Be My Followers

Friday, June 18, 2021

2021 - MCO 3.0 #MASAKAPETUUUU...


HOLLA ...

Dah berapa minggu kita diarah dok rumah sis megharapkan kes makin berkurang tapi hari ni makin bertambah nampaknye...kecewa la penat berkurung ni masuk pasaraya pon tak, nak beli pape kirim kat laki kami ja..sis tabah je walaupon bayak barang yang sis suruh beli lain yang dibeli. huhu 
justeru itu mari la dok umah jangan merayau-rayau. Cepat sikit dapat beli barang sendiri

Lama tak muncul...ada yang gindu dak?? 
memalam gini muncul pulak mood menulis blog setelah sekian lama sis sibok dengan macam-macam hal. WFH ni baru ada masa malam. Kalau tak waktu gini dah selamat dibuai mimpi indah. Siang dah penat kerja malam masa untuk anak pulak + macam-macam kerja rumah nak kena buat. letih. 

Hari ni sis nak share makanan yang sis dah cuba masak selama dok rumh beberapa minggu ni. Mengasah bakat gituuu|(bebakat kerrr) boleh la meghilangkan bosan dan ketepuan otak masa ni. kalau tak pandai masak masa ni boleh belajar. Kau google aje le bukan susah. Tak jadi emmm habuan tong sampah la gamaknye. Cuba lagi sampai berjaya.. jangan putus asa hokeyyy.

Ni sis share menu yang sis dh cuba...

PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM TUA 

CHEESE TART

ROTI JALA (jala bayak koyak ni) hehe

SAMBAL JAWA

KEK PANDAN (naik helok didalam bila keluar kuciwa hati)

LOPES (resepi ibu mertua ku) gulung paki daun pisang bagai ni berjaya jugak la membuatnya.

semoga menjadi inspirasi memasak untuk korang.. Bukan semua yang sis masak menjadi ye,tapi apa salahnya mencuba.

Ingat ye dok rumah.
Keluar bila perlu je.
semoga COVID cepat nyah dari muka bumi ni.




Thursday, July 30, 2020

Hari Arafah - Waktu Mustajab Doa

Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186)
Semoga ALLAH SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Sesunguhnya kita banyak melakukan dosa. Aamiinn.
Sumber: Prof Dr. Muhaya

Himpunan Doa Hari Arafah
  1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
  4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
7 Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  1. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  2. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
  3. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  4. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  5. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  6. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).
  7. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.
  8. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  9. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.
  10. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  11. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  12. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  13. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  14. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.
  15. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  16. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  17. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  18. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  19. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.
  20. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  21. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  22. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  23. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.
  24. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.

sumber : 
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ni,Hari ni sis puasa bersama suami. Sebenarnya aku pon lupa pasal puasa ni helok keluarkan ayam nak bawak bekal pagi ni haha (teruknye jadi manusia) ツ hari-hari penting nak dapat pahala banyak tak ingat huhu. Nasib la laki ceq dok ingatkan "esok puasa banyak pahala dapat tau.." aku smbil pegang ayam. "oo..baru nak masak bekal esok " hahahaha sumbat terus masuk balik dalam peti ais. 
semperna hari ni banyak yang nak doa,semoga doa kita semua dimakbukan. Aminnn....

Monday, July 29, 2019

Thank You Kak Fyda...

Image result for thank you friend

Holla uolls..
hakak kembali setelah membuat entry terakhir hehe 
kisah disebalik entry itu akibat kegatalan tangan membuat hakak tak boleh nak hupdate blog langsung huhu 
meminta bantuan hakak Fyda itu biasa(sape lagi nak cari hakak Myra kn tak ada kawan) 😋 haha 
Tengok tengah hari ni je hakak kebuluran tak makan(sesi luahan rasa pulakkkkk) 

ok tak payah meluah sangat mari tunaikan pemintaan hakak fyda.hari memuji dia sebab berjaya mendapatkan blog aku balik..happy gile... sayang pulak blog dah lama kot dari remaja sampai anak satu dan dari kurus ke gemok comel gituuu...

