Hola..
Selamat pagi isnin yang gerrrrrrrrr~~~
Pagi ni mood sendu memenuhi hati ni..cehhh de gaya penulis tak :p (ini semua poyo) haha
Ok kembali ke cerita asal semalam ada kejadian yang pelik pada aku. sampai hari ni tak abih fikir lagi ni..semalam lepas aku balik dari banting hantar along. aku duduk menganga tengok tv tiba-tiba ada satu motor dok park baik punye depan rumah aku dah tu ayah aku pon keluar tgok tak kenal. tapi still layan la tanya apa tujuan datang rumah aku..tiba-tiba die menangis bawak anak kecik dalam 2-3 tahun kot..ceita pasal rumah tangga dia dan mintak ayah aku duit nak bayar duit rumah sewa?...?.. Motif?? Pastu ayah aku pon masuk panggil mak aku tak sedap la kalau orang nampak. (pehal minah tu tetiba menagis depan rumah orang)
Mak aku pon keluar dia menagis-nagis kat depan mak aku pulak nak mintak duit gak..mak aku punya lembut hati nak bagi je duit kat die aku pon dengan pantas dan tangkas :p geleng-geleng dekat mak aku dari dalam rumah..
Bukan kejam tapi sebab cara dia cakap dekat mak aku tu memaksa. selagi mak aku tak bagi selagi tu die paksa nak jugak duit.
Bila mak aku kata" akk betul-tak boleh tolong maaf ye dik.." Terus keluar belang dia
Die tinggi kan suara dekat anak dia "dah jom balik..!" Sambil mulut die membebel2 pegi dekat motor (Amboi..) haha aku dengar sakit je hati.
Die keluar pada rumah aku singgah rumah jiran depan tu buat cerita sedih jugak pastu ayah aku pon tanya deka jiran tu die bagi tak duit kat perempuan tu ke tak...Jiran aku pon cakap tak bagi sebab tengok lain macam je perempuan tu menakutkan..
Aku rasa kalau korang tengok pon takut memang gaya die tu membuatkan kita rasa curiga. dah tu anak die sampai-sampai turun motor. mak die tak bagi salam lagi budak tu dah masuk rumah aku dan merayau sekeliling rumah..dah la aku tak kenal kau..orang kampung pun bukan.
Dalam otak ni fikir
-->Takde ke jiran dia yang perihatin sampai datang rumah orang-orang yang die tak kenal mintak duit..
-->Mana die tau rumah aku hujung dunia tu..bila mak aku tanya die kata saja masuk lorong tu..tak munasabah betul jawapan tu.
--> dia kata dia ada anak cacat dekat rumah tapi boleh pulak dia merayau-rayau pegi rumah orang mintak duit..anak die letak dekat mane?
-->dia kata laki die pukul dia tapi tak nampak lebam pon :/ aku tengok badan dia besar dan tinggi silap-silap dia yang pukul laki die kot..hehe
Bukan kedekut taknak membantu tapi Orang sekarang macam-macam peel. Sampai kita tak tahu mana satu yang betul mana satu bohong.
Xoxo..
1 comment:
agak musykil dengan orang sebegitu...memang tak patut bagi...nanti dah sekali dibntu dia datang lagi rumah ko...itu just my 2 cents...:D
Post a Comment