Be My Followers

Thursday, June 26, 2014

Pam Minyak Klasik..


Hola..
Lagi berapa hari dah nak masuk bulan puasa bha.. Tetiba cakap sabah pulak haha 
#kenapabahkauberubah  :p

Ini kisah entry yang tertunda untuk blog aku dah lama nak cerita pasal pam minyak yang sangat kelasik ni dan juga kisahnya..


Sebenarnya selalu je kami ke kuala pilah ni tapi tak penah perasan kewujudan pam minyak ni sampailah satu hari tu kami nak pegi rumah saudara ada kenduri kawin dan ayah aku nak singah toilet tengok kat papan tanda lambang pam minyak 1km lagi bila jalan slow je tapi tak jumpa-jumpa lebih dah satu kilo miter ni akhir sekali membuang sisa-sisa tu dekat rumah saudara kami jela. Balik tak puas hati nak cari jugak pam minyak macam dalam papan tanda  tu kalau tak de buat apa die tunjuk kan? sampai dekat satu pekan ni aku dah lupa nama dia apa.. tngok macam kedai runcit lama tapi orang pam minyak masa tu memang kita orang gelak guling-guling la patut la tak nampak tadi pam miyak dia ala-ala zaman perang dulu.. Mana nak cari toilet kat situ.
Apa lagi siap berhenti semata-mata nak ambik gambar. Haha maklum la dekat Melaka tak ada cam gitu.. :p tak tau la tempat lain.

Xoxo





Tuesday, June 24, 2014

Selamat Hari Lahir Adik Leya..


Hola..
Hari ini hari 24/6 hari istimewa untuk seseorang...siapakah??? Hahaha
Siapa lagi kalau bukan adik aku. Dari semalam dah sebok cakap jagn lupa hari ni dengan semua orang kat dalam rumah tu tak cukup orang dalam rumah kawan-dekat sekolah pon dia dah pesan..aiyooo...haha 

Selamat hari lahir adik semoga panjang umur 
Dimurahkan rezeki
Semoga cemerlang dalam SPM tahun ni(cayokk2..!)
Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kelak 
Love you..

Xoxo


Monday, June 23, 2014

Marhaban Ya Ramadhan..


Holla..
Hari ini tidak dilanda isnin yang biru cuma baju aku je yang berwarna biru..haha
Kepenatan semalam belum lagi habis..memberus bilik air mengemop lantai mengemas bilik yang dah macam sarang naga hihi 

Ni selepas di kemas kalau sebelum tu tak payah tunjuk kot teruk bebenau rupenya.. ;p

Rajin nye mengemas kan?? Haha bukan rajin sangat pon tapi sebab dah nak masuk bulan ramadhan ni tinggal beberapa hari lagi.
Marhaban Ya Ramadhan...

"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat ku lalui dengan sempurna..."

Tak sabar nak tarawih yehhh..haha 
Harapan yang sama seperti tahun lepas harap tercapai ;)

Xoxo

Friday, June 20, 2014

Dalam tak sedar..


Hola..
Salam jumaat korang
Pagi yang penuh keberkatan harap adalah sesuatu yang baik untuk aku hari ini haha ;)
Dan semoga diberi petunjuk untuk melangkah di masa hadapan.

Dalam tak sedar hari ni dah jumaat..dah seminggu along aku di banting. Masa memang pantas berlalu huhu tapi aku masih dekat sini tak de yang berubah pun..hukhuk sedeyyyy :(
Tak pe mungkin belum rezeki..sabar itu penting
Positif...positif...positif.. :)

Xoxo

Wednesday, June 18, 2014

Pagi yang serabut..


Hola..
Moningggg..
Pagi-pagi lagi cacing-cacing belaan aku ni dah bergendang padahal semalam sebelum tidur dah makan banyak..ishhh3.. Bulan ramadan dah nak dekat ni macam mana huhu..

Bangun lambat pagi tadi seronok dok berselimut sampai tak sado hehe 
bila mak aku kejut apa lagi melompat la aku..terlupa kawan sebilik yang selalu kunci kn jam takde..tu yang buat mood sedih pilu sampai.

Pagi ni aku memang tak tentu arah tak tau kenapa aku buat keje serba serabut sampai drive mati ejen kau bayang kan uishhhh buat malu den je..haha tapi tak pe kalo permpun bawak keretA mati enjen ni  orang-orang belakang faham :p lain la lelaki memang kena hamun la weyy haha... 

Sekian cerita pagi ni..
Xoxo

Monday, June 16, 2014

Apa pendapat anda?


Hola..
Selamat pagi isnin yang gerrrrrrrrr~~~

Pagi ni mood sendu memenuhi hati ni..cehhh de gaya penulis tak :p (ini semua poyo) haha

Ok kembali ke cerita asal semalam ada kejadian yang pelik pada aku. sampai hari ni tak abih fikir lagi ni..semalam lepas aku balik dari banting hantar along. aku duduk menganga tengok tv tiba-tiba ada satu motor dok park baik punye depan rumah aku dah tu ayah aku pon keluar tgok tak kenal. tapi still layan la tanya apa tujuan datang rumah aku..tiba-tiba die menangis bawak anak kecik dalam 2-3 tahun kot..ceita pasal rumah tangga dia dan mintak ayah aku duit nak bayar duit rumah sewa?...?.. Motif?? Pastu ayah aku pon masuk panggil mak aku tak sedap la kalau orang nampak. (pehal minah tu tetiba menagis depan rumah orang)

Mak aku pon keluar dia menagis-nagis kat depan mak aku pulak nak mintak duit gak..mak aku punya lembut hati nak bagi je duit kat die aku pon dengan pantas dan tangkas :p geleng-geleng dekat mak aku dari dalam rumah..
Bukan kejam tapi sebab cara dia cakap dekat mak aku tu memaksa. selagi mak aku tak bagi selagi tu die paksa nak jugak duit. 
Bila mak aku kata" akk betul-tak boleh tolong maaf ye dik.." Terus keluar belang dia 
Die tinggi kan suara dekat anak dia "dah jom balik..!" Sambil mulut die membebel2 pegi dekat motor   (Amboi..) haha aku dengar sakit je hati.  