TQ hakak fyda......!!!!ko memang terbaik dari ladang,, kau la paling bijak dan yang paling terbaik dalam dunia ni(sila baca dengan ikhlasnye) kalau kau tak de sape lagi nak tolong hakak Myra 

entry ini khas untuk hakak fyda (kalau tak cukup pujian tu nanti aku up entry lain) hahaha
 dan sedikit sesi luahan. 
ok uolls hakak nak cari makan lapaqq ni
nanti sambaung lagi naaaa 
 

Wednesday, June 12, 2019

Apa Dah Jadi...???!!!

Image result for oh no

HOLLA..

Sudah berkurun tak meghapdate bukak blog pon dah tak pandai APA DAH JADI NI??? tiba-tiba bukak tak boleh maka aku tekan-tekan aje at last blh jugk huhu

Mood menulis lama dah terbenam ke dasar laut cina selatan...payah betul nak tarik kedasar.
sejak kebelakangan ni banyak kekangan sampai tak sempat nak bercerita kat sini.

now hakak myra dh ada anak gembira tapi ada sebaliknya jugk... yang penting syukur nikmat keluarga yang sempurna (ALHAMDULILLAH) 
doa kan hakak Myra rajin menulis balik  ye..

semoga diberi kekuatan untuk berkongsi cerita lagi😃

Tuesday, October 9, 2018

Janji Hari Ni Je...

Image result for janji

Holla..

Sudah Lunch ke belom?? 
hakak myra tekak #mengada hari ni macam-macam yang tak boleh makan
+ minum tapi terrrriginn pulak haha.

Pagi tadi melantak sepingan penuh behoon + nasi goreng + nuget + milo ais hahaha
lengkap makanan pagi makan sampai nak muntah cukup kenyang sampai tengah hari, baru puas hati. kebiasaanya makan pukul 9pagi pukul 10pagi perut dh bunyi lagi. pagi ni padat perut ku. herherher

Image result for maggi tom yam cup

Tengah hari pulak terrrringin pulak nak melantak megi tom yam yang bergentayangan dimata aku mana taknya ada pulak kedai dalam ofis ni tayang megi dekat tepi asal aku jalan megi tu lambai-asal jalan megi tu lambai lagi...(iman hakak tak kuat dikkkk) dah berkalai dia lambai akhirnya ku ngappp kan dia...kalau dekat rumah tak dapat bohhh. mau bernyanyi laki ku di teliga ini. haha 
memang tak baik makan masa mengandung ni tapiiiiii dah nak dekat 9bulan daku tahan bagi la merasa sebelum beranak ni ☺️ pasni nak meghadap pantang lagi ber huhu la gamaknyeee. ramai yag menegur bila nampak aku melantak megi tegah-tengah hari ni tapi keraskan hati buat tak tau je la..rasa nak makan tu dah sampai bertakung ayaq liuqq.  (harap tak apa-apa la dah la baru keluar hospital) kih kih

Image result for nescafe 3 in 1 caramel latte
Dah makan megi kau terigat pulak kawan ofis minum nescafe pulakkkkk... (mula tekak gatal) nak jugakkkkk haha setelah di fikir-fikir maka itu beli lagi dah ku telan dengan nikmatnyeeee hahahaha
baru kacau-kacau sekali Fyda Adim lalu pulak aduh cuak mak nakkk (abis la kena bebel) diekan ala-ala mak-mak tapi nampaknye die pon tergoda dengan nescafe haku kihkih

niat mula nya taknak bagi tau laki ku tapi taku kot sakit perut ke pape maka ku gagah bg tau jugak apa yang dah aku telan tadi (maka tebal la teliga dengar bebelan die) tak kesah la janji aku dah telan gembira perut aku hahaha
untuk sedapkan hati dia aku janji la "janji hari ni jeee" degan suara ala-ala manja gituuuu(wekkk) 😃



Monday, August 20, 2018

28 Weeks - ( Kenapa Baby Kerap Mengeras??)

Image result for bayi mengeras

Holla...

