Be My Followers

Friday, June 13, 2014

Sponsored Post : Mamee Chef Malacca Factory Visit

Hola...
 
Sabtu yang lepas aku dan rakan-rakan blogger yang lain telah dijemput untuk melawat kilang Mamee di Melaka. Semua perserta luar dari Melaka kecuali aku dan kak Fyda tapi yang duduk di Melaka ni pun tak pernah berkesempatan untuk melawat jadi bila di beri peluang oleh Nuffnang dan Mamee memang kami tak lepaskan peluang ini berjumpa dengan rakan-rakan blogger selama ni hanya kenal di alam maya kini nyata di depan mata. :) bukan senang nak dapatkn. Tq NUFFNANG.

Sampai sahaja di kilang Mamee kami di beri sedikit taklimat mengenai kilang ini dan juga produk-produk keluaran Mamee.

Dan demonsterasi cara pembuatan mi tarik yang merupakan produk terbaru dari Mamee. Memang sedap mi dia kenyal tidak seperti mee segera yang lain cepat kembang dan lembik.

Ini pula demonsterasi cara pembuatan perencah Mamee.

Dan ini lah saat-saat yang kami nanti nak melawat kilang..tapi sebelum masuk kami di beri taklimat daripada petugas di situ.

Kami dibawa melihat bermula dari awal pembuatan hingga akhir.

Kami sangat teruja melihat kecekapan pekerja-pekerja di situ.

Dan apa yang boleh korang tengok seperti di dalam gambar ni ialah keadaan didalam kilang sangat bersih.

"Halal itu penting" Ya..Mamee mendapat perakuan halal dari JAKIM.

ini lah kami blogger dari Melaka huhu

Sementara menunggu satu lagi bas yang membawa rakan-rakan blogger yang lain kami menikmati pemandanggan sungai Melaka kebetulan pada hari itu ada pesta sungai Melaka.

Setibanya di Jonker House...

Kami diberi penerangan serba sedikit tentang operasi dan penubuhan MAMEE Jonker House.

Kemudian kami di bawa naik ke tingkat atas..aktiviti ni yang paling seronok dah lama tak dok mewarna-warna ni bila sesekali macam ni dengan rakan-rakan blogger yang lain terasa seperti kembali ke zaman sekolah.  Bukan itu sahaja selepas mewarna cup mengikut cita rasa kita.  Kami juga di beri peluang untuk memilih apa yang nak dimasukan kedalam MAMEE cup.

Setelah memilih beralih ke bahagian pembungkusan pula..  Kalau di kilang tadi kami hanya melihat dari jauh tetapi di sini ia lebih dekat.

Taraaaa....ni lah hasil kerja tangan tidak berseni aku..huhu tapi sangat berpuas hati ;p

Kemuadian kami beralih ke Monster kitchen.  tempat ni merupakan kelas cara-cara membuat mee. Tak lupa juga bergambar dengan monster-monster di situ. Hahaha

Selesai sudah berada di situ kami di kami kembali berkumpul di bawah untuk berkumpul sekali lagi untuk penyampaian hadiah bagi pertandingan di instagram yang berjalan dari mula kami sampai di kilang hingga 2.30petang #mameechefday walaupun gambar aku tidak terpilih untuk menang tapi pengalaman semasa berada di sana lebih bermakna.  

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Mamee atau info-info lain bolehlah layari website ini :

www.mamee.com atau like facebook Mamee Chef www.facebook.com/mymameechef.

Sekian 
Xoxo





                                                                                                    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...