Be My Followers

Monday, April 1, 2013

eBook competition 2013 ~Kisah Cinta Kita~


selamat tengah hari..
hari ni nak mintak tolong korang sudi-sudilah meng DOWNLOAD dan  membaca cerita 
KISAH CINTA KITA ni di SINI. Langkah-langkahnya boleh di lihat di SINI.  Jasa baik kalian amat dihargai dan terima kasih kerana menyokong saya pada yang sudah membaca novel pendek saya itu.


Ini adalah sinopsis cerita Kisah Cinta Kita.
"Pertunangan yang tanpa pengetahuan Syira malah perkenalannya dengan seorang lelaki bernama Irshad yang sangat menyakitkan hatinya hampir setiap hari di tempat praktikalnya, menimbulkan rasa benci terhadap lelaki itu. Namun tanpa disedari, jauh dalam sudut hatinya timbul rasa cinta terhadap lelaki itu. Hingga dia mengetahui tentang pertunangan Irshad, sedikit demi sedikit dia mula mengakui dengan perasaanya itu hingga pada satu saat dia memilih untuk melupakan Irshad kerana prinsip hidupnya dia tidak mahu merampas kebahagiaan orang lain. Namun pada hari konvokesyennya, dia diberitahu tentang sesuatu rahsia yang selama ini disimpan oleh ibu dan abahnya bahawa dia telah ditunangkan dengan seseorang. Siapakah tunang Syira sebenarnya? Dapatkah Syira menerima kenyataan bahawa dia telah menjadi tunangan orang? Bagaimana pula dengan Syira bila mendapat tahu yang selama ini orang yang dibencinya setengah mati adalah tunangnya sendiri. Bagaimana pengakhiran kisah mereka?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...