Lama menunggu entry i yang seterusnya ye??..hahaha (seperti dijangkakan) hahahaa
maaf la uolls dengan keadaan begini tahap malas hakak berada pada tahap dewa-dewa. Semua pakat-pakat malas sokmo.

untuk pengatahuan uolls sekarang hakak myra dah msuk 3th trimester. Setelah hampir setahun lebih menuggu akhirnya ALLAH izinkan aku merasa..syukur tak terkata (nanti akan diceritakan satu persatu kisah perjalanan sebelum disahkan mengandung) tunggu yo...doakan semua dimudahkan sampai 9bulan ni.

Kegusaran yang melanda hati hakak myra kali ni adalah sekarang kekerapan baby mengeras dan aku perasan setiap kali berjalan memang die akan mengeras( tak bagi mommy jalan kot) huhu ini anak pertama maka banyak benda nak kena belajar.
jadi i pon meGOOGLE. 

Image result for bayi mengeras

hasil google dan ini jumpaanya. mugkin aku aktif sangat berjalan hahaha 


Image result for bayi kerap mengeras 28 minggu
petua berguna harap membantu... 




Friday, August 10, 2018

IM BACK..!



Image result for im back in blog


Holla guys...
Hakak Myra kembali setelah lama tak menulis di blog.  Kemana hilang semangat/ kerajinan aku pon tak tau la.

Lama tak menulis ni kekok pulak rasa(malu2 gitu) ahakass hahaha. NIAT hari ni nak mula menulis di blog balik rindu pulakkk. tapi tak tau la takut2 next entry makan masa berminggu pulak. huhu

ok la baru nak belajar menulis balik ni otak menepu... so ambik masa nak mencair tunggu next entry yooo




































Wednesday, November 1, 2017

WARKAH CINTA TENTERA💚


Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor

Untuk terus hidup bersama kamu wahai Tentera
Sabar dan dan ketabahan itu wajib ada di tahap paling tertinggi ...
Kerana akan ada satu masa bila aku menjadi suri hatimu aku tidak mampu membuat keputusan hanya mampu rela akan apa keputusan yang telah kau putuskan di atas arahan buat kamu...

Rela dan terpaksa adalah satu yang berbeza
Namun bagi aku itu tiada makna,
sebagai mana hebat sekalipun pun aku menghalang pemergian kamu,Namun ia tidak akan memberi makna ,Jadi kerelaan untuk tugas kamu adalah 1000% walau bagai mana sekalipun..
Walau dalam keadaan terpaksa hakikatnya

Semoga pengorbanan kita bersama ini akan ada ganjaranya kelak..
Siksa merindu akan orang terasyang adalah lebih sakit dari kita dihiris pisau...

Doa dan harapan
Kejujuran kesetian
Keikhlasan pengorbanan
Kekal selamanya
Semoga kita baik-baik sahaja

Cinta di sebalik tembok rindu,
Semoga hari cepat berlalu,
Agar tembok ini dapat diruntuhkan semula,
Walaupun aku tahu sampai masa tembok itu tetap akan terbina kembali..



c/p: https://www.facebook.com/WarkahCintaTentera/photos/rpp.476352455801665/1074675752635996/?
type=3&theater

nota: bukan senang nak hidup dengan tentera kena tinggal selalu itu pasti 😃 kalau rasa tak sanggup lupakan aje niat nak kawin tentera.  berdikari + kuat(walaupun kadang rapuh) hehe


Friday, October 6, 2017

3 Oktober 2017...


Holla...