 Die keluar pada rumah aku singgah rumah jiran depan tu buat cerita sedih jugak pastu ayah aku pon tanya deka jiran tu die bagi tak duit kat perempuan tu ke tak...Jiran aku pon cakap tak bagi sebab tengok lain macam je perempuan tu menakutkan..

Aku rasa kalau korang tengok pon takut memang gaya die tu membuatkan kita rasa curiga. dah tu anak die sampai-sampai turun motor. mak die tak bagi salam lagi budak tu dah masuk rumah aku dan merayau sekeliling rumah..dah la aku tak kenal kau..orang kampung pun bukan.

Dalam otak ni fikir
-->Takde ke jiran dia yang perihatin sampai datang rumah orang-orang yang die tak kenal mintak duit..
-->Mana die tau rumah aku hujung dunia tu..bila mak aku tanya die kata saja masuk lorong tu..tak munasabah betul jawapan tu.
--> dia kata dia ada anak cacat dekat rumah tapi boleh pulak dia merayau-rayau pegi rumah orang mintak duit..anak die letak dekat mane?
-->dia kata laki die pukul dia tapi tak nampak lebam pon :/  aku tengok badan dia besar dan tinggi silap-silap dia yang pukul laki die kot..hehe

Bukan kedekut taknak membantu tapi Orang sekarang macam-macam peel. Sampai kita tak tahu mana satu yang betul mana satu bohong. 

Xoxo..

Friday, June 13, 2014

Sponsored Post : Mamee Chef Malacca Factory Visit

Hola...
 
Sabtu yang lepas aku dan rakan-rakan blogger yang lain telah dijemput untuk melawat kilang Mamee di Melaka. Semua perserta luar dari Melaka kecuali aku dan kak Fyda tapi yang duduk di Melaka ni pun tak pernah berkesempatan untuk melawat jadi bila di beri peluang oleh Nuffnang dan Mamee memang kami tak lepaskan peluang ini berjumpa dengan rakan-rakan blogger selama ni hanya kenal di alam maya kini nyata di depan mata. :) bukan senang nak dapatkn. Tq NUFFNANG.

Sampai sahaja di kilang Mamee kami di beri sedikit taklimat mengenai kilang ini dan juga produk-produk keluaran Mamee.

Dan demonsterasi cara pembuatan mi tarik yang merupakan produk terbaru dari Mamee. Memang sedap mi dia kenyal tidak seperti mee segera yang lain cepat kembang dan lembik.

Ini pula demonsterasi cara pembuatan perencah Mamee.

Dan ini lah saat-saat yang kami nanti nak melawat kilang..tapi sebelum masuk kami di beri taklimat daripada petugas di situ.

Kami dibawa melihat bermula dari awal pembuatan hingga akhir.

Kami sangat teruja melihat kecekapan pekerja-pekerja di situ.

Dan apa yang boleh korang tengok seperti di dalam gambar ni ialah keadaan didalam kilang sangat bersih.

"Halal itu penting" Ya..Mamee mendapat perakuan halal dari JAKIM.

ini lah kami blogger dari Melaka huhu

Sementara menunggu satu lagi bas yang membawa rakan-rakan blogger yang lain kami menikmati pemandanggan sungai Melaka kebetulan pada hari itu ada pesta sungai Melaka.

Setibanya di Jonker House...

Kami diberi penerangan serba sedikit tentang operasi dan penubuhan MAMEE Jonker House.

Kemudian kami di bawa naik ke tingkat atas..aktiviti ni yang paling seronok dah lama tak dok mewarna-warna ni bila sesekali macam ni dengan rakan-rakan blogger yang lain terasa seperti kembali ke zaman sekolah.  Bukan itu sahaja selepas mewarna cup mengikut cita rasa kita.  Kami juga di beri peluang untuk memilih apa yang nak dimasukan kedalam MAMEE cup.

Setelah memilih beralih ke bahagian pembungkusan pula..  Kalau di kilang tadi kami hanya melihat dari jauh tetapi di sini ia lebih dekat.

Taraaaa....ni lah hasil kerja tangan tidak berseni aku..huhu tapi sangat berpuas hati ;p

Kemuadian kami beralih ke Monster kitchen.  tempat ni merupakan kelas cara-cara membuat mee. Tak lupa juga bergambar dengan monster-monster di situ. Hahaha

Selesai sudah berada di situ kami di kami kembali berkumpul di bawah untuk berkumpul sekali lagi untuk penyampaian hadiah bagi pertandingan di instagram yang berjalan dari mula kami sampai di kilang hingga 2.30petang #mameechefday walaupun gambar aku tidak terpilih untuk menang tapi pengalaman semasa berada di sana lebih bermakna.  

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Mamee atau info-info lain bolehlah layari website ini :

www.mamee.com atau like facebook Mamee Chef www.facebook.com/mymameechef.

Sekian 
Xoxo





                                                                                                    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...