Titiba je keluar Macarons..hehe
pagi-pagi membelek-belek fb tengok banyak betul gambar macarons ni "macam cantik je..macam sedap je" hikhik so aku pon mulakan operasi mencari resepinya hikhik dan jumpa lah kat blog INI Masam Manis ~cook with love.
Aku belum cuba lagi tapi pasti akan cuba punya sebab tengok macam senang je..
so cara dan bahan2nya seperti dibawah aku c/p dari blog kak ita cuma aku dah cut separuh kalo nak yang lebih terperinci blah la terus ke blog dia aku ada link kan dekat atas tadi..
apa-apa pun selamat mencuba :)
BAHAN-BAHAN
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna
Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti
gambar dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula
castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan
kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan
menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu
adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2
kental). Tapi jangan terlebih pukul ! dia dah bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam
putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje.
Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn
kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh
bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas
minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan
macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron
benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat
tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan
oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack
dan biarkan ia sejuk.
Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2
yg kita suka.
No comments:
Post a Comment