3 Oktober 2017 yang lepas genaplah usia hakak Myra menjangkau ke 26 Tahun...
tua sudah ni... tapi tahun ini bermakna sebab banyak pulak kezutan-kezutanya...haha
2 hari sebelum hari lahir hakak myra dapat hadiah istimewa. sehelai kertas yang bernilai RM300.00 haha mengorek-ngorek le nak membayauu. Sampailah laki den cakap "tahun ni non hado hadiah abang nak bayarkan saman.." perasaan duka meghantui namun redoooo ☹ 

Melangkah hampalah pada awal pagi 3 Oktober dengan laki den kena duty...duty maknanya tak balik le jumpa bini 1 hari..so satu hari dok mereput call laki berulang kali konon nak mintak simpati hahaha teknik tu penting wlaupon tak dapat hadiah pon janji dapat jupa laki hokeyyy.

menganjak ke pukul 11 pagi lebih2 tigu tak igat sangat sebab die tragedi sikit haha
kisah dia gini...
sedang seronok hakak Myra membuang apa yang patut didalam bilik air tiba-tiba dengar bunyi suara yang memanggil..."kak Myra ada orang nak jumpa.." hati dah tertanya sapeeeeeeee??????
pastu biar dulu sambung lagi membuang...datang pulak si hakak yang sorang ni.. "Myra cepattttt ada org nak jumpa..." aduh mak aiii...so keluar la aku tanpa rasa lega kihkih keluar-kelur aje ada yang dah menunggu...sambil tolak-tolak... ehhh kau dah kenape...???
sampai aje depan...
terkebil-kebil kita wakkkk...ada org bagi cekelat leeeee

Gitu sebak pulak hakak myra...tapi masih dalam kawalan lagi.
tq hakak Fyda Adim awok buat kita terkejut  + terharu 



cerita pagi berakhir...hakak myraa bergumbira dengan hadiah yang ada..

sambil-sambil itu hakak myra berfikir nak bukak ketas siasatan untuk keraguan yang timbul dalam hati ni..."semalam nampak laki kita pmsg dan gelak sorang-sorang. bila ditanya jawabnya tak ada apa-apa. panas hati ini. 

tapi tak apa hari tu hari istimewa tak mo gaduh-gaduh.
sedang duduk-duduk makan dengan kawan-kawan dekat kedai  dapat call
"puan Myra..??" ye saya.
"puan kami nak hantar barang dari LAZADA.." .......uIIttt bila aku oder barang ni????.

layan kan aje la takut mak aku yang merajin oder hatar ke ofis aku.
tunggu die di tepi kedai tgok tak ada pon van Lazada yang ada viva putih tepi jalan turun sambail bawak bunga hehe hati hakak Myra lagi muga-munga....macam dapat agak tapi takut salah. buat-buat tak pndang la.. hehe gedik.
perempun tu dekat "puan Myra??" .aha.
sambil senyum die hulur bunga dengan cekelat uwahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
hakak rasa nak lompat masatu.. itu petama kali dapat bunga uollls haha 





selak kad tengok dari suami tercinta i hehe gembira yangan cakap la sampai tak lalu nak makan...sejak bila laki i romentik gile ni hahaha tq la suamiku sebab buat bini ang ni bahgia hehe dalam tak ada tu ade jugak ye.

kengan terindah aku untuk tahun ni tq suami tercinta,hakak fyda dan semua yang bagi ucapan dan doa-doa yang baik untuk i semoga doa kalian makbul...Amin.....

#SWEET26
#MYRA


Sunday, July 30, 2017

Setahun Sudah.. 16/7/16


Setahun sudah berlalu
setahun dah jadi bini orang macam tak percaya je.rasa macam baru je kawin haha
dalam taknak-taknak kau setahun dah jadi bini die..tq la kak fyda adim yang sentiasa menasihatkan aku supaya menerima seadanya haha

16-07-2016 - 16-07-2017
kisah setahun yang lepas bila mak ayah aku beria nak aku kawin..macam-macam ayat yang die orang cakap bila nak suruk aku kawin antaranya "sementara mak degan ayah ada umur nak tengok kau kawin" kriikkk...krikk betul dan sekarang dia megaplikasiakan ayat tu dekat adik aku kahkahkah nasib kau le dikkk....
tarikh yang cantik dan urusannya juga dimudahkan..semua macam tak percaya..nak kawin bukan boleh buat sekelip mata lagi-lagi urusan nak kawin dengan MR.ARMY macam yang semua tahu die orang kena ada macam-macam peringkat jumpa ustaz la temu duga pegawai la dam macam-macam lagi tak mungkin sebualan dapat buat semua tu..tapi itu lah kami...dalam masa sebulan kami jadikan kenyataan... Alhamdulillah segalanya dimudahkan sangat-sangat mudah. dam bila tiba masanya hari akad nikah dan majlis sanding semua berjalan dengan lancar walaupon ada yang aku tak berkenan sana sini(tak mengikut citarasa) tapi semua aku tolak ketepi janji dah nikah ye dokk...ヅ

