Ini bersemangat nak menghasilkan entry nuffnang ni walu dh tulis tapi hilang aku buat jugak semula. Besar dugaan ni dah lah saat-saat akhir. Tapi tak apa. Go Myra...! Cuba selagi belum tutup.
Jom ke cerita asal.. Aku begitu teruja bila dengar nuffnang nak buat trip ke Macau. Mula la mencari-cari serba sedikit info mengenai Macau. Kalau dulu Macau hanya wujud dalam peta dunia tapi sekarang baru aku tahu yang banyak tinggalan sejarah dan juga keunikan budaya yang ada dekat sana. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan? Jadi sekarang aku dah jatuh cinta acane tu.?
Harap dapat lah diberi peluang untuk ke sana..
Sedikit tentang Macau yang ia merupakan pertembungan dua budaya antara china barat dan juga protugis. Dan telah diwartakan sebagai warisan dunia oleh UNESCO
Antara tempat yang ingin aku lawati ialah..
1-dataran lilau
Air bawah tanah Lilau pernah menjadi sumber utama air semulajadi di Macau. Ungkapan popular Portugis: "Seseorang yang meminum air Lilau tidak akan melupakan Macau" diluahkan kepada penduduk tempatan lampiran nostalgia Lilau Square. Kawasan ini merupakan suatu penempatan awal kaum Portugis di Macau.
Ungkapan "seseorang yang meminum air lilau tidak akan melupakan Macau" menjadikan aku begitu teruja untuk kesana pastinya tempat ini merupakan tempat wajib untuk dilawati jika kita di Macau. Selain dari ia merupakan salah satu tinggalan sejarah.
2-Macau tower
Dibuka pada 19hb Disember, 2001, Macau Tower berdiri 338 meter tinggi. Ia merupakan binaan tersergam indah yang menawarkan pemandangan panorama menawan ke hampir seluruh Macau dan kebanyakan Pearl River Delta, dari pelantar memerhati dan restoran berpusing di datar 223 meter. Anda berpeluang untuk berjalan-jalan di bahagian luar menara ini, umpamanya dengan mengikuti "Skywalk X".
Selain dari menara terdapat Pusat Konvensyen dan Hiburan 4-tingkat, restoran, panggung wayang, tingkat bawah tanah 2-datar dan plaza luar bangunan.
Kalau di Malaysia kita ada KL tower di Macau ada Macau tower..yang pastikan menjadi kebanggaan rakyat di sana dan pemandangan bandar yang menarik.
3-The House of Dancing Water
Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, 'The House of Dancing Water' adalah produksi bernilai USD250 juta yang cemerlang mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas. Pertujukan popular ini - berakar umbikan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' - memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia.
Pertunjukan berasaskan air. Sangat menarik.bagaimana agaknya?
Segalanya akan aku ceritakan jika aku terpilih untuk ke Macau.
Xoxo
3 comments:
wah...tulis kali kedua...all the best! :)
http://memyselfandmelvin.blogspot.com
good luck.....
gud luck!
Post a Comment