rasa kecik hati kita.. mak atau ayah buat apa pun, insyaAllah kita takkan terasa hati..


*(sekadar renungan untuk diri sendiri dan juga mungkin pada anda yang membaca) ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...