dia yang sabar
setahun kami berjaya bersabar denagn peranagi masing-masing. nak kata kau sabar banyak tu memang bohong belaka la..mak aku pon kecam aku nanti hahahaha jujur dia la yang paling banyak sabar dengan kerenah aku yang kuat bengis ni..untuk setahun ni bohong kalu aku kata "kami baik-baik aje tak penah gaduhh" cettt nampak nau menipu. setahun yang kami jalani bersama sangat mencabar bila kami saling mengenali masing-masing dengan sedalam dalam yang mugkin.. baru la tau die ni macam ni,macam tu berak telupa nak flush dan sebangainya haha(gilak lakkk) bila ingat lawak, tapi itulah kenyataan bila dah kawin dah tak boleh nak sorok semua perangai buruk baik pasti akan kelur. tak yah dok cover la sekarang tunjuk je yang sebenar. kawin nanti lagi parah. jauh berbeza dari yang nyata.. :p

Anak
Bahagian masing-masing mugkin urusan nikah dan majlis aku dimudahkan..tapi kami diduga dengan anak...anakkk ye anakkk..setiap kali soalan diaju hati akan terasa. sape taknak anak weyy..nakk aku nak sangat tapi ALLAH nak suruh kami kenal erti sabar untuk mendapatkannya. setiap kali berjalan-jalan or dimana-mana aje la tgok orang bawak ank-anak kecil aku dan suami akan berpandangan dan mulut aku pasti bertanya kita bila pulak kan??  .. tak kuat sungguh rasanaya. tapi tiap kali aku ajukan soalan tu, mr.army aku akan cakap "ada rezeki kita sayang" mula berkaca la mata kau masa tu.
tak cukup tu" soalan dah ada kerr??" ni adalah soalan yang paling aku tak nak dengan buat masa ini(soalan membunuh..semangat-semangt aku)..tak cukup kuat lagi aku  nak hadap.harap memahamilah ye.

sudah-sudah le sedih..ni nak buat ucapan ulang tahun buat MR.ARMY aku @ pembaca tegar blog aku walaupon die akan bising bila aku nak hapdate errr... hehe

Selamat ULng Tahun Perkahwinan yang pertama abang..
semoga kita kekal hingga ke jannah, bahagia selalu dan semoga kita cepat dapat anak so lepas ni tak payah lagi nak degan soalan-soalan bila nak ada anak???

sekian...
doakan kebahagian kami yeヅ


Friday, July 28, 2017

Aku Dan MR. ARMY...


Holla..
Lama tak bersiaran di alam blog ni hehe
maklum le sebok dan penat dengan keja-keja harian..
malam ni kena tinggal sorang sorang dekat ruamah...so baru la boleh membelek komputer 
kalau tidak memang dh kene sound "dari tadi duduk hadap benda tu je ke.." paling deep ayat tu..sebab tu aku malas nak bukak dan lama-lama berhabuk dan bersarang le blog teman..

