Holla..
39 hari lagi..hehe
pagi tadi hujan membasahi bumi..dapat lah seketika meredakan bumi yang hampir mendidih ini huhu
satu perkataan yang semua lafazkan.. ALHAMDULILLAH.. syukur :)
mengurangkan bahang..panas kering yang melanda selama hampir sebulan ini. jumlah penggunaan eletrik pun meningkat sepanjang masa ni, manataknya kipas kena kerja overtime tanpa henti berputar..kalau tak mandi peluh la nampaknye. ini semua gara-gara el-nino yang melanda.. baru-baru ini juga ada kes yang menyebab kan kematian..terkena strok haba.
El-Nino Punca Cuaca Bercelaru
Kecelaruan dan perubahan cuaca dunia
yang tidak menentu lewat kebelakangan ini memberi petanda bahawa
fenomena El-Nino (yang juga dikenali sebagai ‘si anak kecil' dalam
bahasa sepanyol) berulang kembali. Namun kehadirannya pada kali ini
tidaklah seteruk yang pernah berlaku pada tahun 1997-1998 (yang telah
menyebabkan berlakunya jerebu, kemarau dan kepanasan yang melampau
dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius) dan dikatakan yang
paling buruk pernah berlaku sejak 150 tahun yang
lampau.Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kita boleh memandang sepi
sahaja hal tersebut kerana walaupun ia tidaklah seteruk yang pernah
berlaku sebelum ini, namun kita tetap merasai bahangnya.
sumber: http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8100-el-nino-punca-cuaca-bercelaru
No comments:
Post a Comment