Drama terbaru di slot akasia tv3 yang akan bersiaran mulai hari ini (15/5)jam 7.00pm
kalau tgok dari iklan agak menarik. Kak fyda suka kalau ada adi putra :p
jadi sama-samalah kita saksikan petang ini yek..
SINOPSIS..
Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal
(Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan
untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak
berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk
dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila
sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk
menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat
perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.
Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual.
Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun
diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan
Ryzal.
Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita
berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin
berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal
tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan
Iffa.
Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau
oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan
sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu
dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu
sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.
Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah
bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan,
Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga
Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini
melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga
dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia
mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya
kosong tanpa arah.
Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi
membantunya. ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan
kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia
sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan
serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan
kelihatan gelisah pada hari tu.
Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa
menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat
Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam
membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk
menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi,
sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini
Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas
kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.
1 comment:
ohhhh osemmm.i like!!!!ady putra..petang ni blh guling2 depan tibi..:D
Post a Comment