Aku dan MR.ARMY...hehe tajuk nak ala-ala novel gituuww haha
dan MR.army itu adalah suami aku...setahun dah aku melayarai bahtera degan dia..huhu Syukur...masih lagi kami bertahan semoga kekal hingga ke JANNAH..Amin...

dan 
dah setahun jugak aku dah jarang nak meghapdate cite dalam ini blog rindu..tapi apa kan daya..sebelum dapat ayat-ayat yang menyakitkan hati baik aku tak bukak langsung blog ni...huhu

malam ni MR.ARMY aku tak ada kat rumah biasalah keja memang tak menentu kalau kena panggil tengah malam pon dia pegi...tengah tido pon melompat bangun sarung loreng..kau rasa..????
aku tengok aku yang penat huhu
bila die tak ada ni la aku berkesempatan nak bukak dengan aman dan damai..haha
tapi malam-malam sorang sorang macam ni seram jugak tiba-tiba rindu pulak kena perli dengn dia hehe tetiba sangat..errrr

esok last day berfoya-foya dengan dia hahaha pastu nak kena tinggal lagi seminggu...kena tinggal tu wajib bila dah bergelar wife army.. sikit-sikit aku belajar terima tapi kadang-kadang datang mood gedik...mula la aku buat drama lingan air mata dengan dia haha #akuwanitabiasa kihkih ツ 

rindu
gila tak rindu kalau tugas dia tak sebok boleh la call selalu kalau tak beberapa minit je pernah beberapa saat...tu memnag paling runtun qolbu huhu satu patah suara dia kelur di hung talian tu rasa nak menitik air mata...sebulan aku #menahanrindu haha akhirnya berjaya...dan bila die balik kurus kering macam tak makan setahun bini mana tak sedih..tapi aku akui itu tugas dia nak tak nak kena jugak belajar biasakan diri. harap dia tak keluar negara lagi la..dah la berbulan, nak call pon susah. mahalll gile uhh..kopak mak nakkk

dulu tak nak
memang itu hakikatnya aku tak nak laki askarr...ndak mau aku kawin askarrrr....tapi ni namanya jodoh..tolak-tolak, benci-benci,main-main kan orang akhirnya.. #diasuamiku 

kadang-kadang aku faham juga
kenapa dia marah kalau aku hadap komputer ni lelama, maklum le dia buka selalu ada..kalu aku balik.. dia pegi keja, kalau aku pegi keje..dia balik, kadang-kadang aku dah tido..dia baru balik keja... nak perhatian ye sayang ..kehkehkeh

ok la panjang lebar bebelan hakak malam ni(mentang-mentang laki non hado di rumah hehe)..nak ke next entry pulak..
daaaaaaa....

XOXO
Love シシ
Myra Mokhtar

Sunday, June 4, 2017

Selamat Hari Lahir Hakak...


Holla..
 Gigih menaip di malm yang hening... ;p
esok  2/6 tahun sebenar lahir dirahsiakan hahahahahaha
aku kemana sahaja degan die sampai semua orang igat kami sebaya..tapi aku tak pasti die sebaya aku tau aku sebaya die...krikkkkk...krikkkkkk
harap-harap die sebaya aku la :p

kalau cakp fyda mesti ada myra...ala retis gituwww semua orang kenal hokey bukan sedara mara die je yang kenal...sedara mara aku pon kenal die.. baju-baju pon kita orang beli sama warana dan corak dan paki ala-ala boria..

tapi sekarang dah duduk jauh... susah sikit la nak ckp pon payah huhu harap la tidak putus persahabatn kami di tegah jalan(cewahhh macam hubungan cinte la pulak) #silamuntahijo hehe

hari lahir kak fyda..
semoga bahagia sentiasa bersama keluarga tercinta
berjaya dalam apa jua yang akk lakukan 
segala impian tercapai ,
dan yang paling penting persahabatan kita kekal sampai bila-bila ye

kalau ada yang terasa dihati harap saling dimaaf kan
sedangkan adik beradik pon pasti ada yang megguris hati..
maka bermaafan adalah jalan yang paling baik..

kerjaan kami adalah bergambar tak kira masa hihi 

seperna hari lahir hakak kita baling belakang 


setiap gambar ada ceritanya...maka biarlah gambar berbicara..haha

segala kekurangan harap dimaafkan 
biar apa yang terjadi kita sentiasa 
menjaga baik dan buruk masing-masing yang rahsia biar menjadi rahsia hokey..

#janganadabenci(pijam ayat dak ezza jap)hihi
#bff4eva
#adikakak









Sunday, May 28, 2017

Ramadhan Pertama...


Holla...
Salam Ramadhan..
hari ini dah masuk hari kedua ramadhan..

Semalam penuh cabarn bagi aku..
pertama kali menjalakan tanggung jawab sebagai seorang isteri di bulan ramadhan.
bagun seawal 4pagi untuk masak..biasa bgun pul 5 celik-celik mata je semua depan mata...siap hidang makn..(tiba-tiba pagi yang sunyi itu buat aku rindukan mak...) ☹ baru aku rasa..apa yang dia rasa...penat melayan kerenah anak-anak sekalian... penat yang buat die emosi


now my turn..huhu
hari yang huru hara bagi orang yang tak pernah membuat kerja sendiri...
dan biasanya tersedia..
jujur aku kata memang penat..dan bila dah penat emosi mula la  terganggu...dan bila dh terganggu maka terjadi la drama melayu hahaha (bila fikir balik lawak pulak) 
bila semua benda kena buat jagan la si en.suami tersalah cakap  bini die tukar jadi singa hikhik
tapi kejap je dah sejuk..

pagi td boleh gotong royong memasak pagi-pagi buta ツ gitewww....ni namanya gaduh-gaduh gedikkk hahahaha

hari ini aku cuba lagi baik untuk kelurga kecik aku ni...
kurang kan emosi cuba terima hakikat yang tanggung jawab makin besar..
pesan pada diri bila bagun pagi tadi.."ramadhan mengajar kita erti kesabaran" maka bertabahlah wahai Myra Mokhtar huhu~~~

sekian coretan cerita suka duka ramadhan pertama aku sebagai isteri yang serba tak tahu huhu...memang teruk tapi "is ok.." jadi yang lebih baik di hari-hari seterusnya.

#imawifeintraining

sumber gambar : mr.google




Friday, May 12, 2017

S.A.B.A.R..


Lirik Lagu Sabar
 - Ismail Izzani

Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah

Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana


Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar
Dengarkan lagu ku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar

Kau tersakiti


Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no….
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me

Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti


Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita
Walau bukan selamanya….

Thursday, April 27, 2017

Kena Biasakan..


holla..

hari ni dah masuk khamis..
patutnya kegembiraan harusla terukir indah di bibir hakak myra ni.maka bergentayanggan la angan-angan di minda.Cuti ni hakak nak pi tgok FF8 ☹ 
tapi tidakkk... lupakan sahaja sebabnya masaalah biasa..laki kita kena betugas kat luar Melaka. Uuwaaaa... memang sedih la..

si suami dah tau perangai bini die kalau tahu je dia nak kena keluar melaka untuk berhari-hari pasti mood akan bertukar sendu..jadi sebelum nak bagi tau tu dia guna psikologi..belikan apa sahaja yang bini dia mintak...jadi hati si isterinya akan amat senang rasanaya..(tapi kalau aku tau masa tu die nak memujuk aku mintak benda mahal-mahal hahaha) selesai makan higga perut terasa senak.maka dia mula berkata.. "abang kena pegi KL esok ea..sampai selasa minggu depan.." diikuti dengan muka yang sangat sweet...errrrrr

berubah mood aku hari tu berubah sendu...
sobb...sobbb...rasa nak nagis tapi kita nagis dalam hati aje.
maka si suami tadi menambah nasihat..."jangan la macam ni...abang kan keja...dah tugas kena la pegi jugak..." uwahhhh macam zaman perang pulak aku rasa rayat die.

jadi akak nak bagi nasihat...kalau nak kawin dengan laki pakia unifrom 
Image result for suami uniform kartun
cam ni ke or lain-lain kena selalu kena tinggal ni.
tabahkan lah hati..
kalau rasa tak mampu jagan dekat-dekat degan dia orang..kalau dah jatuh cinta kan susah..macam akak ni hahahaha
sekarang ni tengah belajar jadi kuat tabah kalau kena tinggal.
kena biasakan jugak sebabnya jauh lagi perjalanan rumah tangga kami ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...